Thursday, December 31, 2009

Good Bye 2009


Hari terakhir tahun 2009
Esok bermula tahun baru
di FB saya tulis
"AZAM TAHUN BARU SAYA IALAH NAK TUNAIKAN AZAM TAHUN LEPAS"
pastu ada yang bertanya, "apa azam tahun lepas"
jawapan saya,
"azam tahun lepas saya ialah menunaikan azam yang tahun sebelum itu"
hiks..
gitulah setiap tahun renew je azam itu, iaitu menunai azam tak kesudahan.
hiks.. antara azam hok setiap tahun dok renew ialah nak turunkan berat..hagham lembab sungguh.

Tapikan, at least azam nan satu sebenarnya tercapai juga, cumanya masih kena teruskan. Sekurang-kurang saya tidak seteruk dahulu, berat sehingga 115kg, buruk sungguh masa tu. Setidak-tidaknya sekarang saya boleh beli baju yang ready made kat kedai, kalau dulu hanya mampu pandang je, sebab tader size. Cumanya saya agak frust sebab masa lepas bersalinkan Alesya, dan BF dia, berat saya menurun sehingga 84kg, tetapi akibat tak berapa jaga makan, berat saya naik balik sekarang. So untuk tahun ini, azam saya ialah menurunkan 10kg, slowly la. Mungkin benar kata orang, gemuk air senang nak turun, bila sudah melepasi tahap gemuk air, nak turun lemak-lemak yang bertempek itu yang susah.

Kalau korang tengok the biggest loser asia tu, notice kan seminggu pertama diaorang hard core exercise dan diet, ada yang turun sehingga 13kg kan? itu sebenarnya air dalam tubuh yang hilang tu, itu sebab minggu selepas itu, berat mereka turun sekitar 3-4kg je purata setiap mereka. Itulah saya lalui dulu, 3-4 bulan pertama memang senang 10kg hilang, seterusnya amek masa lama sikit. Ermm ini pun 2 minggu lebih saya tak jamah nasi, itu pun baru turun 2kg. Oklah daripada terus naik, tak mau dah saya naik lagi.. cukuplah, pengajaran buat diri sendiri.

ok itu bab azam nak turunkan berat.

As for me, untuk tahun 2009, banyak benda yang kami sekeluarga sudah capai. Alhamdulillah, next year kami wedding anniversary kami ke10 tahun.. June is full of memory for us. 1 Jun nanti genap 10 tahun usia perkahwinan, 4 June, nanti genap saya 35 tahun, 9 June genap Alesya 2 tahun. so Babah please take note, ada dua ratu hati babah sambut besday June tau. Sile menabung untuk beli hadiah kat kami.

Untuk 2010, banyak lagi benda yang hendak dicapai. Moga 2010 akan lebih bermakna.

SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA...
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino