Monday, December 07, 2009

Penat-Pulang dari Terengganu


Penatlah makcik pnut, semalam baru pulang dari Ganung. Hujan la beb, bosan betul duk sana, miting tak pack sangat, ada ruang kosong, tapi hujan, maka duk melangut nengok tv kat bilik je la.. Nampak laut terbentang luas depan mata, tapi nan dapat pegi..hujan katonya... jadi dok melengkaq dalam selimut ja la.., sangat tak faham kenapa organizer buat miting hujung tahun musim hujan dan banjir.

Hari Jumaat, pepagi lagik pakcik gebu dah hantar mak cik gebu ke ERL, naik ERL ke KLIA, hujan beb.. sampai KLIA, terus pegi kiosk, buat self registration. Senang je, dah terrer eheheh dulu tak reti, wa pegi beratur ngan pakcik dan makcik kat kaunter, sekarang boleh eksyen sebab dengan hebatnya buat self check in..cayalah.. Kat KLIA, ramai umat ooo sebabnya jemaah haji ramai dah turun. Jadi sosak dengan jemaah yang transit nak balik ke kampung halaman masing-masing. Self check in cepat je..tapi tu diaaa ko nak check in bag, berbaris panjang oooo.. ishkkk ni kalau last minute nak check in, mau kena usung beg masuk flight, sbb tak sempat tunggu turn dok Q.

Tengok panjang ooo Q, adalah dekat 15 minit berdiri tunggu turn kat sini je.


KLIA basah, Kuantan pun basah.. Hujan.. awan tebal, kapal terbang tu bergegar je,


Dari aiport Kuantan tu nak ke Awana Golf and Resort Kijal tu sejam le juga, orait le kalau dari Kuala Terengganu ke Kijal lagi jauh. Makanan kat hotel ni wa tabik la.memang sedap, terutama bingka dan puding-puding dia..sedap. Lauk pauk pun ok, idak le sedap bebeno, tapi puas hati sebab makanan dia sangatlah byk choice, selain nasi, ada bihun, laksa, mee, berbaloi la.. kalau umat jenis boleh masuk byk makanan.

Bilik kitaorg yang mengadap laut dan swimming pool.




Kawan saya si Chik yang dah tak berapa kecik tu, kasi saya hadiah ni, katanya dah saya peminat ENglish Style, maka dia hadiahkan benda ala ni kat saya.. gile comei..i likeeeee..hiks, apa bendanya rahsia.... heheheh kalau korang leh teka ape bendanya korang memang hebat tahap dewa.

tima kasih chik, ada duit bagi hadiah lagi kat aku..

Tak der mood la nak bergambar, so memang la tidak banyak gambar. Mungkin kami ni set puak pemberontak haluan kiri sikit, jadi ada benda-benda hok tak puas hati, jadi kami memberontak, jadi mood bergambar pun kurang. (erkk ada kaitan ke?? boleh la..jadikan alasan tak bergambar)dah nak balik lepas check out baru bergambar .

Geng info, korang tengok le.. si Fida kecik yang tak kecik..cube tengok dah nak sama beso ngan aku dah wei..cuma aku tinggi je, tini menten, vouge gitu bini TJ ni. abang ensem pakai topi tu geng librarian gak, tetiba kitaorang nak bergambar, dia pun nyelit..hiks..


Abeh program, Ahad tengahari, flight balik KL pukul 7.15 malam, jadi nak langut ape, kita pun contact rakan-rakan blogger, berjumpalah mereka. Ni best jadi blogger, ke mana pegi ada je kawan.. no hal punya. Orang pertama saya jumpa dan menjadi driver paksaan saya ialah AMRIE yang kacak itu.
Dengan budak ni janjinya nak jumpe kat The Store Kemaman. Sorry beb, wa dengar dia sebut JUSCO, dia gelak, masa dia call tu bising wa tak dengar. hahah pastu wa terfikir, pekan kecik camni leh ke ada JUSCO, tanya balik, baru dengar clear The Store, pastu sempat lagi eksen..ler..tu je shopping complex paling hebat korang ada...hahaah jahatla gue.

Nunggukan mamat ni punya lambat, kalah anak dara bersiap, puas dah saya tawaf the Store tu, sempat beli tudung sehelai, dan kain batik sehelai, dia tak sampai juga, nak round lagi tak larat dah, dengan beg beso cam kena keluar dari AF je, ke hulu ke hilir seret beg, tah hapa, very the macam pelancong sesat je. Jadi dah bosan nunggu 'terbeli' ais krim. Huwaaa terbeli..sebab ada budak kecik ni selamba dok makan ais krim depan gua, jadi gua terliur beb..terus beli. Kejam budak kecik tu..tak pasal wa makan ais krim yang tak der dalam menu perlu diambil.



Ok dah tibe mamat ni dengan MyVi Hitamnya,dengan kejamnya saya suruh dia hantar saya ke Kuantan.
Amacam hensem tak??? berani ngorat la...

Udahleh jadi driver, nak minum pun dia kena tolong beratur belikan.. hebat gue punya tahap mengada-ngada ni. Erkkk korang nengok, kereta member ada ladybird tu..comei..cam tuan dia.

Kat Kuantan saya nak jumpa lagi ngan KAK AIDAH pun saya paksa dia ikut saya. Heheh, maka Amrie yang kacak terpaksa melayan makcik-makcik berdua ni berjumpa. Hiks.. Anak kak Aidah ambik pic ni, siap pesan, amek pic elok-elok jangan nampak gemuk..hiks.. dasar tak beleh terima hakikat diriku sangat gemuk.

Tengok le tu anak muda zaman sekarang cari jalan nak pegi Airport pun guna GPS beb. takjub wa nengok.. jakun seketika..canggih ooo 'darling beli la satu letak dalam keter' kompem kita tak sesat kalau nak kemana-mana. eheheh.

Tapi oraitlah budak Amrie ni sporting dengan makcik-makcik pun dia leh masyuk... cayalah dik.. Teringat dulu masa pegi Sarawak, budak Iwan jadi driver saya, kemana nak pegi, mamat ni le bawak ke sana ke sini. gigih je, bezanya Iwan ngan Amrie, Iwan ni mulut laser beb, manjang kena keji je aku ni..hahaha apa pun jasamu ku kenang adik-adikku..Iwan dan Amrie.
(Kate, turn awak bulan 5 nanti ye, kami pegi Sabah..eheheh)

Kesimpulannya bab miting tu biarlah saya cerita dalam laporan kerja je, kat sini laporan sessi ramah tamah ngan blogger je la..so kak Aidah dan Amrie, kalau mai KL jangan segan-segan, calling-calling me ek.. seronok jumpa, sebab semua ramah tamah, borak cam dah lama kenal.. best..best.. tak best satu je, saya beli sata ikan, beli sikit, takut tak sedap, tapi dah sampai umah, makan seketui..adoiii nikmatnya..sedap sungguh. nyesal beli sikit je.
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino