Saturday, December 19, 2009

Jemputan Majlis Akikah dan Kenduri Doa Selamat


Sticky Mode...sehingga tarikh kenduri..
entry baru kat bawah sinun...

Buat semua kalian yang membaca ini, anda semua dijemput ke majlis kenduri akikah dan doa selamat PNut Inn, maklumat lanjut seperti dibawah...

ok ni Jemputannya



kot tak jelas gue taip sekali lagi kat sini

Tarikh Kenduri : 19 Disember 2009
Masa : 12tgh-3ptg (12.00-12.30tgh-bacaan Yassin dan Tahlil)
Alamat : No. 3 JALAN DPP4/1, DESA PINGGIRAN PUTRA, SG. MERAB, KAJANG

Alamat je Kajang, usah le korang masuk Kajang cari, tak jumpe punya, umah kami belakang putrajaya je, lalu jalan depan Alamanda bulih, lalu depan PICC pun bulih, lebih kurang 5 minit je kalau dari Alamanda or PICC tu, untuk map KLIK SINI map ni untuk orang dah pernah sampai Putrajaya, kalau belum pernah sampai, korang cari je jalan hala ke Putrajaya, dan cari jalan hala ke Alamanda, tapi jangan masuk jalan nak ke Alamanda lak, calling2 je kalau sesat, kami bulih guide punya.

Paling senang, pegi masjid Putrajaya, dari situ, korang gerak hala ke PICC, jalannya lurus je dari Masjid tu ke PICC, sampai depan PICC, ada bendera banyak-banyak tu, ikut je map tu, kompem jumpa. Klue paling utama ialah cari PICC sampai jumpe, tak kira dok belakang PICC ke....depan PICC ke.. dah dekat beno dah tu..

Ok ni jemputannya, saya jemput semua, tak bulih nak mention nama-nama personal kat sini, kang ada yang tercicir, tergores hati lak, mana hok saya ada ada FB, dan YM, saya dah kirim jemputan dah, ini kira pada yang saya terlepas pandang, jadi saya dengan sungguh gembira nak jemput sesiapa je yang baca ni ke majlis kenduri ni, cuma saya mohon, please la SMS saya, bagitau nak hadir, or tinggalkan komen kat sini pun bulih....pleasee sebab saya buat ni guna khidmat katering, jadi mana yang dah personal saya call/sms or invite tu bolehlah kami anggarkan berapa yang confirm hadir, so makanan ditempah lebih sikit dari kadar jemputan, cuma bagi open invitation ini, saya mohon ye kalian sms saya je..
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino