Kamu tengok dah paper hari ni??? Yang seorang suami maut dan isterinya cedera parah dalam kejadian ragut. Penjenayah yang kejam ini ya semua penjenayah pun kejam kan?? mana ada penjenayah baik budi bahasa dan sopan santun kan.. kot ada ada peragut tego elok-elok bagi salam, dan bagi tau tujuan dia nak meragut, harus dia menjadi penjenayah pertama dalam sejarah penjenayahan negara, sebagai peragut bersopan santun.. tapi keberangkalian itu amat tipis. Nan ado penjenayah yang baik budi, semua penjenayah pun kejam, jadi Dell, kamu editor surat khabar kan?? boleh kamu jangan tulis berita, penjenayah kejam?? tulis je penjenayah je bulih dak?? hiks..matilah meks kalau kak Sri Diah orang kuat Karangkraf baca ni..ya ampun kak Sri.. akak makin lawa sekarang..menten youuu...
So dalam paper hari ni kan ada berita ragut tu kan.. adoiii geramnya saya.. penjenayah bodoh ni amat tonggong dan amat menyusahkan.. perbuatan keji dia menyebabkan seorang suami dan bapa kepada beberapa orang anak ini terbunuh. Ape nasib anak-anak dan isterinya yang cedera parah tu. Dan pulak kalau mangkuk ayun tak berapa cerdik tu kena cekup dengan orang ramai, mau depa kena belasah tahap tenuk.. Jadi kalau depa kena belasah, pastu cedera parah, kena masuk hospital, saper yang susah?? bukan emak bapak depa juga yang susah. Kalau bapak kot hati kering tak pi tengok anak dia kat hospital, kalau emak?? mana emak sanggup tinggalkan anak dai terlantar sakit dihospital, hatta anak dia penjenayah sekali pon.
Suatu masa dulu pernah tau ada kes, yang sorang pemuda (penagih dadah) dibelasah sampai koma kerana mencuri barang orang kampung. Emaknya menangis-nangis bercerita dalam surat khabar, menyalahkan orang kampung yang belasah anak dia. Kata dia, kalau pun anak dia bersalah, kena belasah sampai parah? tangkap dan hantarlah kepada polis. Dia pulak orang susah, berulang alik tengok anak cedera parah di hospital. Itulah kasih emak, sejahat mana pun anak, dia takkan buang anak dia. Kecuali emak yang hatinya sangat kental. Kadang-kadang orang awam yang dapat tangkap penjenayah memang depa belasah sampai lembik, memang geram dan tujuan belasah untuk pengajaran, tapi sedihnya bila seorang ibu kemudian itu menatap anak dia yang teruk kena belasah itu. Pilu juga kalau kita melihat situasi ibu yang menangis melihat anak dia kena belasah kan? Tapi itulah si anak ni pulak tonggong, buat benda tak der faedah tak fikir emak, emak je selalu fikir soal anak.
Itu sebab seorang emak ni jahatlah anak dia macam mana pun dia takkan halau atau buang anak dia, mungkin mulut marah, keluar perkataan bukan-bukan, tetapi bila dia reda, dia akan menyesal dan akan berharap anak dia anak berubah jadi elok. Tak sampai hati. Macam saya ni, kalau bila tengah marah anak yang tahap menguasai emosi, saya sejukkan hati terkenangkan, betapa budak berdua ni dilahirkan tak cukup bulan, dengan keadaan kritikal masa lahir, berjuang untuk hidup.. Hati jadi sejuk, bila fikirkan suatu ketika dulu siang malam saya berdoa agar anak-anak ini terus bernafas setiap detik masa depa kritikal, kenapa bila ALlah beri 'pinjam' meraka kepada saya, saya nak marah tak tentu pasal. Memang semua budak buat salah, dan saya patut marah, dan saya kena belajar mengawal marah, dan bijak tangani situasi mendidik anak tanpa berlebih emosi. Tapi syaitan itu jahat, dia suka menghasut. Kadang-kala terlepas amarah pada anak.
Al-fatihah buat arwah yang meninggal, dan semoga tabah kepada balu Allahyarham.
P/s Sabtu ni 12hb saya akan buat kelas cupcakes, (tundaan dari tarikh 5hb saya tader pegi Ganung) so utk 12hb ni mana dah confirm date, harap dah terima sms dari saya details on bayaran kelas semua. kalau ada yang belum terima, please sms me, and utk hari ni ada satu tempat kosong lagi, ada yang menarik diri.. so siapa nak slot ni, please sms me secepat mungkin, first come fisrt serve ni, kalo lambat, tak dapek la nak nolongnya...