Tuesday, December 01, 2009

Quick update


Penat!!!
Tu je la perkataan acik mampu ucapkan..
Baby Q, sepanjang ketiadaan bibik selama 8 hari, merap ya amat..
tension meks..
mujurlah meks dan kertu, jadi tahap kesabaran tu menten, berbanding kalo masa muda remaja, umur 25 tahun beranak satu dulu. dulu kalo si abang ni mengamuk, acik pun hampir amuk juga. Geram..sekarang acik cool..rileks..

Tapi series, budak ni merap ya amat.. dengan ulser kat mulut dia yang membuatkan dia tak sakit dan selesa.. jadi tahap dia merap tinggi macam nak ke langit. Sungguh wa tatak tipu punya. Sampai satu tahap dah kena tengking ngan babah sebab semua tak kena. Mak tok yang nak tolong jaga dia pun dia tak mau, mujur bibik sebelah kami, yang agak rapat ngan dia tolong jenguk-jengukkan dan tologn tidokan alesya dan kasi susu kat dia. Time kasih kak Zah, sebab bibik ambil berat pasal Alesya. Dengar je Alesya menangis melalak, bibik akan datang tolong pujuk-pujuk, suap-suapkan makanan.

Hari Selasa sehari sebelum kitaorang balik kampung, saya ngan mak tok bebudak ni pegi paso malam, hajatnya nak cari kerepek, daun palas sikit nak bukak daun palas siap-siap dari sini, sudahnya sepanjang jalan, drive keter dia duk berdiri tepi saya, sebelah gear. lenguh tangan meks bawak keter sebelah tangan.

Semalam bibik baru tiba, kami jemput kat LCCT, perrrghhh legaaaaaa...

Udah le malamnya tido tak berapa lena, sebab dia merap, tido pun atas riba..huwaaaa capek gue.. kalo ada bibik kalau saya berjaga malam dia demam ke hape... siang tu bibik ada, dia tlg jaga, boleh saya cover tido jap, ini idaknya, siang malam acik bersengkang mata..hiks.. dah tu abeh pening kapla nyut-nyut..

Balik Kedah pun sama, merap je dia.. kat kedah oklah juga, ada maksu, mak ngah, tolong mak tok, saya bantu lite-lite je, abehhh udah dia dok merap je.. tensi acik.

Pic ada dua tiga ketui nak boh, tapi tak dan le nak godek edit pic bagai.. ni pon curi masa sat, update blog, surat kabo nak check bertimbun mau sepanjang hari ngadap benda alah ni.

Jumaat, gue terbang ke Kuantan, miting kat awana kijal sampai Ahad, so orang Kuantan, orang ganung, terutama dekat kemamang tu sile la buat-buat kenal saya ek..kot dpt kita beramas mesreeee kat sana nanti.. Amri, ko jangan buat-buat off henpon lak nanti, kang tak dapat nak pow awak nanti. Maklumlah orang keja ngan Petron*s tu dengar kata hujung tahun bonus lebat, bolehlah akak menumpang sekaki..ahaks..

Ade sesapa orang KT hok on the way nak gi kuantang ke...teman nak beno kopok losong... kirim boleh?? acik bayo le. Ntah, tak mau kopok laing, nok hok losong gak.. kat kemamang ada ke kopok losong?? mau berpuluh henget aku nak beli niiii.

OK geng, nak clearkan keja dulu... blog ni nanti update macam biasak...

Gambo raya idak le banyak beno, tak der mood nak bergambor di hari raya, sebab anak dara teman meragam.

OH ya, nak share something ni..maklumlah tagline sharing is caring kan..

Kot korang ada bibik, nak cuti balik kampung, sebagai majikan korang siap sediakn surat kebenaran bercuti, dalam surat tu mention nama kita, no IC kita sebagai majikan, dan nyatakan kebenaran kita beri maid bercuti, dari tarikh bila sampai bila, dan akan balik ikut mana, cam kitaorang mention la dia akan balik naik Airasia, tarikh bile dan akan pulang ke Malaysia semula bila. Pastu photostat ic kita dan kasi no tipon kita sekalik. Surat tu tujukan kapada pegawai Imigresen (LCCT, KLIA @ mana2 pelabuhan le)

Penting tau, gue pun baru tau. Time kasih pada Mekna yang kabo pada aku, kata dia dulu masa bibik dia nak balik tak tau kena surat bagai, kelam kabut juga depa last minute prepare. And bila bibik balik semalam, bibik cakap memang pegawai imigresen minta tengok surat kebenaran cuti, bibik kasi semua, surat, photostat ic bagai.. siap pegawai imigresen tu puji.. "bagus majikan kamu, lengkap semua," hahaha ai le tu.. hiks.. pak cik gebu memang particular bab-bab tu. Bibik kata ramai yang kena tahan, kena siasat dulu, call majikan, kena rekod itu ini, sebab ada maid yang takder surat kebenaran bercuti (sekarang ni imigresen straight sikit) byk kes maid lari kan. Bibik kata dulu dia balik tak perlu surat, kata dia lagi, urusan dia melepasi pemeriksaan imigresen lancar, terus dilepaskan tanpa banyak soal, bila ada surat kebenaran majikan tu. Katanya lagi, yang tiada surat kebenaran, kena tunggu dulu, mungkin sedikit soal jawab kot.

And even maid nak bercuti hujung minggu nak ke rumah sedara ke apa, sebaiknya prepare juga surat kebenaran cuti tu, sebab Mak Andeh my 'akak internet' dah kena, maid dia kena serbu, dan kena tahan, sebab takder surat kebenaran bercuti, walaupun maid tu bercuti dengan kebenaran, and MA tau ke mana maid dia pergi. Terpaksa bersoal jawab dengan polis, so lebih baik kita prepare. Maybe MA boleh betulkan kalau fakta saya salah.

Ok sekian dulu, jumpe lagi dilain siaran..

kembali semula ke sri pentas.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino