Wednesday, December 30, 2009

Kursus Bakeri Tajaan RISDA


Hari tu kan..bulan Mei kat ENTRY NI saya ceritakan program train and place yang Maksu sertai tu kan, actually program ni sangat bagus tau. Selepas tamat latihan, Maksu praktikal kat Bakers Cottage, dan kalau dia nak boleh terus kerja, tapi Maksu tak mau, manager situ garang macam singa tapi gaji yang Maksu dapat tu oraitlah, kemahiran buat kek Mak Su lagi hebat dari saya dah..kalah acik oiiii standard Kedai tu memang tinggi dik nunnn.

Dan saya juga ceritakan seorang abang kepada one of my staff kat office pun join program ni jugak kan? tapi dia masuk kursus kemahiran 'wiring' eletrikal kan. ALhamdulillah, abang dia telah mendapat tawaran kerja, bukan satu, malah 3 tempat sekaligus menawarkan dia kerja. Rugi siapa yang saya war-war tawaran tu dulu kalau tak rebut peluang tu kan?? sebab saya tak pasti ada lagi ke tak program tu. Sebab itu program dibawah pakej ransangan ekonomi yang diumumkan dulu.

And again saya nak war-warkan. Chef Farid, iaitu Chef yang kendalikan Akademi Baker Ria dapat peluang lagi tawarkan kursus kemahiran Sijil Kemahiran Level 1 untuk mereka yang berminat, kursus kali ini ditaja oleh RISDA. Maklumat ni saya petik dari blog Chef Farid

Ppermohonan dibuka sampai 15 Januari 2009-Kalau berminat teruslah call.

TAWARAN ADALAH DIBUKA KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKURI KURSUS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA - SIJIL JUNIOR BAKER LEVEL 1. MAKLUMAT KURSUS:

Tempat : Bakeri Ria Academy, Blok E Sibertel Jalan Cemerlang 1, Taman Universiti - Berhampiran Stesen Komuter UKM Bangi
Pembiayaan Kursus : Kolej Risda
Jangka Masa Kursus : 4 Bulan di BRA, 2 Bulan On Job Trainning
Asrama : Disediakan (Makan Minum Sendiri)
Elaun Bulanan : RM 150

Berminat Sila Hubungi : Cik Fateha 012-6412744 & Cik Miza 017-2727170

TEMPAT TERHAD, HANYA 12 KEKOSONGAN, SILA BAWA KELENGKAPAN ASRAMA....TQ

Kalau ada anak-anak sedara/adik beradik yang kurang cemerlang akademik, apa kata, kita usahakan sesuatu mereka, kalau berminat inilah masa untuk ubah masa depan.

Moga dapat membantu..

Pssttt oulss..sila beri komen terhadap entry di bawah ye..pendapat anda amat dihargai..
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino