Wednesday, April 14, 2010

Sihir dan Kurafat dalam jiwa orang kita-busuk hati.


Saya tak tau nak cerita pun mula dari mana...
saya nak cerita kisah mistik yang berlaku dalam bisnes maksu, kesian juga dia, masih muda dan mentah, tapi diuji di kala dia baru nak mula berniaga, dan baru nak maju sedikit.

Jualan roti di sekolah sudah cecah leboh 100 biji sehari, dia dua buah sekolah, kemudian ada juga dijual di hospital, kantin pejabat dan IKM, Alhamdulillah.

Minggu lepas berlaku beberapa aksi pelik, bermula dari roti yang dihantar tidak terjual.. kemudian pihak koperasi sekolah pulak mintak kurangkan jumlah roti yang dihantar, atas alasan-alasan tak masuk akal.oklah, kita pun pura-pura faham, ni asam garam berniaga. Kemudian disusuli, bunyi lolongan anjing-anjing yang datang keliling rumah (tempat bakeri maksu) berserta salakan sayup-sayup tu. Bermula malam tu, tido mereka terganggu. ada saja yang 'menindih' 'himpit' mencakar dinding, mencakar pintu. (pada masa ini emak saya ada di rumah saya tolong jaga cucu-cucu sementara kami dapat bibik baru) di rumah kami emak macam resah, naluri ibu kan, dia minta saya call maksu, dia cakap, lepas cakap pun dia masih tawar je hati.

Dua tiga hari lepas kami pun balik, dan maksu ceritakan semuanya, katanya ada yang membakar 'sesuatu' di depan rumah. Dan emak pun baca yassin, baca segala surah, pun masih tidak aman, akhirnya emak pegi ke Pak Husin (ingat Pak Husin yang henpon tu) kata Pak Husin, ada orang dengki... tapi biaq pi kat depa katanya, depa bukan tuhan..depa buat pun kalau tuhan tak bagi jadi tak jadi kata dia.. tp kata pak husin, depa bakaq kemenyan dari abu kemenyan orang mati. dan benda tu la dok kacau agar rumah tu tak betah diduduki.

Pak Husin tak mau kabar siapa gerangan orangnya.. tapi dia cube 'pagar' rumah itu dengan ayat-ayat Quran, emak ada suspek, tapi tak berani menuduh, emak buat solat hajat dua tiga malam buat, ada klue muncul dalam mimpi, tapi biarlah Allah saja memberi balasan atas setiap perbuatan mereka dimuka bumi ini, kita ada Allah, situlah tempat kita mengadu dan memohon perlindungan. Sebetulnya kurafat itu bukanlah untuk maksu sebenarnya, ditujukan kepada orang yang ada kaitan dengan maksu, bukan dari keluarga kami, tetapi mungkin suspek salah faham dia ingat bakeri maksu tu orang yang dia nak tujukan sihir itu yang punya.

Yang saya tak faham tu, tak kira la kepada siapa dia tujukan sihir tu, dan siapa yang hantar benda-benda tu. Saya pelik kenapa ada manusia begini?? tidak boleh melihat orang lain berjaya, dan busuk hati. Kenapa??? Kesian adik saya, dia adik yang dari dulu diuji, arwah abah sakit ketika dia sedang membesar, dan dia banyak berdikari, sehingga nak berniaga ni pun hasil usaha dia sendiri, dia tak berkira, dia pandai jaga arwah abah, cuci luka kudis abah, saat saya sendiri pun tak terbuat.. dia ke hulu ke hilir bawa emak ke sana sini bila emak minta bantuan?? kesian dia. Adik, moga kuat semangat, jangan patah semangat, macam along "untuk BERJAYA jangan TAKUT untuk GAGAL" nak SENANG susah, nak SUSAH senang"

16 Komen:

ieda on 11:54 AM said...

antara percaya dgn tidak..benda2 ni mmg ada dlm masyarakat kita...keluarga saya jg mengalaminya tp saya lebih percayakan Allah..mmg kita usaha minta pelindung dsb tp semuanya berbalik kepada kuasa Allah...saya berpegang kpd itu..insyaAllah jiwa tidak terganggu dgn rasa hasad dengki org...
pesan kpd maksu..amalkan ayat Qursi setiap kali keluar rumah..jika boleh setiap masa yg terluang..insyaAllah kita akan dilindungiNya..sabar & teruskan perniagaan.
p/s..dah tau kedai maksu tp belum berkesempatan utk singgah..
emel saya...idadr_maya@yahoo.com.my

Anonymous said...

pnut, adat org berniaga memang ada yang dengki kianat ni. Kekadang heran kenapa perlu nak dengki, rezeki masing2 Allah dah tetapkan.

Baca Surah Al-Baqarah untuk perlindungan. Haritu ada keluar dalam Tanyalah Ustaz pagi pukul 7 setiap hari pasal santau dan benda2 mistik ni. Boleh rujuk dengan ustaz.

Saya suka bila dengar org2 kita berniaga, seronok dapat makan makanan halal dan bersih. Seronok kayakan bangsa saya sendiri.

- intan, ppj -

Anonymous said...

Salam P-nut...

Ya Allah, sampai bati betul org buat begitu kan. Tapi tak per, aku doakan Maksu, emak dan hang sekeluarga sentiasa dilindungi oleh Allah SWT...Amin...


p/s : aku mengghitung hari skrg ni. Tak sbr nak jumpa hang yg pemes..hehehhehe

Anonymous said...

salam pnut...

ermm biasalah dunia sekrg..jgn tak sangka benda2 cam ni...br jer sorg ustaz ni bgtau aku bdk sekolah rendah pun dah pandai amalkan ilmu hitam ni..dunia dah nak kiamat kot..
hehe hatta aku yg langsung x lawa ni pon boleh 2 ekoq beruk dok berebut..(akhirnya bujang la aku sampai la nie)..ni kan pulak maksu yg ada business kencang..amalkan setiap subuh dan maghrib baca fatihah, 3 qul, alif lam min sampai ayat 7, ayat kursi dan amanarrasul amik dari 1 ayat sebelum dia..insyaalah sihir itu akan lenyap/dgn izin Allah dia balik pada tuan punya..aku chik

Kak Aidah on 3:39 PM said...

Salam Pnut,

manusia ni memang tak lari dari perasaan hasad dengki. Tak tau lah nape tak leh nengok org senang sikit mulalah busuk hati. Agaknya tu sebab allah jadikan syurga dan neraka.

Amyz! on 6:08 PM said...

Salam Kak Pnut.

Harap maksu bersabarlah dengan dugaan ni. Orang yang dengki memang ramai dalam dunia ni. Moga Allah saja yang membalas dosa-dosa mereka tu..

Zareda Norman on 9:52 PM said...

pinut

inilah yg zar maksudkan.. kita ni maaf cakap org melayu mmg susah hati tengok kaum sebangsa kita senang. ada jer hasad dengki.. tak semua mcm tu tapi memang ada.

Hasad dengki juga menyebabkan zar berhenti berniaga buat sementara.. bagi cool dulu, cari ilmu didada berbanyak dan ilmu berniaga berbanyak.. Ingat satu jer.. Allah SWT tu maha adil dan maha mengetahui. Dia mengetahui apa yang terbaik buat hambanya

suesofieyya@mesir on 5:25 AM said...

Salam kak pnut

Sifat yg dijiwai dari asal keturunan dulu2..mmg payah di ubah...dtglah secangkih dunia sekalipun..kecuali org2 yg duduk atas keyakinan diri yg kuat..dan ingin berubah mencari diri sebenar....so, tk perlu lg nk guna2 bomoh ini.

pepun setiap yg berlaku untuk seimbangakan..maybe lebih mengingatkan dan mendekatkan diri kpd allah dan buat kita lebih bersyukur dan terus berusaha...

so, untuk maksu..kena tabah apa jer yg dtg..anggap sebagai positif....selagi tidak mengancam nyawa...sebagai anak yg baik..pasti ada imbuhan selepas ini, go girl

Pnut on 8:19 AM said...

Ieda-saya dah pass email ieda pada reader tu, nanti dia email ieda, ada rahsia apa tu??? kedai maksu dah tau ek?? ilmu jahat yang orang tu buat salah satunya, ialah orang lalu lalang tak nampak kewujudan kedai tu, ada yang bagitau dah berkali-kali lalu, tapi tak nampak.. pelik tapi benar..

Intan-tima kasih, nanti saya suruh maksu amalkan surah Al-Baqarah

Chik-Insya-ALlah, kalau tertulis jodoh hang, nanti sampai seru jugak...

Kak Aidah-ya betul, itu sebab wujudnya syurga dan neraka kan???

Amyz-ya moga Allah je balas perbuatan mereka.

Zar-hasad dengki manusia ni ada dimana-mana, itu sebab bangsa kita ni payah nak betul berjaya...agaknya nak berjaya, kita pun kena ada pendinding kuat juga kot...

Sue-tima kasih atas kata semangat..

Anonymous said...

Memang sihir-menyihir ni ader.Tapi ader juga yg tak ader diadakan. Contohnya macam yg saya kena.Saya dituduh buat org sakit dsbgainya di pejabat. Padahal sy atak pernah pun buat apa-apa. Orang tu sakit hati dgn saya sebab sy ada yg lebih dr dia.Dia pun sakit yg kronik. Cuma pening2, sakit2 skit, lenguh2. Allah jerlah yg tahu perasaan saya.Dia pun ngaku tak sukakan saya dan nak saya pindah dr opis tu.Tetapi..bukan diapun yang bayar gaji saya. Dia pun makan gaji juga.Saya hanya mampu bersabar dan bersabar hingga saat ini. Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah pada orang tu.

hanimmokhtar on 12:41 PM said...

Pnut,

Salam..

Rasa sedih sungguh baca kisah maksu ni..busuk hati betul manusia tu..

Orang yang buat tu sebenarnya penakut dan tidak percaya dengan Allah. Jom lawan depa ngan doa dan doa dan doa...InsyaAllah, DIA maha Mengetahui..

Saya doakan maksu tabah, dijauhi segala yang tak elok, dan berjaya dalam perniagaan..aminnn..

coklat~vanilla on 1:44 PM said...

salam
kak pnut, kesiannya kat maksu..baru ja budak tu nak maju. mangkaq btoi laa manusia2 perangai cam setan ni( geram sgt)
habaq kat maksu, baca ayat Qursi setiap kali dia solat. mak hana bgtau, ustaz dlm tanyalah ustaz tu suh baca utk elakkan kita di sihir. harap2 maksu x lemah semangat. kalo x jln jugak bisnes..crla port lain..apapun, ALLAH tu Maha Kaya

Pnut on 2:56 PM said...

Anon-manusia busuk hati ni ada dimana-mana kan??? bencilah..

Hanim-tima kasih, Insya-Allah senjata kita ayat kursi dan doa...

Hana-tu la jangan dia patah semangat juga, tk banyak sikit, terkesan juga semangat dia hari tu.. kecewa... penat lelah buat roti..tetiba tak laku..padahal sebelum ni mmg laju betul, sampai tak menang tangan...

imah on 3:12 PM said...

semoga mak su terus tabah...sy simpati atas apa yang berlaku...orang yang melakukan perbuatan itu bukan manusia...tapi tergolong di kalangan syaitan yg direjam...

Dairi Hati on 9:53 PM said...

selalu melayu meniaga kena macam ni. kesian mak su. moga tabah dan moga Allah kurniakan rezeki berlipat kali ganda atas kesabarannya.

Anonymous said...

Saya setuju dgn komen cik pnut...org yang mengaku islam...tapi guna sihir utk menyusahkan hidup org lain...saya salah seorang mangsa terkena sihir...sampai sekarang masih belum pulih...sedih sgt2...dah 4thn kawin...tapi belum ada anak...sebab ada keluarga sebelah suami tak suka kami berkehwin...sengal sungguh...semoga allah memberi taufiq dan hidayah kepadanya..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino