Kepada yang inginkan maklumat khusus untuk pendidikan khas kanak-kanak istemewa, anda dijemput hadir ke sini..
Pesanan khidmat masyarakat dari pelajar UKM tahun 3 Kursus Pendidikan Khas UKM. Kalau sempat saya pun nak jengah sekejap. tapi entahlah sempat ke tak.. Saya baca most of blog yang emak bapak yang ada anak istemewa ini, sesekali membaca luahan mereka, menitis air mata.
Kehadiran anak istemewa ini membawah rahmat dan menguji kita sebagai hambaNya, ini ujian Allah buat mereka ibu bapa itu, bahagian kita akan datang kita pun tak tau kan? Tidak ada seorang ibu pun dalam dunia ini mahukan anak lahir tidak sempurna, percayalah sejak hamil ibu siang malam berdoa agar dikurniakan anak yang sihat, sempurna akal fikiran, tapi ingatlah, Allah menentukan segalanya, sejauh mana pun doa kita, kalau Allah tak makbulkan, adalah hikmahnya menanti kita, cuma kita je tidak tahu. Dan lahirnya anak itu ke dunia pun bukan dia pinta, itu semua sudah tercipta, dan hadir mereka dalam keadaan tidak sesempurna anak lain? maka haruskah kita sebagai hamba yang lemah dan tak der kuasa magic pun untuk kita menghina kejadian Allah itu. Hatta kalau tengok binatang yang cacat sekalipun, kita tidak berhak untuk menghina binatang tu, inikan kejadian manusia? Jangan sedikit pun timbul rasa janggal, pelik atau mencemuh manusia yang tidak sempurna.
Tak perlu kita buat drama atau lagu Halimah Jonggang, untuk menggambarkan kehidupan manusia jongang.. sekali tuhan nak uji kita, mana kita tau, dari jongang-jongang pun halimah tu ada gak gigi, boleh kunyah, atau boleh gigit telingan manusia hina dia jogang tu, kot orang yang hina dia, accident, patah semua gigi??? nak makan pun bubur nasi je boleh masuk, sebab tu je tak payah kunyah boleh terus telan.. maklumlah gigi dah takder... kalau nasib baik, boleh juga buat gigi palsu, buat tulang-tulang gigi semua patah riuk sekali, gigi palsu pun tak leh lekat. hah, masa tu baru terfikir, baik jongang dari tader gigi..ahhahah melalut lak saya..
Berbalik soal ibu bapa yang punya anak istemewa, saya kira mereka adalah manusia yang dipilih Allah untuk menerima ujian ini, kerana mereka sebenarnya kuat, walaupun ada ketika mereka juga tewas, rebah dan rebah, tetapi sebenarnya mereka jauh lebih kuat dari kita. Sedangkan kita yang membaca luahan hati pun boleh teresak-esak menangis, tak le kuat mana pun kita kan? inikan mereka yang lalui. Melihat kegigihan mereka, saban minggu berulang berubat untuk memulihkan fizikal anak-anak mereka, sebelum subuh dah keluar rumah, ulang alik ke hospital, begitu begini, saya bayangkan kalau saya akan hadapi semua itu, mau kami laki bini bergaduh sentiasa, maklumlah dua-dua kurang sabar dan mudah melenting. Allah Maha Adil,DIa uji mereka yang DIA tahu boleh lalui semua itu. besar pengorbanan ibu bapa ini, terutama ibu.
Itu sebab Allah suruh kita taat ibu, hadis Rasulullah, kalau menyembah manusia itu tidak salah, akan ku suruh kamu sembah ibumu (lebih kurang gituler bunyinya)betapa tingginya darjat seorang ibu, sebab itu kita hargailah ibu kita selagi mereka ada, macam saya kata semalam, lagi kita boleh telefon, kita telefon la..dengarlah suara dia, dengarlah bebelan dia, bila dia sudah tiada, kita adalah henpon 3G canggih cemana pun tak guna dah.. kita dah tak boleh nak 3G dengan roh di alam kubur, tak guna pun ada henpon canggih cemana pun, sebab tak mampu untuk kita tak mampu berbicara dengan ibu atau bapa kita yang dah tiada.
Percayalah bila kita kehilangan ibu atau ayah kita, saat itu kita rasa rindu sangat, kita pegang telefon, dan kita terasa nak call mereka, nak bercakap, tetapi mereka sudah tiada. Itulah yang kami rasai. Kalau dulu bila telefon ayah/abah setidak-tidak kita dengar suara mereka, walau tidak didepan mata. Tapi sekarang tidak ada dah. Saya pernah tengok drama yang Shiela Rusly berlakon jadi ibu yang buta ke, atau sakit mata ke apa tah, yang anak dia derhaka, lupakan dia. Lepas ibunya meninggal, anak dia jatuh susah, saya akan ingat dialog dalam drama tu sampai bila-bila kata kawan anak dia yang derhaka tu "Kau hidup senang semasa ibu kau masih hidup, kerana ada doanya bersama kau, doa ibu, tetapi bila dia sudah tiada, tiada lagi doa untukmu, susahlah kau, kerana tiada lagi doa ibu buat kau," betul kan? selalu kena ingat, setiap rezeki kita dapat sekarang, memang dari ALlah, tapi dengan iringan doa ibu. Jangan lupa mohon doa ibu setiap kali hendak memulakan sesuatu. Dari dulu, saya kalau nak periksa mesti call emak dulu, nak pegi interview keja, call mak, mintak restu, minta doa, ALhamdulillah, hubby pun sama.
Lagi satu, kalau kita resah, rasa nak marah, rasa gelisah, rasa macam tak tenteram, tak der mood. Cube call emak kita, dengar suara dia, dengar gelak dia.. Percayalah, macam magik.... tetiba segala rasa resah gelisah kita macam lenyap, hilang perlahan-lahan. itulah kuasa yang ada pada ibu kita. Itulah selalu saya buat, masa pregnant, tahu lah keadaan saya kalau pregnant, keluar masuk hospital, resah dan gelisah je selagi tak beranak, masa ni sehari sampai 2-3 kali saya call emak, entah saya rasa dapat kekuatan dengar suara emak. Bila saya mengadu sakitnya tangan saya kebas, nak suap makan pun sakit, emak cuma kata sabarlah, bukan senang nak boleh sorang anak pun, emak dulu sakit pinggang baring tak kena, duduk tak kena, berbulan duduk wad. Baru saya terfikir, saya baru beranak dua orang budak, emak saya beranak 4, lagi kuat dia berbanding saya.
Ermmm tetiba saya rindu emak, rindukan kehijauan sawah bendang di Kedah sinun...
Insya-Allah minggu depan kami balik..seronoknyaaaa...
Pssstt.. Kate, tolong email saya no tel awak, saya cube call awak tak dapatlah,saya perlu bantuan awak nak cari hotel nak book la

6 Komen:
Terima kasih Pnut for the entry! Alhamdullilah Haku masih ada ibu... insyaallah haku akan jaga dia sampai nafasnyer yg terakhir.
masa student dulu saya ada sorang kawan yg sama batch tp lebih tua umurnya sb dia balik dr oversea & masuk semula first year kt msia.katanya takleh duduk sana.asyik ingat rumah.bila balik dia cerita pd maknya & maknya cakap mmglah ija tak senang duduk.tiap2 hari mak doa bg ija balik msia semula..
p/s..bendang tak hijau la ni..org baru lepaih ambik padi.
Terima kasih Pnut, entri yg Pnut tulis kali ini terasa sgt dtg dr hati Pnut.. Pnut ni nampak jer garang tp lembut hati orgnya..:)
Sayapun tiap kali diuji, mesti call mak ayah, minta ampun mana tau ada salah silap yg mengguris hati mereka yg buat hidup saya sukar. Selalunya mak akan cakap, kalau ada salahpun dah lama mak ampun.. Ayah pula mesti sebak bila saya minta ampun maaf. Lepas tu tak lena la pulak org tua tu tidor. Begitulah kasihnya mak ayah pada anak kan.. Sedih saya, lambat lagi la nak jumpa mereka, kurang2pun 2 tahun lagi, moga Allah mudahkan perjalanan kami di bumi asing ini, ameen..
pinut
memang betul kata pinut, mendengar suara mak kita, macam magik, segaka kesakitan segala kerunsingan hilang... masa zar sakit dulu mak lah bersengkang mata menjaga zar, sedih pula dikenangkan sebab seharusnya kta sebagai anaklah menjaga mak ayah tapi terbalik pula
Jemari seni-Moga panjang usia ibu awak, dapat lama kita berbakti kan...
Ieda-laaaa bendang tak menghijau dah ek..alahaiii tak dapat nak posing tengah bendang...huhuhu
Fa-jauh tidak semestinya jauh dihati kan?? jauh dimata, tapi dekat dihati kan?? teknologi sekarang canggih kan... leh live cam lagi..
Zar-betul Zar, cube tengok masa kita beranak, camner emak kita jaga kita.. dimanjai betul kan...
terima kasih atas entri ni..saya sebagai seorg ibu anak istimewa ni memang rasa sgt tersentuh pnut...terasa lega ada org memahami kami..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..apa yang anak-anak istimewa ini perlu hanyalah sedikit pengertian yg mereka ini istimewa..from the very deep of my heart..terima kasih yg tak terhingga atas entri ini..
Post a Comment