Wednesday, December 23, 2009

Selamat sudah si Abang dikhatankan


Nak story mori kesah si abang yang selamat dikhatankan pada 20 Disember 2009. Sebenarnya masa dia nak dikhatankan tu, saya macam biasa, poyo dan emosi semacam. Tetiba rasa bertuah dan bersyukur sangat, Allah beri nikmat pada kami jadi ibu dan bapa, dapat melalui pengalaman khatankan anak, dan melayan kerenah anak teruna selepas berkhatan. Memang melayan 'auta' dia lepas berkhatan tu kekadang menguji kesabaran. auta sungguh aaaihhh, tapi bila fikirkan balik, bukan semua orang dapat lalui pengalaman ni, dan kami bertuah dapat merasa macam mana perasaan nak khatankan anak

Sebenarnya saya yang berdebar-debar menyaksikan proses berkhatan tu. Dapat ambil video lagi, tapi sorry guys, video tu untuk kenangan family je. Tapi memang seronok bila tengok balik momment dia nak dikhatankan tu, dia punya panik, sampai baca surah Al-Falaq pun dia lupa. Doktor pun gelak, terus lupa kata doktor.

Mula-mula dia ok..menten. doktor pun borak-borak.. pastu doktor cerita apa nak buat, nak bius bagai.. bila nampak doktor pegan jarum tu dia dah cuak, gelabah tak tentu arah dah.. pastu lepas bius, dah kebas, doktor cube tarik-tarik si anunya, pastu suruh dia tengok dan tanya dia sakit tak?? dia kata tak sakit, itulah doktor kata kat dia, tak sakit.. eheheh tapi dia tetap seriau, meleleh juga air mata dia..cisss tak hero sungguh anak aku. Kami guna tips Mak Andeh kasi, kasi je komik atau buku dia baca, so masa proses doktor nak 'potong'kami suruh dia baca novel Harry Porter, entah siapa hadiahkan buat dia masa hari kenduri. Nani hang ka kasi dia buku tu? terima kasih bebanyak, bila dia leka baca buku tu, doktor pun zzzaaappp.ehehe tp gue tau beb, sure dia tak fokus langsung apa dia baca, alih-alih muka surat je. eheheheh, tapi serius kelakar giler, bial dia gelabah tu segala neka soalan dia tanya kat doktor. sampai doktor pun tergelak.

ok meh nengok pic dia lak..

sebelum keluar rumah, sempat lagi dia main-main dengan adik..tp cube nengok ada partnya termenung je kenangkan nasib diri..ahaks..

adik pun cam tau je abang nak kena 'potong' peluk-peluk abang..

due hero gagah perkasaku.. sama berbaju biru lak.. dah mula berdebar le tu..

babah register dulu, pastu rileks kejap..tunggu turn.
yang pic no.3 tu, ada sorang hero dah selesai bersunat, selamba je dok jilat gula-gula.. rileks je..jadilah buat penambah semangat hero kami.

dah masuk, doktor story apa dia nak buat.. member dah cuak-cuak dah..eheheh,


Sudah bius dah.. lepas ni saya tak amek pic dah, saya amek video pulak. Ehehe dah selesai pun, sampai hari ini dia tak nak tengok video tu. ahaks.. buku harry porter tu cover muka dia dari nampak apa yang berlaku.


dah selesai... dapat sijil beb.. kat sijil tu bawah sekali tertulis note tidak menangis/menangis, ehehe bangga beb, doktor slash menangis jadi tertera perkataan tidak menangis. sangat psycho bebudak, kalau menangis kang malu le, kena ejek..ehehe.

sooo malam tu terus dapat PSP dari babah.. mahai tu.. boleh beli lemari mama tau.. tapi takper la.kira hadiah bersunat dan hadiah dapat no.3 hari tu. Lepas ni turn mama pulak ek babah dapat hadiah.

Dah selesai tu, dia boleh pulak menahan kencing dari tghari tu, malam tu kami pulang dari membeli PSP dia, dia beum kencing lagi. Lamaaa oo nunggu cina kedai kat the mines tu dok install game-game semua, nyesal gue ikut.. patut bior lukman ngan babah je pegi.. mama nak shopping-shopping pun maleh la.. hahaha bukanlah maleh ape..kalau pak dia kasi duit nah pegi shopping rajin le jugak, tapi nak shopping guna duit sendiri fikir banyak kali sikit.ahaks..lagipun penat kenduri semalam tak selesai lagi, koser meks nak tawaf the mines tu. lenguh kaki beb.

So selesai sudah amanah untuk kami, akikah, sunat abang dan adik pun setel. tinggal nak besarkan dia amanah Allah ni sebaik mungkin. Yang diharapkan mereka jadilah anak yang baik dan taat pada ALlah, kalau diberi kebijaksaan yang lebih, satu bonus, apa pun tahap pencapaian mereka kami redha. Sekurang-kurangnya untuk si abang, Alhamdulillah, perkara wajib untuk dia sebagai seoarang islam kami sudah tunaikan, dia sudah pandai mengaji, sudah banyak surah dihafal, sudah banyak doa-doa amalan yang dia boleh baca, solat-solat wajib pun ALhamdulilah sempurnalah selalunya, solat sunat macam terawih pun boleh dah juga. Setidak-tidak itu sudah satu kejayaan kecil buat dia, kerana sudah melepasi semua tahap yang dituntut agama. Dari segi akademik, biasa sahaja, tidak jauh tertinggal pun sudah syukurlah.
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino