Friday, February 05, 2010

Kisah Onion Rings yang Malang


Semalam, tengahari, saya keluar kejap, pegi ke Alamanda, masuk Hypermarket kat situ, beli barang basah sikit, dan singgah tempat F&B dia, beli Onion Rings yang dah siap digoreng, semua tergesa-gesa dan terburu-buru, kerana saya masuk jam 12.50pm, dan mesti keluar jam 1.20pm, sebab 1.25pm si abang dah keluar sekolah. Onion Rings ni kesukaan si abang, malah adik juga. Timbang berat Onion Rings tu sana terus bayar.

Ambil si abang, dan hulur Onion Rings, tetiba sangat keras Onion Rings tu liat, macam yang baki semalam, dan goreng balik..too oily dan keras kedekung sesangat. Oh No, si abang dah frust. Kerana pagi tu udah lah member tertinggal bekal, jadi dia sangat lapar. As emak kan, ko frust tak, ko harapkan dapat beri anak ko alas perut sebelum sampai rumah, kerana dia kelaparan sesangat, tetiba benda nak bagi makan tidak boleh masuk tekak.. it makes me very dissapointed, frustrated, emotional.. hah dan dah cakap omputih tunggang langgang dah.. Sabaaarrrr, gue drive hantar hero balik dulu. Masuk umah kejap, kiss-kiss Alesya, terus kena cargas balik opis semula sebelum jam 2ptg (erkkk gitulah rutin meks..)

Sampai je ke opis, terus pegang hp call customer call center Hypermarket tu. buat complaint. Idak le teman marah, cuma nak inform je, supaya next time jangan buat begitu. Kebetulan yang melayan call teman tu dari gaya cakap dan suara, gua suspek dia adalah dari golongan 'adik-adik' jadi super lemah lembut dan very the pendengar yang setia luahan hati meks, dan ala-ala beriya-iya minta maaf dan berjanji akan menghubungi manager branch situ, dan akan minta penjelasan. Antara yang saya cakapkan pada "Isma" or "Isna" tak berapa clear dia sebut nama dia,

saya cakap "akak bukan concern pasal RM2.54 sen yang akan spend beli benda tu dik, akak tak kisah pun, tapi akak cuma rasa frust, kecewa, u try to makes your kids happy with you, tetapi sebaliknya kita bagi benda yang mengecewakan, akak sedih la.. when it comes to my child, i am sensitive"

pastu 'adik' tu cakap "kak, saya pun sedih dengar, saya faham perasaan akak, saya janji nanti saya call akak balik, bila saya dapat check siapa duty manager, dan saya akan minta mereka gantikan yang baru untuk akak, tapi nanti akak kena bawa onion rings tu ke sana semula ye"

Saya cakap "eh tak per la dik, akak bukan minta ganti, cuma nak inform, supaya jangan berulang, akak tak kisah pasal gantian"

Pastu adik tu cakap lagi "saya tau akak tak kisah, tapi ini hak akak, akak kena dapat balik hak akak, kami di ********* hargai aduan akak, dan kami akan ambil tindakan"

pastu sejam kemudian, dia call saya balik, dan inform, dia dah bagitau manager F&B situ, dan petang tu minta saya ke sana semula, dan jumpa dengan manager tu, dan mereka akui memang ada kesilapan. Saya cakap, seganlah akak dik, kang orang kata, benda tu murah pun nak bising-bising eheheh meks pura-pura mulia la kannnnn dalam hati tak koser la aku nak pegi.. nak kena bayo parking tak pasal-pasal semata-mata nak dapatkan balik onion rings je tapi 'adik' tu cakap, kena kak, mereka pun kena tengok, penting kak supaya kesilapan tidak berulang. then saya pun ok.

Jam 5, saya pun sampai dan jumpa F&B manager tu, cantik manis awek tu, (luqman, rugi kamu tak de...ahhaha) dan berkali-kali dia minta maaf, dan explain, dia duty petang, kejadian tu berlaku pagi tadi, kitchen krew tu budak baru, dia goreng onion rings tu semasa minyak belum panas, dan belum betul defrost. Saya pun repeat la ayat-ayat baik tadi, frust, kecewa bagai. Sekali lagi dia minta maaf, dan janji akan gantikan yang baru. Dalam 10 minit kot, saya tunggu, dia pun kembali dengan onion rings yang baru dan masih panas. Sekali lagi dia minta maaf, dan saya pun ucap terima kasih dan balik.

Inilah rupe Onion Ring tu, dua pic atas tu Onion Rings yang keras kejung, yg pic bawah dah ganti yang baru


So moral of the story tuan-tuan dan puan-puan. Aduan kita sebagai pengguna penting. Macam manager tu cakap kat saya, kalau customer tak inform, kami tak boleh baiki. Kekadang kita terlepas pandang. Dan saya tak tau emak lain cemana, tapi kalau cam saya, saya rasa down je bila anak nak makan, tetiba benda tu tak elok, terbantut selera dia. Benda makan, walaupun kita beli, bukan masak sendiri, tapi kalau kita beli dengan penuh kasih sayang, kesannya terasa dihati. Itulah yang saya rasa. Erkk camtu gak rasanya bila saya buat cupcakes tu, saya fok fikir, semasa terima order, dan setuju buat order, sebenarnya saya menerima harapan dan hajat orang. Kena buat sebaiknya, supaya orang membeli dan menerima happy. Itu sebabnya bila orang menerima kek/cupcakes sms cakap terima kasih, happy, sedap dan sebagainya, saya pun turut happy kerana dapat buat orang lain happy, terutama, kalau emak-emak yang order untuk anak-anak punya birthday, saya cube penuhi apa yang emak dia minta, sebab saya tau cemana rasanya hati seorang emak nak happykan anak dia. Kegembiraan anak tu tak boleh beli dengan wang ringgit.

Saya terharu sebab Intan (Puchong) masa Intan repeat order, untuk majlis akikah anak dia punya cupcakes, Intan kata, dia tetap nak order dengan saya, walaupun dia boleh je order dari kawasan perumahan dia yang juga buat cupcakes atau yang lebih dekat dari tempat dia, tetapi dia pilih saya juga, sebab katanya walaupun dia beli, dia nak orang yang buat cupcakes tu buat dengan rasa kasih sayang, dan kata dia, dia yakin saya ada rasa itu. Uhuks..terharu saya tau Intan.. kita bergenang air mata masa tu, rasa terharu, ada orang hargai kita macam tu, tapi dalam masa yang sama, saya tau tinggi harapan dia. Begitu juga dengan regular-regular customer yang lain, setiap kali mereka repeat order, saya terasa dihargai sebab mereka tetap percayakan saya. (sorry saya tak dapat nak sebut nama-nama mereka, takut ada yang trercicir, ada yang kecik ati pulak, but u know who u are).

Yang sanggup kekadang adjust tarikh mereka, sebab nak order juga dengan saya bila saya tak free, yang sanggup katanya amek tgh malam pun tak per, asalkan dapat juga, yang sanggup beli kek kat kedai biasa, kalau tak dapat terima order. When it comes macam tu, saya rasa tidak boleh pulak saya tolak order mereka, maka nego-nego pun berlaku.. ok kalau nak juga, boleh, tapi lewat malam sikit, atau kalau nak juga, tak dpt amek lewat malam, awal pagi?? Kalau tidak dapat sangatlah saya terpaksa tolak. Tak tau le nak kata cemana saya hargai semua-semua itu. Thanks semua.. erkkk tetiba rasa cam emosi lak... ishkkkk

5 Komen:

Zareda Norman on 1:57 PM said...

pinut

memang perlu buat aduan terhadap sebarang ketidakpuasan hati agar kesilapan tu boleh diperbaiki.. union rings... mesk pun harus cuba ni.. kat mana tu dalam alamanda??? hehhehe

Nida Shaari on 3:35 PM said...

meks terharu ouuullsss baca entry ni...

Oh, saya pun jenis akan telefon customer servis kalau ada tak puas hati. Biar dia orang tahu.

Jiey^Mien on 7:02 PM said...

okeh najmi, bila baca blk post neh, sila hargai kasih syg ibu kamu..
acik da bergenang air mata neh!

Anonymous said...

aaa!!!...saya nak order lagi...hehehehe...kalau kita buat sesuatu dengan kasih sayang, rasa dia memang lain dari lain, kalau pnut nak tahu, ramai tanya, 'ni order ngan saper'. Saya cakap kawan, 'sedap dari yang biasa order tu'...see i told u, memang lain kalau kita buat dengan kasih sayang kan?

- intan yang disebut dalam artikel ni

pyanz on 6:05 PM said...

begitulah adat meniaga makanan.. ni tak, ada yg meniaga semata-mata mengejar keuntungan.. buat makanan tu seperti mana kita sendiri yg nak makan.. ada setengah tu pakai cincai aje sbb katanya bukan dia yg nak makan..
Teruskan usaha murni anda..
Teringin nak order tapi dah pindah ke utara.. tak dapat merasa saya..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino