Wednesday, March 03, 2010

Nostalgia pangkin...


Laptop saya diberi nafas baru.. dah agak kaput sebelum ni, so mintak staff unit ICT re-format pc ni. Makanya kosonglah nak kena donlod segala neka basic-basic software termasuk Realplayer. Ni tengah donlod photoscape, ntah tak pernah guna, si Nett suruh donlod ni, biasa saya edit pic guna Photobased, software dapat masa beli digicam beberapa tahun nan silam. Setelah berpindah randah, puas ku cari CD tu semalam, entah ke mana, jadi Nett kata donlod menda alah tu je..harus nett haku bodo beberapa nak gagau guna benda alah tu, maklumlah tahap celik IT akak ni kat buku lali je, eheheh

Dalam buta it ni ada hati gigih paksa Rosh dan Ajid ajarku Photoshop..hahahaha ni semua utk perancangan bisnes akan datang..eheheh bisnes beb..bisnes...

Coming saya akan buat bisnes untuk peminat henglish style.. Insya-Allah dah discuss dengan supplier, and coming juga, kami akan supply party-party stuff untuk supply kat birthday party, harga?? Insya-Allah murah sikit dari kedai, atau sama harga pasaran... Jadi korang kalau order birthday cake, sekali harung leh tempah banner untuk gantung time birthday party, boleh beli ballon, topi.. dan segala neka mak nenek party-party stuff ni... Insya-Allah..

Eh sambil saya menaip entry ni kan, dengar SinarFM, Abby Fana dok cerita dan pendengar dok sms cerita pasal pangkin. Bestnya, teringatlah masa dolu kala... bleh katakan setiap rumah mesti ada pangkin kan... letak-letak sambil menicah garam belacan... Pangkin dekat rumah saya tak berapa best, sebab rumah saya rumah taman, halaman idak le beso mana, walaupun rumah saya ialah rumah murah jenis papan sebuah-sebuah, (sebiji macam rumah felda mula-mula dulu) tapi pangkin kat rumah arwah tok saya kat penaga best sangat..

Teringat kecik-kecik kalau pi rumah tok, pastu pakat 'berkelah' makan nasi atas pangkin bawah pokok pelam. Rumah arwah tok special, sebab keliling rumah tu ialah rumah sanak saudara je, tok ngah, pak chaq, mak cik, tok cik.. jadi yang dok keliling sepupu sepapat je la. Jadi bila tima makan tengahari, memasing balik rumah amek nasi, kalau musim bendang syok la dapat makan gulai ikan sepat, ikan puyu dengan ubi kemili, pastu sepat masin goreng ka.. nasi boh dalam pinggan bunga kangkung tu.. tak pernah terfikir pinggan bunga kangkung akan jadi satu nostalgia indah dah kenangan hari ni, kerana tiada lagi keluarannya, yang ada sangat antik. Kemudian kami akan makan beramai-ramai bawah pangkin tu, sambil makan kalau ayam itik lalu, kami campak-campak nasi ke bawah, bagi ayam dan itik makan juga.

Kekadang kami lepak kat pangkin tepi bendang.. sini syok, angin kuat, sambil makan sambil juga main-main..eheheh eeeiii bestnya..rindu sesangat.. lebih kurang gini pangkin tepi bendang dulu, tapi yang kat rumah tok dulu lagi besaq.. siap boleh tidoq lagi petang-petang, dengan angin bendang yang kuat..memang syok tidoq.


Kalau tengok citer Wadi Unung tu, camtu le besonya pangkin kat rumah arwah tok dulu, maklumlah keluarga beso, jadi anak cucu cicit arwah nenek (istilah orang utara, nenek=moyang) berkumpul ramai-ramai kat situ, bila time nak raya atau akan ada kenduri kendara, tepi pangkin ni orang tua-tua kacau dodol, atau buat baulu. Gila punya rindu saat-saat itu. Bila dodol dah masak, tok akan cedok dodol masih panas, letak dalam daun pisang, pastu makan masa dodol panas-panas sedap gilakkkk

Selain fungsi kanak-kanak melepak, belah petang ia juga port emak-emak bergossip, di sinilah segala berita terkini kampung akan disebarkan.. Si polan tu nak boleh menantu la, si polan sana anak dia dapat keja gomen.. segala gossip bermula di atas pangkin bawah pokok pelam. Time raya juga atas pangkin juga sehari sebelum raya, tempat arwah tok dan emak akan balut ketupat, kukuq nyoq, kupas bawang, sambil yang kecik dok merengek lapaq nak bukak posa..ahahaha

Atas segala rindu semua nostalgia tu le kami bina Anjung kaseh kami..
eheheh ulang tayang Anjung Kaseh kami yang sangat kami suka... sekarang kami sudah ada congkak, jadi bila ada masa terluang, kami anak beranak, dan bebudak tu, anak-anak buah hubby teman yang tiap hujung minggu berkumpul kat umah teman, bermain congkak, riuh rendah main congkak, sebab berebut nak menang, dan tukang sorak yang over...




Sekarang menunggu masa pokok pelam belakang rumah tinggi, akan kami bina pangkin bawah pokok pelam..bestnya...
siap nak buat buaian kayu lagi nanti..Insya-Allah kalau umur panjang akan dilaksanakan...

9 Komen:

mirah on 3:45 PM said...

kenapa masa dtg rumah akak saya tak perasan pun pangkin tu. hihi nak kena dtg lagi nampaknya ni... :)

najmi on 3:57 PM said...

hu3... terimbas kenangan pangkin gak wenco. dulu time kecik2 kat sebelah rumah ada pangkin bwh pokok rambutan. pastu dah pindah rumah kat taman dah bleh buat pangkin lagi.

ieda on 7:02 PM said...

rumah saya kt kg dulu pun tepi bendang..ada pangkin bawah pokok pelam..ptg2 lepak best sgt..
tapi kami tak panggil pangkin..panggil pelenggaq..(reti sebut??)

heart by heart.... on 8:19 PM said...

wenco..cantek la gambo2 pemandangan wenco nih...ni kat kg wenco ke??? tenang jer nengok..macam best and tenang ;)

Pnut on 9:35 AM said...

Mirah-laaa tak nampak ke? depan umah saje..eheheh leh mai lagi ni...

Najmi-pangkin memang sinonim dengan pokok pelam..eheheh petang-petang cicah pelam...sedapnya..

Ieda-awat pulak tak tau..pelenggaq..tauu

Tasha-ni gambo google jek, pangkin ori kat kampung tok wenco dah roboh pon...

Pnut on 9:35 AM said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

'Sorry nak tanya kak pnut buleh masuk forum cari tak? Saya tak buleh dia kata error

Sorryy .. heheh

Tempat saya kami panggil pelantaq heheh

- Mamafahmi

Pnut on 12:57 PM said...

Mamafahmi-cube try letak forum2, atau forum3,kat url..

contohnya camni:-

http://mforum1.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=39

kat forum tu tukar 1,2 atau 3...

kekadang bila surver 1 full depa on server 2, atau 3..eheheh gitu le..

Anonymous said...


May 20, 2013, 11:27 AM EDT


WALDO SWIEGERS/AFP/Getty Images
Even after [url=http://www.agoshow.net/Cardinals-29-Chris-Carpenter-Road-Cool-Base-Grey-2010-All-Star-Jerseys-93/]Cardinals 29 Chris Carpenter Road Cool Base Grey 2010 All Star Jerseys[/url] being spotted on a high school track in April, and being at the Paralympic Worlds, South African sprinter [url=http://www.agoshow.net/2009-All-Star-Philadelphia-Phillies-6-Howard-Red-Jerseys-12/]2009 All Star Philadelphia Phillies 6 Howard Red Jerseys[/url] Oscar Pistorius has ruled out competitive running in 2013. Instead, he plans to focus on his [url=http://www.agoshow.net/2009-All-Star-San-Diego-Padres-23-Gonzalez-Red-Jerseys-10/]2009 All Star San Diego Padres 23 Gonzalez Red Jerseys[/url] upcoming murder trial.

We have decided as a team we are not talking [about] any training or [url=http://www.agoshow.net/2009-All-Star-Philadelphia-Phillies-29-Ibanez-Red-Jerseys-14/]2009 All Star Philadelphia Phillies 29 Ibanez Red Jerseys[/url] athletics, We have postponed for the whole year. He is nowhere close to being in a position to train. He just does fitness exercises in the morning with his family.

Pistorius was charged with murdering [url=http://www.agoshow.net/Cardinals-5-Albert-Pujols-Blue-2010-All-Star-Jerseys-69/]Cardinals 5 Albert Pujols Blue 2010 All Star Jerseys[/url] girlfriend Reeva Steenkamp on Valentine s morning at his home in Pretoria, South Africa. The London Olympian claimed he thought she was an intruder hiding in the bathroom, and shot her four times through the door before discovering what he had done.

Pistorius had some of his most lucrative in the wake of the shooting, and UK Athletics Chair Ed Warner told BBC Radio in April that Pistorius this season, because his appearance would pose too much of a distraction.

Pistorius is now out on bail and is due in court again on June 4.


[url=http://porno-bb.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=61]more[/url]

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino