Menulis blog ialah satu perkara sampingan yang sebenarnya satu komitmen. Komitmen yang sengaja cari sendiri hahahaha. Bila tiada wahyu untuk menulis blog, saya jd malas. Kekadang ada banyak benda nak cerita sampai rasa nak cerita semua benda. berkoyan ada benda nak cerita.
Alhamdulillah, segala urusan pembelian buku untuk anak-anak yatim sudah saya terima... Kini misi saya seterusnya ialah untuk belikan mereka rak buku, dan meja serta kerusi untuk membaca dan set up library. So my geng librarian, kot ada rak meja/kerusi nak hapus kira tu roger aku weiii atau, kot ada supplier nak kasi hadiah, korang mintaklah hadiah buku kanak-kanak nooo dah ada bahan, dah ada rak, nanti kita pakat pi buat cataloguing pulak ek... moh... Masih ada yang masih bank in duit.. saya yakin memang duit yang masuk-masuk ni untuk anak-anak yatim, kerana urusan pembayaran duit cupcakes semua saya dah inform customer bank in ke akaun pakcik gebuku.. time kasih la semua...acik terharu sesangat.. moga misi kita nak bina library buat anak-anak ini tercapai..aminnn.
Citer Bisnes..
Eh nak story, tapi sipi-sipi dulu, saya akan 'lahirkan baby tau nanti' betullll ehehehh rileks...rilekkssss bukan adik alesya... la wei..acik dah pencen beranak, walau hati meronta nak anak lagi.. tp apa nak buek acik kalau mengandung dugaan hebat tak tertanggung rasanya, cukuplah Allah sudah beri sepasang kan...
"baby' saya ni Insya-ALlah akan saya perkenalkan tidak lama lagi.. tungguuuu
Ok yang saya nak cerita ni, adalah sikap orang melayu kita berurus niaga. Saya akui sebagai orang Melayu, orang melayu kita ni belum punyai skill berniaga dengan baik walau perniagaan mereka baik. Banyak orang Melayu kita kena belajar, termasuk saya sendiri. Terutama MASA dan JANJI. Jangan berjanji dengan orang sekiranya tidak mampu tunaikan walaupun kita keja duit. Manusia macam ni boleh BLAH, dia takkan kemana. Pengalaman saya buat kek ni, bukan sorang dua yang call saya merayu-rayu minta juga saya buatkan order mereka, kerana katanya mereka dah tempah kek dengan orang lain, tp last minute orang tu bagitau tak sempat buat, atau dah tgh malam, barang baking dia kehabisan, tak der stok barang nak buat order mereka yang dia dah confirm order. Alahai.. kenapa macam tu ye.
Sikap saya dalam berniaga ni, kalau saya boleh buat, saya akan buat, kalau saya rasa dah ada order berderet menanti, saya tak berani terima, takut tak terbuat. siapa yang pernah nak order bile time order saya penuh akan tau yang saya selalu cakap benda tu berulang kali, saya tak berani janji, kalau boleh tunggu last minute saya confirmkan saya akan call. Kalau tak boleh tunggu, carilah orang lain. Janji itu satu benda yang kita pegang. Kalau tak pasti jangan terima janji. Setakat ini saya pernah kansel order masa ayah mertua meninggal itu hari je, itu kes kecemasan yang kita tidak jangka kan? itu pun mereka yang dah confirm order, sanggup pula postpone date tu sehingga saya selesai urusan di kampung. Berniaga kalau nak bertahan lama, jaga customer betul-betul.
Saya nak story satu kisah benar ni, dalam urusan kami nak 'lahirkan baby' ni, banyaklah berurusan dengan pembekal-pembekal ni. Pasa suatu hari saya call satu pembekal ni dan discuss awal di telefon, kemudian saya pun set date and time untuk jumpa. Esoknya saya call lagi sekali, confirmkan saya akan jumpa dia jam 3ptg. Lagi 5 minit pukul 3 saya sampai kedai dia. Masuk je tanya staff dia, katanya boss dia dah keluar. baru je keluar. What the hell, ko janji ngan aku sejam yang lepas nak jumpa pukul 3, ko keluar. Ok fine la.. saya pun call dia, katanya dia kat somewhere around situ juga, kejap lagi dia datang situ. Saya tunggu, 3.15pm belum sampai... dah la tak sampai lagi, kot la dia call atau sms saya dia akan lambat sikit ke hapa.. 3.30pm pun masih belum muncul. Saya dah boring sebab saya adalah potential customer dia, yang bukan nak order barang dengan dia satu dua, mungkin 50 mungkin 100 dan akan datang maybe beratus-ratus... tapi dia boleh buat diam..
3.40 saya blah dari kedai tu tanpa sepatah kata. (sebenarya bosan dah sebab ada satu customer dia, yang tempah barang ngan dia, sedang bertekak, kes salah hantar, salah buat, bertekak depan customer lain, ape hal?? Saya blah dari situ, saya masuk kedai buku, belek itu ini, sampai jam 4 ptg, this mamat haram sikit pun tak call, tak sms..kot dia nak tanya saya kat mana??? dia dah balik kedai ke apa ke... saya tawar hati, and say no kat dia.. tak berminat nak deal dengan dia. Lagipun saya dah tengok sample barang kat kedai dia, mahal, tapi tak berkualiti. Pelik saya, takder PR skill langsung la.
Kekadang tu kita bukan tanak tolong bangsa kita berniaga, tapi camni la kita kena. Lagi satu kes, saya dok beli barang bakeri, tokei cina bakeri supply saya dok beli tu sampai kenal, bila krisis gula/tepung dia jaga dulu big-big customer dia ni. Bila kita nak stok, just call dia, dia prepare, kita datang ambil je, orang lain dia tak bagi. dia bagi pada regular customer dia je. Itu cara dia jaga customer dia. Dia juga akan simpan stok limited untuk kita, kalau benda tu dia nampak dah susut, kita pun selesa berurus niaga dengan dia. Selang beberapa kedai dari kedai dia, ada kedai melayu. Malangnya harga di kedai itu amat tidak munasabah, munasarawak langsung.. kaalu sekilo krim beza harga RM1, tepung beza sampai 20-30 sen, custor sugar pun beza 20-30sen.. kalau saya beli semua tu setiap satu 10kg? berapa bezanya??? mau berpuluh2 ringgit. Sebagai seorang peniaga juga, saya pun ingin keuntungan yang bijak kan??
Jadi moralnya disini..eh bukan moral.. persoalannya di sini, kenapa peniaga melayu itu mesti mahal dari tokei cina? adakah mereka mendapat supply dari pembekal berbeza dan harga yang jauh berbeza? Adakah tokei melayu nak kaya cepat? kalau jawapan dia nak kaya cepat, dia silap. sebab kalau dia jual mahal 30sen, tapi yang datang cuma 5-6 orang, berapa je untung dia kan? tokei cina kurang 30sen, tapi yang datang kedai dia berpuluh-piluh orang. Siapa lagi untung??? Tepuk dada tanya selera.
10 Komen:
kak majority pembekal adalah org itu...so dgn geng dia, dia bg murah dgn geng kita dia jual mahal sikit sbb tuh geng dia boleh jual murah sket...hrtuh dlm paper datok saleh majid ek pakar ekonomi tuh ada bgtau...dilema org kita berniaga dlm apa2 bidang pon pembekal adalah dr golongan itu...kesiankan org kita especially yg kontraktor tuh...
ya..ya..saya setuju..kadang2 saya juga begitu, tgk kedai melayu tk ramai customer, kesian rasanya..tapi kalo harga dah mahal, baik cr kedai cina atau india..pengguna2 juga ingin berbelanja dgn berhemah..kan? kan?
Anon-itulah dilemma orang kita sebenarnya... puak yang satu tu ada konsortium beso dan bersatu, melayu kita berniaga pasar malam pun boleh gado pasal harga..
tak caya cube pegi plaza GM-peniaga cina borong kat situ sepakat letak harga mati.. kiranya kalau paling murah barang depa boleh bagi RM10... depa takkan bagi kurang lagi... semua kedai sepakat
Nurul-akak, kalau barang untuk kegunaan sendiri, akak tak kisah beli mahal kat kedai melayu/islam, setidak-tidaknya bantu dia sikit, dan kalau dia kena bayar zakat, dapat juga menyumbang... itu utk sendiri, tp untuk berniaga tidak, sebab kita tak boleh beli barnag lebih mahal, sebab akak jual harga tak mahal...
satu lagi org cha ya nun alif nih style dia 1 tokei tp bukak byk booth or byk kedai so mmg la boleh pakat2 rega...secara tak langsung dia boleh kasi peluang meniaga kat geng2 dia...especially klu pergi booth2 henpon...klu kita tanya 1 barang tp kedai tuh takde pekerja dia akan lari booth lain utk tanya stock...yg kita melopong tgk sambil kagum2 dok puji..bagus depa meniaga klu takde stok pergi tanya kedai lain, tolong menolong padahal 1 tokei hehehehe...
oh ya kak yg pemborong tuh maybe
pakat2 bg rega mati kat org kita...klu geng dia agak2 rega mati tuh leh hidup balik tak? heheheh
btOl wencO, dalam bisnes, kalO kiite rasa xleh nk buat, ckp je xleh buat..kesian kat customer..pastu, nak2 orang akan pndang -ve lagi kat tokei tu..mcm mane nak maju..kan..
melayu nie bukan pe, diOrang slaloO pandang bisnes diOrang dari perspektif masa pendek...sepatutnya kite kna tengok perniagaan kita pada 5 atau 10 atau 15 thun akan dtg..bayangkan keadaan bisnes kite 5@10@15 tahun akan dtg camne...bukan hanya untuk hari nie dan esok...btOl x wencO.. ;)
Kaum yang tu buat self sufficient economy. derang tak kacau bisnes kawn lain. Contoh mudah la.. kalau ada sederet kedai berkaitan kereta yg semuanya derang kontrol, tgk derang meniaga apa.. satu kedai buat aircond, sebelah servis tayar, sebelah lagi servis ekzos, yg sebelh tu plak jual aksesori keter.
Restoran pun camtu, kat kawasan sama derang buka tapi menu semua beza.
Kalau org kita, tak macam tu betul tak? nampak makcik limah jual nasi kukus dia pun sama sibuk nk jual nasi kukus. apa salah jual kuey tiaw goreng? bukan hari2 org nk mkn nasi kukus kan..so ada la rezeki dia kat situ tanpa kacau perniagaan makcik limah
Angah terkena ngan pomen kaum kita. Kita nak tolong dia bisnes tapi kita plak kena makan. lepas pada tu takde dah la..
panjang plak ehehe
pinut
yg utamanya harga pembekal berbeza, org kita memang ada yg dapat harga pembekal agak tinggi dari orang sana so memang ekna jual mahai sikit. Tapi bak kata pinut, PR kena bagus. Even mahal sikit tapi PR bagus, customer akan datang jugak.
Pengalaman zar berniaga pun, memang akui mulut kena manis, kena tahan sabar kena perli, kena kritik, kena tegur. Sampai sekarang even zar tak berbisnes lagi tapi customer dulu dulu selalu tanya bila nak bawa stok baru.. ehhehe.
pnut..
elok jg ditakdirkan pnut tak jumpa supplier tu..bayangkan pnut buat biz dgn dia suddenly dia bg barang yg substandard @ salah hantar mcm customer tu kena..kan lg teruk.
p/s..kalau nak deal apa2 dgn husband saya pls inform saya juga coz dia mudah terlupa..ntah apa yg dia fikir tak taulah.tu baru biz kecik nonet.
bb pnut mcm nak bukak kedai brgan kek jer..aku suka !!! majuselangkah demi selangkah...aku ja lagi tak mula2, sekarang tgh menyemai ni.....
aku survey harga peniaga melayu cina ni dah lama..sebenarnya peniaga cina dapat dgn harga yg paling rendah, itu sbb dia dia ble jual murah. klu peniaga cina dapat 1kg 20 henget melayu punya dapat 25 henget.... MAsalah peniaga melayu pulak , alang2 dapat mahal terus caj mahal...lepas tu after sales service tadak....pastu hancussss...rass
Post a Comment