Tuesday, November 24, 2009

Marathon update...


Tertanya kenapa saya tak update??
Jawapannya.. tak sempat!!!
Our bibik cuti seminggu, balik kampung.
Bibik akan balik sini next week Monday.
Baby Q la paling sentap, maklumlah dia duk setiap hari dengan bibik sepanjang hari.
Sehari sebelum bibik balik dah demam, and masa hantar bibik ke LCCT pun dia dedar je badan. Tapi saya dah siap masuk ubat bontot tu sebelum pergi, sebab sebelum keluar rumah badan dia agak dedar.

Kat airport Alesya dah merajuk ngan bibik, tau dia nak ditinggalkan, kalau sehari dua sebelum bibik balik, dia merap bibik, tanak berenggang, tapi kat airport tak mau bibik, pandang pun tak mau dia. bibik depan dia, dia pusing muka belekang, bibik pegi belakang dia paling depan. Last-last bibik yang nangis, sedih. eheheh


Ni anak babah ni..jangan kaco tau..


Nak babah je, tak mau orang lain.


Mulanya ingat demam sebab gigi geraham nak tumbuh, tapi rupanya lebih teruk dari tu, ada ulser putih-putih dalam mulut.. sejak Ahad malam, dia tak lena tido. Bila dia tak lena tido automatik saya pun tak tido..dia lapar tapi tak mau menyusu. tengah malam bangun masuk susu dalam syringe 'tembak' sikit-sikit masuk mulut, dalam dok menangis melalak abeh juga 3oz susu, jadilah, alesya ni mmg tak kuat menyusu, normal kalau dia sihat pun susu dia minum 4oz je, paling banyak pun 5oz.

Tido setengah jam, terjaga, dan menangis. terpaksa berdukung malam-malam..esoknya isnin terus bawa pegi klinik, doktor check, memang ada ulser dalam mulut dia.. kesian.. terleleh-leleh air liur sebab sakit, so doktor bagi ubat utk titis dalam mulut, and suggest kitaorg beli cream sapu bonjela. Start tengahari sapu cream tu, petang tu oklah sikit, boleh makan bubur nasi, tapi susu tak mau hisap, terpaksa basu ikut syringe juga, melalak la dia nak abehkan 3oz susu pun, tapi terpaksa bagi juga, supaya dia tak lapar.

Nengok dia sakit, aduhaiii benar seperti semua emak lain rasa. Kalau boleh pindah, biarlah sakit tu saya yang tanggung, biar dia sihat, dan main macam biasa. Pilu hati... bila dia meraung-raung bila di beri susu dan bila di sapu cream kat mulut tu. aduhh sedih nengok..

Hari ni 'terpaksa' tingglkan dia dengan emak, walau dia menangis. sebabnya cuti meks mmg nan ado..ada 3 hari je... semalam dah amek satu, tggl lagi dua hari je..aduhhhh jadi dengan berat hati, dan sayu, saya tinggalkan dia dengan emak, dalam keter bergenang air mata..saat macam tu terus saya cam untungnya orang tak kerja, anak sakit demam, boleh jaga sendiri. dan-dan tu rasa macam nak berhenti kerja, atau kot-kot menang cabutan sijil simpanan premium tu, dapat mercedes yang rega ratus riban tu..nak jual, pastu dapat duit, terus feeling nak amek cuti jaga anak sampai baby q umur 5 tahun. wahh berangan terus dalam sedih-sedih. uhuks..

Baru call emak, baby Q dah ok, badan tak panas dah, tak nangis, cuma merap je.. nak berdukung la..aduhh pagi ni ok lagi maksu ada, petang sat gi maksu pegi kelas, harap dia dah ok petang karang.

Doakan Nur Alesya Qhaisara sihat ye auntie-auntie dan uncle semua, harap dapat balik beraya di kampung nanti, walau cuma kami duk dalam rumah je. harap ok semuanya. Aminnnn

Cerita si abang.

Alhamdulillah, abang doing well dalam final exam baru ni, selepas episod kekecewaan terlampau yang dia hadiahkan untuk kami pertengahan tahun, selepas gerak gempur mama pastikan dia buat latihan, babah jadi hilter atau yamashita sokmo suruh dia hafal sifir, dan Alhamduillah, takat sifir 6 boleh dia dia hafal sekarang, maka keputusan akhir tahun memberangsangkan. Walaupun tidaklah secemerlang anak orang lain, atau tidak la semua subjek berderet A, tapi at least keputusan akhir tahun memang jauh berbeza dari pertengahan tahun.

Tahniah abang...


Moga lepas ni dapatlah peluang mama dengan babah nengok abang naik pentas lagi..aminn


Dan merasalah mama dan babah dijemput ke sekolah nengok si abang naik pentas terima hadiah.Uhuhu saya emak yang emo.. semasa majlis bermula ada muzik gamelan yang macam masa kita konvo-konvo kat universiti tu dimainkan, uhuhu walaupun anak teman baru darjah dua, tetiba meks emo.. bangga dengan anak sendiri tak tentu pasal. Cuma cikgunya kurang kreatif, patutnya biarkan murid beratur di luar dewan, dan bila iringan muzik gamelan tu dimainkan, patutnya masa tu baru murid-murid diarak masuk ke dewan, uhuhu pasti kesan dramatik tu lebih gempak, kompem ramai emak-emak emo cam saya leleh air mata..ehehe.. Itu lah agaknya yang emak dan arwah abah saya rasa bila saya dan kawan-kawan lain di arak masuk ke Dewan Sri Budiman UiTM Shah ALam pada 27 Mei 2000, 9 tahun lepas.

Kebetulan pulak, hari Jumaat itu hari sehari selepas UPSR diumumkan, saya tengok paper ada kisah ibu yang ada anak kurang upaya, cacat kaki, yang tak boleh berjalan, so ibu ni setiap hari dukung anak dia hantar pegi sekolah, dan bila anak dia dapat 5A, menangis dua beranak ni, memang emo, saya pun nangis baca berita tu, besar pengorbanan ibu dan anak yang bertuah itu sangat bijak, kerana hadiahkan ibunya kejayaan buat dia. Dan hari JUmaat tu, saya dengan radio Sinar FM, ada sorang bapak ni call bagitau dia gembira dan teruja anak dia dapat 5A, katanya dia keja kuli je, jadi bila anak dia berjaya, dia teruja, macam nak bawa kereta hon bagitau satu dunia anak dia dapat 5A, ayat paling mengesan jiwa saya ialah bila dia kata "Kalau saya tau inilah rasanya ibu bapa yang gembira anak dia berjaya, pasti suatu masa dulu sayalah pelajar paling cemerlang dalam Melaka" ermm maksud dia kalau dia tau indahnya perasaan menggembirakan emak dan ayah dengan kejayaan dia, pasti dia belajar sungguh sampai berjaya, untuk gembirakan hati emak dan ayah dia.

Yup saya setuju. Saya pun terfikir begitu, kalau saya tau indahnya perasaan bila anak kita berjaya, pasti saya pun nak belajar sungguh-sungguh dulu hadiahkan kejayaan setiap kali peperiksaan.

Sorry guys, walaupun bukanlah dia jadi yang paling baik, tapi saya tetap happy, bak kata kak Sya, bukan selalu anak-anak kami nak dapat hadiah, entah lepas ni ada peluang lagi ke tidak, belum tentu, jadi sekali ada peluang, raikan kegembiraan ini, sebagai parent, tentu kami doakan yang terbaik buat dia. Mudah-mudahan kejayaan ni akan jadi semangat buat dia, agar terus berusaha, saya ajarkan dia satu prinsip sekarang "What u give u get back" dan terangkan kat dia apa maksud kata-kata tu, so far dia macam boleh terima prinsip tu, saya cakap kat dia senang je, tengok sebelum ni apa dia bagi itu dia dapat. Malas belajar, malas hafal sifir, malas buat latihan, so apa keputusan dia dapat, tetapi bila dia rajin sikit, buat latihan, hafal sifir, apa dia dapat? boleh berjaya, so far kalau saya tanya ape abang kena ingat, dia akan sebut "what u give u get back"

Hiks..tak pasal babah kena beli PS2 kat dia, sebagai janji kalau dapat result bagus..taper la babah, kang boleh babah numpang main sekalik. Kejayaan dia turut dihargai oleh jiran kami, Kak Zah dan Raja, Auntie Raja kasi Najmi pinjam PS2 mereka, so far nampaknya adanya PS ni boleh jadi penguat semangat juga, sebab dia boleh pulak ikut jadual, dari pukul berapa sampai pukul berapa boleh main PS, dan kena hafal sifir, kalau tak dpt sifir no PS, so boleh lak dia hafal sifir 6 dan mengaji Al-Quran dengan sungguh-sungguh.
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino