Tuesday, March 23, 2010

Alesya dah kebah demam..


Hari Ahad...


Budak kecil comel cik ting-ting demam.. (cik ting-ting ialah refer kepada rambutnya yang kerinting..eheheh)cian dia demam... ni lepas kasi ubat dan lap badan dia...

Esoknya Isnin masih demam, pak cik gebu EL, saya sms assistant saya bagitau saya masuk lambat, nak bawa anak pegi klinik, malas nak EL lagi, sebab baru lepas cuti/mc tak best la nak cuti lagi, dah pakcik gebu pun orait je nak cuti, lega sikit. Pagi-pagi kami bawa dia ke Cheras Perdana, ke Klinik Kita. As i said dlm byk entry kan, Klinik Kita is the best for us la, untuk ubat kanak-kanak ni. Dari si abang dulu, segala neka ruam, ubat demam, semua dari klinik tu je, dah pindah Putrajaya pun kami tetap akan ke Klinik Kita amek stok ubat demam. Macam si adik ni, demam sejak Sabtu, dah pagi ubat Klinik Medivr*on dah, tapi bila ada kesan ubat tu ok lah badan dia reda panas, abeh kesan ubat, naik balik panas dia.

Tak sudah, pagi Isnin saya dan pakcik gebu bawa budak kecik ni pegi Klinik Kita. Mak aiiiii ramainya orang... kan saya kabooo mmg ramai orang klinik ni walaupun ada dua bilik doktor, tetappp ramai siang dan malam. Selesai amek ubat semua, balik rumah, suruh bibik mandika dia, dan saya pesan bibik lepas mandi kasi ubat, saya pegi office semula. Sejam lepas tu call pakcik gebu, 'cakap-cakap' ngan Alesya, jerit dia... wahh dah sehat. Tghari balik rumah, bibik cakap lepas makan ubat, dia tido berpeluh-peluh.. Ya.. tu le special ubat dari Klinik Kita kita ni, dari dulu, makan je ubatnya budak ni pon berpeluh. Dolu ubat dia dalam botol refill tu je, skrang dah lain.. dalam botol pack camni, lagi berkesan.. kot ada jual kat pharmacy boleh la korang cari



Ni Alamat dan no tel klinik kita.



Ropanya bukan saya sorang je sanggup dari Putrajaya ke Cheras Perdana ke Klinik Kita, sorang kawan office ni pon sama gak kata dia, kawan dia rekemen pegi Klinik Kita ni, so dari anak 1 sampai anak dah 3 kata dia, memang budak demam bawa pegi klinik Kita, cuma kata dia ubat dia mahal sikit dari klinik lain. tapi tak kesah kata dia, janji budak sehat. Hehehe semalam kami amek terus dua set ubat demam, selsema dan batuk..tatau berapa chargenya sebab bilnya ditanggung Aff*n Bank. syukurlah, kalau tak mau kopak juga, sebab kata kawan ni sekali pegi dengan ubat dan consultation dekat RM50 juga. Mujur kami ditanggung, termasuk segala neka cucuk bebudak ni, semua ditanggung beres. Kalau tak cucuk kat klinik gomen je la..

So malamnya budak ni dah sehat... tak caya tengok ni..tak diam weiii penat kejo.. orait gak..berpeluh omaknya kejar mengejar anak dia berlari-lari semalam.. Boleh bua teman berjogging ni.. cayalah dik...ni la dia berlari sana sini belakang kelas KUMON si abang.












opssss ada pic anak-anak sedara teman, along dan Lukman... eheheh ni le dua hero saya sekarang, selain dua hero sedia akan, kini tambah bodyguard kami, dua mamat kurus kering ni...eheheheh
Ni pic semua ni kat taman dekat food court Presint 16, sambil kami tunggu abang abeh kelas KUMON, kami lepak-lepak kat taman ni. (Oh Ya update sikit progress KUMON si abang, so far, Alhamdulillah, untuk campur tolak ni dia boleh ingat le, tak payah kira pakai jari lagi dah, main ingat dalam otak je, sebab selalu buat latihan..adoii naper KUMON Putrajaya tader untuk English?? nak juga dia masuk untuk English punya..)

*Psstt Jiey, tunggu sikit hari lagi Ian berjalan dan berlari..jenuh kejar mengejar..leh pecah lomak ooo eheheheh

7 Komen:

Nurul on 11:34 AM said...

ala sian..tuh la, kadang2 ada ubat2 kat klinik tak baper mustajab. Macam zahirah dulu cirit birit, kena ubat dari Azzahrah baru ok...

p/s: saya tag kak pnut eh

Unknown on 12:19 PM said...

Alhamdullillah Alesya dah sihat.

Jauhnyer Pnut dari Putrajaya ke Cheras amik ubat.... nasib baik tak sampai ke gunung tahan mencari obat..heehehehhe..

heart by heart.... on 3:11 PM said...

alhamdulillah..da c.hat and kembali ceria alesya..ehehehe

wenco, camne dgn kelas **k* yg rumate tasha nk minta tolong wenco tu..leh ke?? ;)

Ummi on 3:58 PM said...

pnut,

nak tanya sikit pasal kumon boleh, semalam ummi ada pergi ke tempat kumon nak daftarkan si batrisya, tetapi bila dapat tahu kelas hanya setengah jam sekali, dan satu minggu dua kali, maksudnya satu minggu hanya satu jam sahaja, terus hilang minat

tapi dok fikir2 gak, tanya students akak, tak ada pun yang pergi kelas kumon, tapi nak gak hantar batrisya

ok ke kumon ni, bagi pendapat sikit, ingat nak register hujung bulan ni....

Pnut on 4:08 PM said...

Nurul-okeh nanti akak cube buat tag tu ek..

Jemari Seni-demi obat, ku redah juga. tp ALhamdulillah, dengan Izin Allah mmg sehat dah budak ni...

Tasha-dah sehat berlari sana sini...ehehe

Ummi-KUMON ni konsep dia lebih kepada latihan..latihan..dan latihan..dan sesuai untuk ibu bapa yang tak berapa rajin cam kami, ehehe maksudnya bukan jenis yang tekun nak ajar anak sendiri, nak terang pada anak sendiri...

KUMON lebih kepada latihan dari basic..macam Najmi dua tiga bulan pertama ni dia belajar campur dan tolak je..dari angka kecik-kecik sampai beso-beso sikit.. buat latihan sama berulang kali, sampai satu tahap benda tu dah lekat kat otak dia, bila kita sebut 7+9, terus dia jawab 16 tak kira, sbb dia ingat..

kelas setengah jam tu sebenarnya bergantung pada student, sebab konsep dia one to one.. student dtg, duk dendiam buat kerja, then cikgu check kerja, kalau betul dan siap dalam tempoh ditetapkan, dia akan diberi new sheet latihan (up sikit dari yg sebelumnya) kalau masa lama dia amek, kena repeat and repeat..

so katakan masa buat dalam kelas byk salah, so teacher akan tunjuk ajar, one by one.. sampai budak faham, tang ni lama sikit...

tak semestinya 1/2jam, Najmi kekadang sampai sejam lebih, kekadang 30 minit dah turun..

Akak suka konsep ni sebab macam pokokla.. akar kena kuat, baru pokok tegap, jadi KUMON ni buat age Najmi macam baru tanam pokok, tanam dari anak pokok, kena siram, boh baja, agar akar dia kuat, dpt cengkam tanah, so nanti pokok kuat..

bak ibarat kata kita drive la.. mula-mula drive belajar kenal stereng, gear satu, gear dua.. lama-lama dah pandai, tak tengok batang gear tu kita tau, mana gear satu, mana gear dua, bila naik bukit nak pakai gear berapa, selekoh gear berapa...

KUMON tak sesuai buat parent yang punya banyak masa hendak mengajar anak sendiri, dan anak yang rajin dan tekun.

Sesuai kalau anak tu jenis kalau kita bagi latihan, kena jerit macam tarzan baru nak gerak.. di KUMON, latihan sangat banyak, even cuti pun tetap ada latihan, so budak jadi disiplin, tiap hari kena buat maths...

Ummi on 4:21 PM said...

thanks pnut,

akak ingat nanti nak balik promote kat encik abah le sebab kami ni bukan ada banyak masa sangat nak ajaq batrisya kat rumah

walaupun keje ummi mengajaq budak tapi anak kat rumah tak gak ummi ajaq, bukan malas, dah kita ni mak dia, dia buat bolayan aje, tu yang mak cik kadang-kadang nak naik angin tu

terasa diri ku ini muda sangat, pnut ni lebih muda banyak dari akak tau :)

so akak ni akak ummi ye, pnut ni adik pnut :)

hehehehe

thanks :)

ritzmia said...

klu saya nk masuk kumun cam mna yea nk register....
umur bru 18 thun....
tp cm best jer.....
ngee....

help me...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino