Wednesday, December 16, 2009

Ladang yang Buang susu lembu..


Salam buat semua...
Hari ni macam biasa, the first thing saya buat in the morning ialah check newspaper dulu, ye itu bukan ngelat, itu tugas utama saya, saya kena tengok kot ada news berkaitan menteri saya, ada sebarang berita mengenai kementerian saya ke, pastu kalau ada kena alert boss saya awal-awal, kot-kot kang menteri tanya dia apa-apa, idak le dia suspen..eheheh

Yang menarik perhatian saya ialah, berita di MUKA 15 Utusan Malaysia bacalah
BERITA KAT SINI kesahnya, ada satu ladang susu di Pahang yang membuang susu ke dalam parit, kerana pengilang susu segar tak mau terima susu dari ladang mereka, sebaliknya pengilang import susu dari luar negara, macam New Zealand. Persoalannya disini, kenapa mereka sanggup buang 75,000 liter susu ke dalam parit (mungkin susu tersebut masam dan basi??) saya tak tau... saya surf-surf dapat info ini

First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd.
KM 81, Lebuhraya Tun Razak (Jln Kuantan-Segamat)
26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.
Pengarah Urusan : Dato’ S. Muhd Alwi
Telefon : 09 452 6666
e-mail : fidaf08@gmail.com

pengarah urusan dia orang Islam, tp saya terfikirlah kenapalah tak buat konsep sedekah je? duk tepi pasar malam ke, agih-agihkan susu-susu tu kepada orang ramai.. erkk tu pandangan saya, mungkin syarikat mereka ada alasan sendiri kenapa susu tersebut perlu dibuang daripada diberikan kepada orang ramai. Ishkk harap beno Dato' S Muhd Alwi ni terbaca, dan dapatlah dia berikan penjelasan kenapa, sebab saya ralat betul tu.. banyak susu terbuang gitu.. sayangnya... heheh tu dia...harap penjelasan dari Pengarah Urusan sendiri.. sikit punya kekwat sapinat ni...hahahaha ye la..wa tertanya-tanya beb.. ape ke hae nya susu itu dibuang gitu je..pastu bangga lak masuk paper posing berderet ramai-ramai??? motip?????

Eh korang, acik repeat sekalik lagik tau..jemput datang kenduri acik...maklumlah itu hari masa musim raya, sebok je korang tanya kak pnut bile nak buat open house...bile nak open house... ni kami kenduri terus...jemput datang ye.. Ada hamba Allah bermurah hati menaja kami kambing golek sekor... tu saper nak makan tu kalau korang tak datang beramai-ramai... sile datang...

Lama tak cerita pasal si adik kan?? Adik baby q ni sekarang ke main pandai merajuk giler, kelakar pun ada, kalau merajuk dia leh wat derkkkkk je...kita geletek-geletek pun tak gelaknya.. masam je muka... pastu kalau kena marah suka sentap, terus duk diam tak gerak...tunduk muka.. ahhah sweet je anak dara acik sorang ni.. Abang dia tok sah kata la, suka menyakat ke main. Lagilah awek ni suka sentap, sebab abang suka pura-pura marah dia.

Sejak dah bulih berjalan ni, sorry la dia nak dukung kalau kami bawa pegi memana, minggu lepas kitaorang pegi Warta Bangi tu, nak carikan surah Yassin untuk masuk dalam goddies beg masa kenduri nanti, punyalah dia tak mau dukung, warta tu dah le sesak, segala neka gerai ada kat bawah tu, sampai nak jalan pun susah, yang dia nak berjalan sendiri, susahnya dia terhantuk bucu meja, berdarah lagi bibir. alahaii anak dara meks... jadi bibir angelina jolie lagi dia..tp semalam dah ok, dah kering.

Momment paling suka bagi dia ialah bila dengar bunyi motor balik, berkejar dia pegi depan, berdiri depan grill dan jerit-jerit babah.babah..babah.. udah nama pun anak bapak kan.. manja leweh-leweh la kalau pak dia balik.. yang pak dia pun kalau ngan anak dara dia kemain lemah lembut.. masa berchenta dulu ngan haku pun tak lembut camtu.. kena tang anak terus lembik lutut..eheheheh

okeh bebeh, esok nak pegi tempat sembelih lembu akikah tu.. teringin nak tengok lembu yang bakal dikorbankan itu, nanti kita amek pic lembu malang itu ek..






Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino