Salam sayang buat semua.. cewaahhh ayat.. skema giler..
Ok, saya nak minta pandangan semua ni, ada seorang pembaca blog saya ni, email pada saya satu situasi dilemma mereka dan keluarga mereka. Penting ni pandangan kalian, kerana melibatkan masa depan seorang kanak-kanak yang suci.
Hani, kita sinopsis kesah awak ye... terpaksa edit banyak tau, Hani menulis dengan penuh emosi, dan marah, sian dia tertekan.. jadi saya simpulkan dengan lebih sopan..eheheh sorry Hani.
(hani will name as Ummi after this)-hani single and tinggal dengan emaknya.
Kesahnya gini, Ummi (Hani) ada seorang anak saudara, Hariz, bukan sekadar anak saudara, malah merangkap anak angkat dia. Kalau dari penceritaan Ummi, emak (adik Ummi) dan ayah Hariz ni kurang sedikit pendedahan agama, malah bersikap sambil lewa bab agama, kalau dari cerita Ummi, emak ayah si Hariz ni pun manjang ponteng solat. Kira dalam erti kata lain, memang kurang menitik berat bab agama. Hariz pula dihantar ke tadika Cina sekarang, dilemma mereka ialah tahun hadapan Hariz sekolah Kebangsaan. Emak dan ayah dia nak hantar ke sekolah Kebangsaan CIna. Perkara ini dibantah sekeras-kerasnya oleh Ummi dan ibunya, kerana selama ini mereka yang lebih menjaga Hariz berbanding emak dan ayah dia sendiri, membesar di rumah mereka, sepanjang hari semasa emaknya kerja dan bila-bila cuti pun di rumah ibu dan Ummi inilah.
Di rumah Ummilah Hariz dipantau kerja-kerja sekolah, pembelajaran malah semua ajaran agama bermula di rumah mereka, mengaji dan solat, sehingga emak ayah Hariz sendiri pun terkejut tengok anak dia pandai solat, baca segala doa. Oleh kerana Ummi lebih banyak masa dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran Hariz, dia berpendapat Hariz tidak berminat untuk ke Sekolah Cina, dan tertekan dengan keputusan emak ayah dia.
Dilemma mereka disini ialah soal akidah Hariz nanti. (saya copy paste dan edit sedikit je)
* Hariz tu tak akan hantar sekolah agama. Sebab sekolah agama mula pukul 7.30 tamat jam 11pagi. Sekolah cina mula pukul 10.30 balik kul 5.50ptg.
*Emak ayah Hariz kata akan monitor pelajaran Hariz. tapi Ummi rasa tak kemana kerana sekarang ini Ummi yang terpaksa hantar Hariz pergi mengaji lepas waktu Maghrib, beri Hariz makan dan pastu buat kerja sekolah atau ulangkaji pelajaran.
* Ummi dan emaknya beranggapan emak dan ayah Hariz ni nak menolak agama dan menyogok anak dengan adat budaya cina.
Pada mereka asas agama masih lagi mereka anggap penting. Kerana pada yg ada asas agama yg kukuh telah berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya.
* emak dan ayah Hariz tak pernah ajar anak solat, sebab mereka tak solat dan tak pernah nak hormat waktu solat. Time azan bunyi time tulah dia menyakat anak. Terkejut pada satu hari dirumahnya Hariz minta berhenti sekejap masa ulangkaji sebab Hariz nak solat. Lepas Hariz perform solat dia sambung belajar. Terperanjat bila Hariz baca doa tidur masa kat rumah. Semua itu asuhan siapa? Didikan emak dan Ummi.
*emak ayah Hariz tak kasik anak dia sekolah kat mana ada anak saudara atau anak-anak jiran dia sekolah. Nak tunjuk dia banyak duit, jaga standard.
* Kata Ummi, emak ayah Hariz ni bukan berpendidikan tinggi pun, kerja pun biasa-biasa je, itu yang mereka tak yakin dengan masa depan pendidikan Hariz sekiranya tindakan ego mereka untuk jaga standard tu, memusnahkan kemampuan Hariz.
* Ummi dan emaknya banyak berkecil hati dengan sikap emak ayah Hariz ni, kerana mereka seolah lepas tangan dalam soal Hariz, tapi bila nak sekolahkan dia ke sekolah Cina tak bincang apa-apa. Selama Hariz ditinggalkan pada emaknya, emak ayah Hariz tak bayar apa pun, malah makan minum mereka anak beranak pun kat rumah emak dan ummi ni la. Malah kata Ummi, makan minum tu semua pun percuma, sebab mereka tak pernah hulur belanja dapur, malah menjaga Hariz pun percuma saja.
* Keputusan emak dan ayah Hariz ni amat mengecewakan ibu Ummi (emak kepada emak Hariz juga)
Gitulah lebih kurang situasinya, saya sudah buat rumusan serba sedikit (berkat kertas BM SPM tahun 1992 dulu, skill masih ada buat rumusan ni hiks.)
So saya punya pendapat peribadi begini, mungkin Ummi dan emaknya ada boleh bincang direct dan bagi tau ketidak puasan hati soal nak hantar Hariz ke sekolah Cina, tanpa jaminan soal penekanan agama yang khusus dari emak ayah Hariz sendiri bab itu. Mungkin boleh juga tanya pendapat ibu bapa lain yang anaknya sekolah cina, bagaimana soal sekolah agama anak-anak mereka, soal mengaji, solat, makan dan minum. Saya nak bagi pandangan bab tu tak der pengalaman pulak.
Cuma dalam dunia ni semua masalah ada jalan penyelesaian. Soal agama tu boleh je diselesaikan, macam soal ini, tidak menjadi masalah besar sekiranya emak ayah Hariz bersungguh-sungguh nak beri pendidikan agama dalam masa yang sama anaknya di sekolah cina, tetapi yang jadi masalahnya emak ayah dia pun ambil lewa bab agama ni. Orang tua mana pun tetap membantah kalau emak ayah nak hantar cucu mereka ke sekolah cina,tanpa jaminan akan diberi asas agama yang secukupnya. Atau mungkin kalau emak ayah Hariz ni ingin anak dia mendapat asas pendidikan Cina, Mandarin dan gaya pembelajaran mereka, mungkin mereka boleh teruskan khidmat cikgu Mandarin yang mengajar anak dia sekarang.
so kawan-kawan semua, tolong beri pandangan kalian ek. Kesian juga saya bila ada orang dilemma begini, sebab ia melibatkan masa depa seoarang kanak-kanak, yang mana kita yang dewasa ini penentunya. Itu hari, ada seorang pembaca blog saya tinggal komen ada mention anak-anak dia sekolah cina. Saya tidak ingat siapa, mohon akak komen ye. Hari ini kita bantu orang walau sekadar pendapat sahaja, esok lusa giliran kita buntu, Allah utuskan orang lain pulak bantu kita. Insya-Allah...
Kita tunggu, kot Redmummy, blogger hebat nak tampil beri komen, because her son sekolah cina, and saya tengok so far tader masalah bagi dia, kerana anak dia tetap dihantar ke sekolah agama, dan tidak ketinggalan dalam soal nan satu itu.