Sapo ni hok dah try USANA?? meh tolong kabo kat meks sat.. Dun promote to me JMD5 tu, dah pernah try, kureng keberkesanan dan faktor lain sebab gua rasa melampau mahai rega dia tu. Product lain mahai gak, tapi logik sebab import, kena tax bagai. jadi convert duit kita mmg jadi mahai, ni JDM5 tu malaysia, awat dia juai mahal? kalau non ahli RM200/box-ada 20 sachet, kalo ko amek sehari dua kali tahan 10 hari je... satu sachet RM10 reganya, 200 rggt utk 10 hari?? wahhh lumayan... kalau jadi ahli dapat le rega RM150, ok, banding harga Herbalife atau USANA, memang cam lebih murah JDM5 tu, tapi tgk balik, dulu saya amek HL, rega kawan-kawan kasi RM250, tp kita dapat 3 set benda tau, ada serbuk soya, pastu ape tah yang perisa vanilla tu, and tea so 3 set for RM250, and benda alah tu saya amek sehari dua kali, dapat bertahan dalam 20-26 hari camtu, and tea tu leh tahan lebih sebulan. USANA pun meks dah kawtim ngan pembekal, katanya kos about RM300+ leh tahan dalam 3 mggu satu set tu, another set tu leh tahan 3 bulan.
Tgh fikir nih. Memang diet sendiri tanpa bantuan sokongan boleh, tapi tu le, itu hari masa saya dok breasfeeding Alesya tu kan, saya asyik lah kelaparan, pastu asyiklah mamam, jadinya saya pun kebesaran semula.
tak mo la gumuk cam pic belah kiri tu balik... tahun lepas dah dapat dah turun cam pic kanan tu, tp skrng sikit baik beb..benci la..benciii benciiin(tetiba tak leh upload pic kat imageshack, terpaksa pakai blogger)
oklah cerita kesah raya kami hok basi...
Ehh rasa haji kali ni nan ado kami gambar anak beranak, mood nak beraya takder la, sebab si kecik asyik memerap.. semanja-manja dia ngan bapak dia, bile tak sehat, dia nak mama je... dah sehat baru dia gediks balik ngan pak dia..
ehehe hari tu kan kata saya nak belikan kasut KEROKS kan kat dia, upah berjalan, dapat juga beli kat paso tani Putrajaya ni.
tadaa ni dia cumil je..hiks..
emak budak kecik ni beli hadiah kasut RM10 sajork, pak dia telah di pow belikan gelang kaki buat dia..tahniah pada mama kerana berjaya membodek.
ni je ada cikit gambo raya budak merap
Budak kecik ni, suka beno ngan spek hitam, kat dalam keter ada hok besar, yang kecik si abang punya dulu, ada kat dalam umah, ni masa on the way nak pegi amek bibik kat LCCT itu hari, kasi dia main spek ni, sekali pandai pulak dia boh kat kepala, mujur tak cucuk mata adik oi.. pastu saya bohkan kejap, bila saya tanggalkan dia marah, ngamuk, nak pakai gak..ehehh malam dik oi, mana org pakai cermin mata. dah pakai menten dia dia kepala tu, takut terjatuh..ehehe nanti mama carikan spek bingkai pink ek..
okeh ni budak dah sihat, dah mau jalan-jalan, so back to bapak dia handle anak dia pulak..
erkk tu je...
ehh ada lagi..saje nak letak pic kek 2 tkgt saya buat untuk majlis penyampaian hadiah sekolah agama si abang. Mulanya ingat nak bagi buah pisang je, tapi boleh pulak meround cari pisang takder, sudahnya buat benda apa yang ada di rumah, yang ada bahan-bahan kek je la..last minute sgt buat, pukul 9.00 pagi bako kek... pukul 10.00 selesai, sambil tunggu kek beso ni sejuk, saya deco cupcakes yang org tempah, settle tempahan org, baru siapkan kek beso ni, kejap je buat, kelam kabut sangat, kejar masa, start deco lebih kurang pukul 11.30, stop kejap, pukul 12, pegi amek dia balik sekolah, balik rumah sambung lagi deco kek lagi, kira-kira deco kek ni dalam masa sejam je.. kelam kabut sangat.. sebab pukul 2.30 dah nk bawa ke dewan, dah siap deco baru terfikir..alamak kotak beso dan tinggi takder.. so terpaksa letakkan atas kusi penumpang dalam keter, dan si abang kena 'jaga' kek ni elok-elok. Sampai di dewan segan pulak nak angkat masuk dewan, mtk ustazah dia tolong ambik, ai malu youuu..
so inilah hasilnya yang simple je...tak sempat fikir nak deco cemana dah..hentam saja..
tapi bukan budak-budak je suka, emak budak dan ustazah pun suka.. jadilah dapat tumpang gembirakan budak-budak, dan tumpang sedekah di hari Jumaat yang mulia.