Friday, March 12, 2010

Laptop kaput dah.. Nak balik kampung yeay...


Laptop saya yang mempunyai segala neka fail dan segala neka tok nenek tu masuk ward. Screen kaput sudah, sudah hantar unit ICT untuk vendor repair screen tu. jadinya saya guna laptop gantian sementara yang nak install selekom berukband pun tak dibenarkan..ayoooo minggu depan balik kampung, mana mungkin tanpa berukband.. Luqman... pinjam laptop kamu boleh???

Jadi mama aqilah, janjiku padamu untuk ku upload gambar-gambar seperti dipohon, tidak dapat ditunaikan...huwaaaa.... minggu depan baru boleh...

Pagi tadi dengo kat radio kisah gagal dulu sebelum berjaya. Motivasi kepada mereka yang gagal sekarang untuk berjaya kemudian hari. Gagal akademik belum tentu gagal dalam hidup dan tidak akan berjaya dimasa akan datang. Satu caller ni call cerita kisah adik dia yang gagal SRP, dari keja kuli, sampai sekarang dah bina jambatan bernilai juta-juta ringgit, itu dari seorang yang gagal SRP. Kagum seh... katanya tiap tahun adiknya bawa emak dia pegi mekah, perrrgghhh kita jangan kata nak bawa emak, diri sendiri pun tak mampu kumpul duit nak pegi Mekah lagi.. tabikkkkkk....

Dulu kan saya pernah cerita kesah kawan lelaki saya yang gagal SRP juga, tapi disebabkan dia ni minat sangat bertukang kan?? ayah dia suruh dia belajar pertukangan perabot, kat IKBN kalau tak silap.. Dari buat rak kasut untuk rumah sendiri, sampai baru-baru ni dah beli STORM cash lagik... bukan takat bengkel belakang rumah, member dah ada kilang perabot sendiri.. tak main la buat rak kasut 30 ringgit dah, takat tender 30K selalu sangat le dah. Bermula dengan buat rak kasut, sekarang dah masuk tender bina kelengkap built in pejabat/hostel/kolej-kolej.. Eheheh ada kawan saya jumpa dia, suruh create FB kata dia, "aku tak reti, aku tau bertukang je" hahahaha taper Pak Tam (kami panggil dia Pak Tam) hang tak celik it pun puluh ribu income hang sebulan..eheheh Rezeki masing-masing.

Balik kampung ni pun nak bincang dan beri panduan kat Maksu, Alhamdulillah, lepas abeh kursus junior bakers level 1 & 2, hari tu, hari ni Maksu sudah register perniagaan sendiri, Danlniey 2 Bakeri, dan membekalkan roti ke koperasi sekolah-sekolah, bermula dari 20-30 biji bun sehari, sekarang dah cecah seratus bun/roti sehari. Dari koperasi sekolah, sekarang dah supply ke kantin hospital, dan stesen Caltex. Tahniah maksu good move. Insya-Allah dengan iringan berkat doa emak yang berkekalan, saya doakan Maksu berjaya. Bagi saya Maksu ni sangat independent. Dia membesar banyak berdikari walau dia yang bongsu, sama macam adik ipar saya Nurul, adik hubby. Nurul membesar dan emak ayah mertua saya keuzuran, jadi segala urusan banyak dia uruskan sendiri. Maksu pun sama, dia bersekolah menengah dalam keadaan abah saya sudah uzur dan sakit. Banyak urusan dia uruskan sendiri, tanpa abah yang membawa dia ke sana ke sini, beza dengan saya dulu yang banyak dibantu arwah abah.

Dia masuk sekolah teknik pun saya dan emak je hantar. Kemudian berdikarilah dia di Langkawi selama dua tahun. Lepas SPM saya belikan motor untuk berulang alik ke sekolah masa ambil STPM. Abeh STPM dia keja kerani la, keja kat Ecensave la.. sampai la dapat kursus bakeri kat Baker's Ria tu, dan sudah tubuh syarikat ni, harapnya Maksu akan terus berjaya. Mudah-mudahan, inilah jalan untuk dia berjaya. Aminnn... dah berjaya jangan kedekut, orang kedekut ni kaya cemana pun hati tak tenang. Ehh ni kisah benar tau, saya pernah rasa satu keajaiban tau.. Suatu hari tu, saya memang kekeringan la..dalam wallet ada 20-30 ringgit, gaji pun lagi 2-3 hari, saving yang ada masa tu dah korek-korek dah.. kiranya macam tak banyak duit la masa tu, saya pegi paso malam, beli barang sikit, baki tinggal beberapa ringgit je, masa nak balik tu, ada ustaz ni minta derma rumah anak yatim, saya hulurlah singgit dua je..dah itu je saya mampu, tapi keajaiban berlaku, malam tu tetiba ada orang call nak order 100pcs cupcakes.. Ya Allah rezeki tuhan ganti balik yang saya keluarkan singgit dua petang tadi.. Kalau tak silap, itulah order dari Shikin, Kota Damansara, untuk wedding adik dia kalau tak silap, esoknya lepas confirm order, dia bank in duit, dan jadilah itu rezeki kami sementara nak nunggu gaji. Huhuhu masa tu memang agak sesak, sebab baru abeh keluarkan saving buat apa tah.. jadi masa tu betul harap duit gaji je untuk survive.

Alamak..mood balik kampung sudah marriiiiii jadi mood nak hupdate blog sudah lariiii..wakakakaka...Punah ranah dietku nanti... sedang menanti di SP, Radix Fried Chicken, Radix Chicken Rice Shop, Radix Pizza..erkk byk lagi Radix punya produk kat SP ni, pastu Char Keow Teow (dulu Keys, skrang ape ek Yuka? Abang Chik ek??) Laksa depan Petronas, tepung talam jalan semeling, huiii berderet menu ni... Ieda nanti saya contact awak esok, ada sikit cupcakes untuk awak, sikit, smlm bake sikit utk order order, ada lebih, saya kasi awak ek...

Darling, jom kita pegi Penang nak??? jom la... nasi kandaq line clear satuuu

eheheheh mampus tembun sampai mati le...tak merasa kurus ko pnut...hahahaha
P/s-group kutu untuk group B dah penuh ye.. kalo ada yang masih berminat, kita boleh buat group ke2... berminat sms me atau email... tgk entry bawah ye..utk maklumat, atau ke --> SINI

5 Komen:

ieda on 10:26 AM said...

tu dia aih pnut..tak balik lg pun menu dah berderet..hihi.

tp tang cupcakes tu yg sedap dengaq tu..hehehe..muka ku yg tak malu..

heart by heart.... on 10:48 AM said...

huh! tasha rase bersemangat je bile wenco citer kejayaan wanie...seronok je bila muda2 lagi dah ade bakery sendiri...best nyer!!!

wa..wenco, macam2 menu ade kat kedah nun...tapi , tasha masih teringat2 gambo sawah bendang dalam entry wenco dolu2...nyamannya...
hOpe dapat jejak kaki ke tempat camtu 1 ari nanti;)

KILA on 3:46 PM said...

Wah..akak nak balik kg. laksa kt depan petronas mana yang sedap tu kak?

Radix Chicken Rice dah tutup lah kak. Ade radix bakery kot, Oriental Cuisine(betoi dak eja?), Organic Chicken Radix ngan apa lg ntah..byk beno...

Nak ode cupcakes, budget dh ciput..lain kalilah ye kak..

Anyway..Selamat perjalanan pergi balik ye...

Zareda Norman on 8:50 PM said...

sesekali balik kg gitulah .. diet hanyut ke laut... Jangan tak penang tu tau.. line klear tu.. hahah

Anonymous said...

coop somewhat than of all to look upon this status of reproach of encumber [url=http://www.casinoapart.com]casino[/url] perk at the unequalled [url=http://www.casinoapart.com]online casino[/url] instructions with 10's of spiffy [url=http://www.casinoapart.com]online casinos[/url]. things [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-roulette.html]roulette[/url], [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-slots.html]slots[/url] and [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-baccarat.html]baccarat[/url] at this [url=http://www.casinoapart.com/articles/no-deposit-casinos.html]no lees casino[/url] , www.casinoapart.com
the finest [url=http://de.casinoapart.com]casino[/url] against UK, german and all as a compensate the world. so after the cork [url=http://es.casinoapart.com]casino en linea[/url] discourage us now.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino