Friday, March 19, 2010

Kahwin muda? ok ke?


Tak tau nak update apa..
Mood kureng la.. maklumlah baru lepas balik kampung, dok melepak kat kampung, lupa segala neka kerja opis, lupa segala neka kek, cupcakes bagai.

Bisnes maksu Alhamdulillah, berkembang. Berkat doa dan restu emak. Emak pun happy dengan kerja-kerja bakeri sekarang, tak la dia sunyi sangat, dok saja tak ada buat apa-apa. Selain menerima tempahan kek dan roti, maksu juga menerima tempahan baulu. Baru je lepas call emak, depa dok bakaq baulu dan maksu baru terima tempahan 3 biji kek. Eheheh tu maksu bengang, time saya duk kat kampung, tak dak pulak order. Maksu tak berapa cekap lagi nak buat deko kek ni, jadi kalau saya kat sana boleh la tunjuk-tunjuk, tapi tak ada order pulak. Eheheh taper maksu, cabaran tu...cabaran...

Saya cuma nasihatkan jaga akaun bebetul, keluar masuk duit rekod bebetul, senang nanti nak memohon pinjaman. Saya sendiri pun sekarang memang jaga keluar masuk duit bebetul, sebab saya rasa tak banyak sikit mungkin kena bayar zakat. Biar duit dicari tu berkat. Kalau kemut nak keluar zakat, tak berkat pulak nanti. Itu sebab saya mohooonnn le sangat, orderlah cake atau cupcakes melalui order form yang saya sediakan, sebab itulah rekod untuk saya failkan. Kalau ada yang sms, call, kekadang terlupa. Encik CEO eheheh CEO katanya...CEO cakap 10sen pun mau resit...cehhh sampai lagu tu...ahaks..

Oh ya, saya juga ada perkhidmatan untuk print banner tau.. kalau ada nak buat birthday party ke... contact saya ek, untuk banner birthday party, harga cuma RM45 ringgit (size 2 kaki x 5 kaki), nak upload pic nantilah sekarang ni terbantut usaha sebab segala neka pic dalam laptop yang sedang sakit tu, tunggu kesihatan dia pulih saya masukkan apa pic patut.
Kahwin mudah

Saya tengok la kan.. contoh-contoh sekitar saya ni kan, muda-muda dah kahwin, kewangan belum kukuh, baru-baru nak kerja dan pegang-pegang duit sendiri, sebok kahwin, beranak pinak, kalau kerja besar tak apa la juga, ini kerja biasa, isteri pula tak kerja. Jadi timbul bermacam masalah kewangan selepas kahwin, bila dia rasa sendiri, baru dia tau kenapa orang tegah kahwin muda-muda dulu. Dan kini sorang sepupu pompuan saya umur muda gedik oiii dah sebok nak bernikah, emak bapak dia pulak bukan orang senang, dia ingat kahwin ni takat nak seronok, dia tak tau emak dai termenung fikir belanja kenduri, nak siapkan rumah bagai. Bila camni, baru yang dah merasai perit kahwin muda dan ekonomi diri tak stabil ni cuba nak nasihat. Tapi hat yang rasa dia no problem leh kawen ni nakkk juga... eeeeiii pening fikir bebudak sekarang.

Saya dulu umur 20-23 tahun dok usung beg naik turun pegi kelas, berpoya-poya dengan kawan-kawan.. ingat arwah abah dok pesan, abah ni bukan ada harta nak bagi, pelajaran tu la nanti nak tolong hang pa. ALhamdulillah, mungkin rezeki saya cari makan kerja makan gaji, sambil-sambil tu baru bisnes kecil-kecil. Kalau ikutkan saya pun kategori kahwin muda juga, umur 25, erkkk muda la kot, sebab ada orang sekarang kahwin umur 29,30 tahun bagi perempuan kira biasa je kan?? Tapi setidak-tidak saya dah abeh belajar, dan ada kerja tetap masa tu. Dan saya pun terrer gak, cari boipren yang dah kerja bertahun-tahun dan mampu sara saya..ahaks.. jgn mareee darling..

Tak gitu puan madu lebah yang berkahwin dengan si suami tercinta, dua-dua cukup matang, kukuh kerjaya dan stabil kan..kan... ada dua rumah dua kereta... satu keter malaysia, satu keter import...mantappppp.. ape lagi puan madu..duit koyan-koyan..shopping la...ahaks... ahhahaha tetiba madu lebah terlibat dalam ini pilem...apekahhhh???? ampuuuunnn dindaku...

12 Komen:

Cikja on 11:47 AM said...

Salam kak pnut,
alamak kak, saya kawin lagi muda..20 tahun dah kawin 21 thn anak sorang..sekarang anak dah 3 dah..

pada saya tak kiralah muda ker tak, tapi bila dah kawin tanggungjawab tu yang penting.

Amyz! on 12:37 PM said...

Hehe. ada pro & contra la kawen muda atau kawen tak berapa muda ni. haha. mcm saya jugala. kawen masa tak berapa muda. hehe. nanti bila dah ada anak, umo saya dah nak pencen, anak baru la haiiii tamat sekolah.

yg kawen muda tu, bukan dilarang sebab apa. sebab hidup sendiri tak berapa stabil, dah nak jaga anak orang. kalau tahu tanggungjawab, pandai cari duit lebih ke, takpela. ini duit pun masih mintak mak & ayah, majlis kahwin semua mak & ayah sponsor, macam mana nak survive hidup baru berdua kelak? ada juga dua-tiga org jiran2 dekat rumah ni, lepas spm dah kahwin. yang sedihnya, dah dapat anak 3, pergi bercerai pulak.. sedih dengan nasib anak2 tu la.. adoiyai..

Ms.Lilies on 2:02 PM said...

salam singgah....
bab kawin muda...saya pun kawin muda gak ehehe...
ngam2 pas konvo...suami saya pun sebaya..
tp alhamdulillah berkat rezeki Tuhan beri...semuanya xde masalah...

for me bukan sebab kawin muda xmuda...tp lebih kepada kesedaran pada tjwab tu sendiri

Pnut on 2:53 PM said...

Fariza-kalau kewangan dah ok, kawen muda takder masalah... kalau kewangan belum kukuh, nak survive tu agak payah, tu jadi kes, laki kena kerja siang malam cari belanja sian...

Amyz-ye bab anak tu setuju juga, tapi kalau kawen muda, ada kesedaran takper.. kalau sorang je keja, duk KL pulak, susah juga Amyz, akak dengar keluhan anak-anak buah kat sini yng kawen muda bini tak kerja, cian gak..

Lilies-kawen muda lps konvo kira oklah, setidak-tidaknya sudah konvo, ada kelulusan, setidak-tidak kalau dapat kerja gaji lebih sikit..kannn??

Kak Aidah on 3:10 PM said...

Salam Pnut,
sihat ke? Betul kata Fariza tu, tak kira lah kawin umur berapa pun yg penting tau tanggungjawab. Ada orang tak fikir panjang ingat kawin ni untuk sehari dua, tu yg huru hara dibuatnya

Zareda Norman on 5:28 PM said...

pinut

anak sedara zar kawin muda sekarang dah anak dua baru terhegeh hegeh nak sambung belajar. Kengkadang mmg rasa 'biar dorang rasa susah, dulu cakap mak mak sedara tak nak dengar' tapi kita kesiankan cucu cucu tu.. sayang bukan tak sayang.. sebab kita pun pernah muda, pernah meroyan nak kawin time study so tak bleh nak blame bebudak ni, dari dia huru hara buat tak senonoh baiklah kawin.

So kita sebagai org tua, guide dan bantu apa yang patut. Nasihat elok elok dan selalu peringatkan dorang.

maklijah on 9:37 PM said...

Dulu Mak Lijah berpendapat umur 24 thn is the ideal time to kawin.. tak tau kenapa. Tak sangka Mak Lijah pun kawin at 24...ahaks...!

Dilla on 10:58 AM said...

salam pnut....aku dah berbalik pada url lama, fardilla.blogspot.com.....tak jadik tukaq url coz tetiba ader masalah...ok hupdate yek....

Nida Shaari on 8:26 AM said...

owh tetiba kami terlibat dalam ini filem?? Alhamdulillah jodoh dan rezeki masing-masing juga kan? :p

Pada kami kawen muda atau tak berapa nak muda yang paling penting kesedaran dan tanggungjawab la. Cinta saja tak menjamin apa-apa. Kena fikir jauh bukan setakat untuk hidup bersama sehari dua.

Dan kami sangat galakkan orang menabung untuk masa depan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. hik hik

Pnut on 10:44 AM said...

Kak Aidah-tu le sebab kak, kalau kawen tapi tak berfikir panjang, byk masalahnya.. tp kalau masing-masing sedar tanggungjawab dan peranan, tak per la..

Zar- tu le, time bercinta semua manis, indah belaka, masuk alam perkahwinan baru tau semua pahit manis, kita pun sama kan lalui semua tu..

Mak Lijah-samalah kita, kawen umur 24..eheheh saya kawen lagi 4 hari sbl sambut birthday ke25 tahun 2000, ehehe

Dilla-tukaq pi mai pi mai depa aiiihhh eheheheh tak mau join kutu kabinet henglish style ka??

CIk Madu-ye menabung sedikit demi sedikit kannnnn....

Unknown on 11:21 AM said...

Pnut kawen muda kalau bertanggungjawab takpa la jugak.
Ini kawen muda pastu anak merenyut ramai... penyudahnyer beban kepala mak bapak jugak.

Dilla on 1:39 PM said...

cuba cite lagu mana nak join kutu henglish syle tu....rasa macam nak terintrested la pulokk...aku bukan buleh dengan benda2 henglish style ni....keterujaan yang amat dasyattt....hihihi

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino