Pagi-pagi saya sudah sedih..
emosi terganggu...
betul sumpah tak tipu..sepagian ini saya teringat-ingat..dan perkara ini menghantui jiwa dan sanubari saya. BACA SINI-KISAH ANAK DERHAKA
Apa yang bermain-main dalam jiwa saya ni, kenapa ada anak begitu, apa salah emak dia, salah asuhan? salah didikan? pengaruh apa kah?? adakah ibu dia pernah buat perkara yang amat menyakitkan hati anaknya sehingga tak nak mengaku perempuan tua itu ibu dia. Atau dia sudah kena ubat guna-guna sampai tak kenal ibunya lagi??
Saya berdoa jangan Allah uji saya begitu, moga ALlah tetapkan iman saya, berbakti kepada emak saya, satu-satunya emak yang saya ada..walaupun ada ibu mertua yang juga baik, dan saya anggap memang macam ibu sendiri, tapi emak tetap emak.. tiada ganti. Orang kata, suami mati atau isteri mati kita kawen balik, tetap orang kata suami kita juga, tapi emak kita kalau sudah tiada, memang tiada..tiada pengganti.
Saya masih kolot.. tetap percaya apa yang ibu buat terhadap anak-anak dia tetap akan bagi kesan jangka panjang untuk ikatan kasih sayang anak. Sentuhan ibu, masakan ibu, bebelan ibu. Semuanya akan jadi ikatan yang kuat. Kenapa ingatan saya terhadap emak terlalu kuat?? saya percaya apa yang saya makan suatu ketika dahalu, yang menjadi darah dan daging yang banyak malah lemak pun iya yang bertempek-tempek dan berkilo-kilo kalau dilapah ni adalah ikatan kasih sayang emak yang emak bekalkan sejak kecil.
Saya ingat lagi macam mana emak punya nasi goreng hangit-hangit emak. Nasi lemak lemuni emak. Saya ingin asam pedas rebus emak, saya ingat ikan cencaru sumbat emak, saya ingat bubur kanji emak, gulai emak?? huh tiada tandingan la, biar pun tak pekat, cair-cair..tapi entah, cukup asam garam dia. Tak pernah jadi saya buat. Saya ingat air soya air tangan abah.. rendam soya, blend, tapis..dan masak.. semua saya ingat... Itulah yang kekal dan jadi ikatan yang kuat. Itulah yang saya buat untuk keluarga sendiri. Biar jauh mana mereka berada suatu hari nanti, biar saya melekat dalam jiwa mereka. Walau sekarang saya masak nasi ayam bukan sedap mana, tapi dia tekak si abang, nasi ayam mama lagi sedap dari yang dibelikan di pasar malam. Biarpun popia saya buat tak berapa sedap mana, tapi bila saya yang sediakan, bapak dan anak berdua ni makan sampai licin. Senang atur makanan mereka berdua, apa yang bapak dia suka, itulah anak dia suka. Saya percaya apa yang emak saya bagi suatu masa dulu, berkesan, dan saya mau kesan itu juga buat keluarga saya.
Oklah saya emosi la.. tak keruan nak menulis apa, marah pun ada.. meh kita tengok resepi sempoi gila-gila saya.. senang, mudah dan sangat simple. Ingat dak dulu kita pernah buat LEMON ROSEMARRY CHICKEN kan?? ingat lagi kesah suami saya yang suka beno membeli madu asli? tapi dia tak juga telan pun madu tu.. berkepuk je disimpan, maka saya sayang madu tu, saya dok guna dalam masakan la..
dan belen rosemarry herb tu dan serbuk lada hitam yang kasar tu kan masih ada, so manfaatkan la...nak boh nama apa pun tak tau resepi caca marba ni... tapi wa cakap lu... tangkap leleh beb.. tak payah buang duit pegi makan chicken wing kat pizza hut. buat sendiri lagi berbaloi-baloi..lagik nyaman dari pizza punya oittt...
Okeh meh kita buat, kompem senang..resepi saya boh kat sini sumer senang-senang belako.. saya pun bukan reti masak hok susah-susah dan menyusahkan diri..acik sempoi gajah je..
NAMA RESEPI : AYAM MADU MAK PNUT
Bahannya
Kepak ayam (4-5 ketul)
Peha Ayam (4-5 ketul)
atau boleh guna setengah ekor ayam dipotong)
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia (dua bahan ni tumbuk lumat)
3 sudu cili sos
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
3-4 sudu madu
sikit serbuk lada sulah,
sikit serbuk lada hitam (sedap pakai yang kasar-kasar)
*optional kalau ada le..takder tak payah..
serbuk daun rosemary
ni panduan je, korang leh tambah atau kurang apa-apa sesuka hati..ehehe
gaul semua bahan, dan perap kejap, tambah air sikit dalam suku cawan...biar berair sikit (tak payah garam, sos tiram, sos cili, dan kicap tu dan masin-masin..)
kemudian bakar dalam oven selama 40-60 minit, ikut oven memasing, suhu kuat 200 celcius.. sambil bakar, balik-balik ayam, dan siram dengan lebihan ari perapan ayam tadi...
*tips-
- Kalau oven biasa, mgkn masa membakar lebih lama, dan suhu mungkin kena lebih tinggi
- Kalau nak jimatkan masa membakar, sebab kalau oven biasa-biasa lambat nak masak ayam ni, korang boleh kukus kejap ayam ni...then bakar balik..jadi jimat sikit masa membakar, masa bakar siram-siram air baki perapan tadi, tp kalau cukup masa, tunggu je bako lama sikit
- boleh gak buat makan dengan nasi ayam, atau buat kuah chicken chop, buat makan ala chicken chop, pastu makan ngan mashed potato, atau kentang goreng.
- kalau tader oven, boleh juga, balut dengan aluminium foil, then bakar atas kuali leper. (tak pernah buat, ape kata korang try test... hiks..)
- kalau aluminium foil pun tader,oven tader... ermm korang goreng je la ayam ni.ehehe
- kalau tader oven, inilah masanya bodek laki suruh beli..print resepi, tunjuk gambo..pastu cakap, nak buat tapi tader oven... buat dengan muka amat simpati.. kalau dia tak mau beli gak..bila pegi soping, lalu tepi tempat/kedai jual oven berhenti kejap, belek-belek oven, dan bagitau teringin nak ada satu..
ni hari ni jumaat, esok lusa cuti, boleh la buat untuk family..kompem semua orang suka..

9 Komen:
k pnut... ape jadi ngan kelas cupcakes?? saya dah merindui nye... bile lagi nak buat...
btw, kat botol rosemary tu ada nama YUMMIE BAKERY, kat bandar baru bangi kan.. kat bahagian mana? and klu compare price ngan BWY, mana lagi murah?
Siti
Siti-akak tak tau le mana lagi murah, sbb akak jarang pegi BMY, lebih kurang je kot..beza pun tak byk rasanya, kat yummie kat belah atas serbuk koko, choc bar..situ ada herbs bagai
kelas cupcakes tak boleh janji, tahun ni ada perancangan bisnes lain..jadi kena fokus satu-satu dulu..
Memang banyak angah tengok kes camni kak.. yang duduk serumah tapi derhaka pun ramai
Masa kerja kat Pejabat tanah dulu, in 2007 rasanya ada kes mak bapak masih hidup dah berebut tanah nak tukar nama, menangis pakcik makcik tu kat dalam opis.
Angah yang jahat ni tanya makcik pakcik tu dah naik haji ke belum. Angah suruh derang jual je tanah tu, naik haji, baki boleh buat belanja hidup. Anak2 biar carik harta sendiri. Tak payah bagi senang anak, belum dapat tanah dah bergaduh, esok dah tukar nama campak mak ayah ke mana ntah.
Terdiam anak2 dia yg 4 org tu. true indeed makcik pakcik tu jual tanah dan naik haji. Padan muka anak2 yang derhaka tu hahaha
syahdu kan kak?
huhuhu..
harap2 anak2 akan terus ingt kita..
Pnut,
Selalu jugak layan blog Pnut,tp tak sempat tak tinggal jejak.. Wonderful mom & wife la Pnut ni, suka layan bebelan Pnut, punya hiburan tersendiri, tq yer Pnut..:)
ni 1st time nk komen, b4 this sy jd silent reader je... rosmery herb tu dh expired ke? 12/2009? am i rite? ke saya salah pandang? herb2 mcm tu klo expired 4,5 hari still blh guna ek?
huk huk huk... i tade oven.. ingat kot harituh ada lah orang nak hadiah kan oven masa wedding.. tapi nan adoooo...
huk huk huk..
Angah-betul angah, emak akak pun ada tanah ciput, akak suruh dia jual, pegi mekah, pastu repair rumah biar sempurna, biar dia merasa semasa hayat..
Jiey-harap gitulah,biar anak-anak kita jadi elok-elok je...kita pun kena tunjuk contoh yang baik, baru anak-anak nampak..
My life my journey-kita belum sempat baca blog awak, nanti kita baca ek..thanks kerana sudi membaca blog saya..
Nurraz-tu pic lama dik...eheheheh tapi akak gamble je la guna, bahan-bahan kering tu akak letak dlm peti sejuk, harap ok lagik la..
Cik Madu-aalaaa bodek la laki soh belikan, hadiah kawen utk bini sendiri...ahaks..
kak, cerita anak derhaka zaman skrg ni lagi byk dari dulu kak. nak2 kalo dok serumah, lagi la ada yg buat mak depa macam-macam. kesian tgk n dgr cerita.
sedap giler ayam akak tu, nak try buat la. madu ada byk ni kat umah
-najah-
Post a Comment