10 yang lepas tahun 2000-tahun saya berkahwin 1 June 2000
20 tahun yang lepas 1990-saya baru umur 15 tahun, baru abeh SRP
30 tahun yang lepas 1980-saya umur 5 tahun pada tahun ini.
Lagi 10 tahun akan datang (kalau panjang umoq) 2020-umoq saya 45 tahun, Najmi umoq 19 tahun masa ni, Moga panjanglah umoq saya, dapat saya-saya berdebar tunggu SPM anak, tunggu anak masuk U kalau ada rezeki..aminnn
Lagi 20 tahun akan datang- 2040 umoq saya 55 tahun, pencen dah kot masa ni, koser la saya nak keja sampai umoq 58 tahun. tak kena gaya umoq 50 saya pencen dah, baru syok pencen sesama ngan darling ai.. pakcik gebu masa ni duit epf banyak, boleh pow sikit. Masa ni harap Najmi dah kawen, dah ada la cucu harapnya...ahaks.. anak baru bersunat emak dia dah cakap bab cucu..
itu semua kalau panjang umoq la... kalau tertulis, tiba masanya dijemput Allah..maka sampai tahap itu sahaja angan-angan kita. Kita tak tau bila kita akan mati kan??
Hari ni dah darjah 3 anak bujang saya. Masih terasa dia BARU HANTAR DIA MASUK SEKOLAH gilos emosi la masa first day hantar dia masuk sekolah.
Hari ni masuk darjah 3 dah... Kalau tahun 1 dulu memang dia kelas pertama, so kuat persaingan, darjah 2 kena turun kelas, but tahun ni naik balik ke kelas pertama. Huiii persaingan bukan calang bebudak dalam kelas ni, kalau tengok masa penyampaian hadiah tahun lepas, 3 budak yang dapat no 1-3 dalam kelas ini hebat belaka, boleh kata mereka je ulang alik naik pentas ambil hadiah, terbaik keseluruhan la, terbaik mata pelajaran la..sampai saya cakap kat hubby, budak pompuan tu berdiri je la tepi tangga tu, senang, karang naik lagi.. so si abang ni nak kena bersaing dengan mereka-mereka inilah nanti. harapnya dapatlah dia berjuang bersama-sama.
Untuk entry bergambar, esok-esok sajalah..kerja banyak, kena utamakan kerja..Kata PM, pencapaian diutamakan... rakyat didahulukan.. jadi meh kerja dulu.. rakyat didahulukan..tu sebab kami tak kesah, gula naik 20sen pun orait la... semua barang naik pun kami tak kisah...kami faham dan memahami.. kerajaan tak boleh elak kenaikan tu kan..kan..kan... kalau minyak naik lagi pun tak per..kami faham..maklumlah minyak kita paling murah ni... negara lain semua mahal tau.. jadi jangan merungut.. bayar sajalah. sudahlah minyak kita paling murah, gaji-gaji kita di Malaysia ni paling tinggi... percayalah, itu sebab bibik pun depa suruh bayar gaji RM600. Tu maid tu..
Barang naik kita komplen buat apa, berjimat lah.. kata menteri.. jimatlah jangan pulak, nak beli seluar dalam sehelai, kita pegi pegi beli kat Pavilion atau KLCC, berjimatlah, kita beli kat pasar malam sajork. ni tak korang komplen barang naik, tapi tak pandai berjimat, shopping kat Pavilion, KLCC, Mid Valley, cube belajar sikit pakai seluar dalam pasar malam tu, duk dalam bukan sapa tau pun, lainlah kita sidai baju depan pintu rumah, atau duk rumah teres, sidai seluar dalam kat pagar rumah, mesti posmen tau kita pakai seluar dalam cap pasar malam... seluar dalam ok lagi, jangan pulak nak beli seketul belacan cari kat sogo, kat the curve.
psstt kena berjimat tau..bukan tiap kali beli barang kita masuk tempat shopping yang bayo parking lagi mahal dari sekilo gula. tak boleh..tak boleh... kalau boleh kita sendiri pegi beli barang basah, supaya kita tau berapa harga sekilo ayam, sekilo ikan kembung, berapa harga sekilo bawang sekarang. Jangan main suruh pembantu-pembantu kita je beli. Kita tak tau pun rega bawang sekarang lebih mahal dari buah epal. Lagi pun kita yang masak kat rumah jadi kita kena juga beli bawang, beli tepung, beli beras, kita pun banyak function yang kita kena attend, dan dapat makan free je manjang. Jadi bila berbelanja, kena berjimat, maklumlah gaji-gaji kita beso, jadi banyak beno barang kita nak beli kan..kan..
Kita isi minyak petrol sendiri pi kaunter, sendiri bayar sendiri pam minyak masuk, lain le kan, kita ada driver, sebelum mai jemput kita dia siap dah isi minyak guna kad minyak, semua tanggung beres, singgah petrol pump pun kita tak pernah kan..kan...Jadi kita tau le kan..dulu kalau 50 rggit melimpah ruah tangki kita penuh isi minyak, sekarang ni tak cecah pun takuk terakhir meter minyak dalam keter kita...ishkk tu pun set kereta murah cam kita le kan... ehh kita kan jimat, kita tak pakai ke keter mewah, lainlah korang tak pandai jimat, tahun ni beli toyota UNSER, tahun depan tukar pakai ESTIMA, dua tahun lepas pakai keter NAZA Ria kan... Kalau kita tak pandai jimat, 50 ringgit tu separuh tangki je keter mewah kita kan..?
Kalau kita tak berjimat kan.. kita kan kaya..katakanlah... makanan semau terhidang, agak-agak, kita tanya dak kat tukang masak kita "Hari ni awak beli ayam ni sekilo berapa ye? Ikan ni pulak berapa sekilo? Sayur ni minggu ni naik ke turun? kita tanya dak agak-agak, minggu ni harga bawang turun dak? agak-agak kita tanya dak? kalau saya..ellehh dah kayooo duit banyak, tak kesah le harga barang turun naik ke, janji kat umah ada orang masak dan hidang, tinggal basuh tangan dan ngap je la..koser la nak tanya harga barang naik ke turun. Duit berkepuk-kepuk, takat rega barang naik sikit tu tak luak pun duit yang berkoyan. tu kalau saya kayalah..saya bilang kalau...