Monday, March 01, 2010

Terima kasih atas ucapan takziah


Terima kasih atas ucap takziah semua kepada kami, tak kira melalui blog, FB atau sms. Maaf tak sempat reply satu-satu, banyak sms diterima. Selepas arwah abah meninggal, saya setidak-tidaknya ada ayah mertua menumpang kasih. Kini kami berdua sudah tiada abah, sudah tiada ayah. Errmm Selly, kami tumpang kasih papa korang je la lepas ni. Setiap tahun bila raya, biasanya kami belikan baju buat kedua arwah masa hayatnya, kini tak der la.. Dulu masa kat Cheras, kami belikan untuk 3 'ayah' abah, ayah dan pakcik sabri, sekarang kami menumpang kasih kat pakcik sabri je la, dua-dua pun tader ayah dah.. sedihhh..

Apa pun yang pergi tetap pergi yang hidup sentiasalah kita berbuat baik pada emak ayah sendiri. Ada masa call, tanya khabar mereka, dengarlah gelak ketawa mereka puas-puas, bila mata terpejam selamanya, dah tak der gelak ketawa dah untuk kita dengar.

Moga roh arwah di cucuri rahmat dan limpah kurniaaNYA..amin...

Cerita Alesya
Alesya sangat pandai berkawan.. walaupun dia tak duduk taska, ada orang kata budak tak duduk taska tak pandai bergaul...eheheh idak ye...Alesya pandai berkawan, dan selamba je berkawan-kawan..ehehehe itu hari dia 'ngorat' pakwe kat klinik kan... Baru ni kitaorang makan satay minang kat gombak, hantar Syazwan balik BMI, sebelah UIA tu, singgah pekena satay minang yang sedap gilos tu.. So kat kedai tu ada anak tokei duduk kat hujung kedai, si Alesya selamba pegi 'making frenz' maaa

tengok gayanya




See senang je dia berkawan-kawan kan...eehhehe bebudak cepat je dapat kawan..

Ni pulak...suatu hari dia minta dipakaikan tudung, dia sendiri yang ambil tudung dan suruh pakaikan kat dia. lama dia pakai.. eheheh tapi bawah gaun beb..eheheh


Saya sedihlah dengan kisah budak umur 3 tahun kena dera sampai mati tu... sangat binatang yang sangat bodoh manusia itu. Kalau binatang yang tak berapa berakal pun sayangkan anak dia, inikan manusia, lebih binatang dari binatang, macam tu manusia kalau kelam hati. Emak budak tu siap ada anak hasil hubungan sulit dengan jantan keparat tu.. dunia..dunia... sedih.. ada hikmah juga Allah ambil balik anak tak berdosa tu, agar dia tak membesar dengan dosa-dosa emak dia... Moga mereka bertaubat. dengar kata emaknya pun ditempatkan di rumah kebajikan, eloklah, moga insaf hendaknya..aminnnn...




7 Komen:

ija on 1:47 PM said...

kak, salam takziah... doa saya utk kedua2 arwah ayahanda kak pnut dgn abg mior..semoga mereka tenang kat Sana..

cik puan daun on 4:36 PM said...

alesya berkawan dengan budak lelaki ajeeeeeeeeee.. ahahaha.. mana bolehhhhh..

ieda on 4:44 PM said...

salam takziah drp saya..
seronok pnut dah kembali menulis..lama tunggu.

My Life My Journey.. on 7:15 PM said...

rindu kat pnut..:)

Pnut on 9:05 AM said...

Ija-time kasih atas ucap takziah..

Daun-iqbal jangan bimbang, alesya tetap setia...eheheheh

Ieda-ehehe mana ada lama, seminggu je senyap..ehehhe

Fa-bestnya ada org rindu kita..ehehe

Unknown on 10:43 AM said...

Salam! Pnut Takziah JS ucapkan.... Al Fatihah Haku sedekahkan!
Semoga Arwah ditempatkan bersama org yg beriman!Amin!

Anonymous said...

salam takziah. So who is looking after mak nya selepas bapanya pergi?

Hope she's ok..
takziah semuga Rohnya ditempatkan didalam golongan beriman. From the pict you posted earlier baik no, jaga maknya.
Goodman..

salam
ent

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino