Thursday, November 19, 2009

Cekodok Sardin dan Puding Triffle


Yeahhh Tora datang lagik...
ding dang..ding dang...
beli satu percuma mainan di dalam..
casing ajaib!!!
nostalgia...

dak..bukan nak cerita bab ding dang dan mat sentul

Disebabkan kepupusan idea nak udpate blog, saya nak letak resepi je aci dak.. dua sekali ko..ambek..

Satu resepi yang amat senang mudah dan kacang giler.. sambil pejam mata dan cungkil gigi pun boleh buat.. ahaks..

Iaitu..cekodok sardin, klik gambo utk kelihatan lebih beso. (ada org komplen saya dob gambar melalui imageshack/photobucket, opis depa block, jadi tak leh view pic kat sini, kesian depa. oklah acik letak melalui blogger yang kedekut babun ni, boleh boh pic kecik bebenau.. maleh den layan blogger punya upload pic ni, kasilah size beso sikit. Dah tu bile upload gambo naik kat atas pastu kena copy paste susun gambo..eiii boring..heeh membebel lak, sebelum kasi resepi..tampo sedas kang.. hiks

ok..ok...
/cucoq sardin / cekodok sardin versi Mak Pnut.

1 tin Sardin
(suke banyak boh tin beso, kalau takat 3-4 org makan setin sederhana bereh dah..
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
Bawang dihiris cam buat cucur udang tu
2 biji kentang sederhana beso
potong dadu-cam buat inti karipap pastu rebus kejap, kasi gebu dan lembut)
sedikit garam

*Optional
('jajan' boleh boh sekali-kalau tader tak boh pun taper)
- carrot (sagat-sagat-cam buat inti popia)
- daun bawang
- cili merah

Cara:
- gaul semua bahan tu dengan sedikit air, cam biasa buat cekodok jagung/udang
(masuk sekali sardin tau, tuang sos sardin, jgn hancurkan sardin, biar sekor-sekor, masa nak gaulkan tu tekan-tekan je sikit kasi pecah-pecah sardin tu, bior ada rasa-rasa ketulan sardin tu..nyaman beb..)

- pastu goreng le dengan minyak panas cam besa, huii takkan kena kabo ye dak..mesti nak goreng, takkan baut kukus lak.. :D

Nota :-
tepung tu, kalau korang tader tepung naik sendiri, boh je 3 cawan tepung gandum, tambah sikit soda bicabonat sikit, dan baking powder sikit (agak2 dalam 1/2 sudu teh je)
tp mudahnya pakai tepung naik sendiri, lembut dan sedap je. Kalau semuanya nan ado, guna je la 3 cawan tepung gandum... tp kang bancuh cair sikit, kalu kurang air, kang liat, keras, nan sedap katonya..

rasanya sangat best dimakan panas-panas. tak tau nak cerita cemana. kompen sedap



Pastu satu lagi resepi ialah Puding Triffle, ni Tasha request, berkurun janji nak kasi, tapi haghammmm abeh dah lupe nak buat cemana..

(dlm pic ni dua yang atas tu je sy buat, yg lain saya cilok, biasa asyik lupe ambek gambo bila buat benda alah ni)



Puding Triffle
1 gulung kek swiss roll (sedap perisa coklat la)
(kalau takder ape kek pun belasah je la..)
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair @ satu kotak fresh milk (kotak kecil le)
4 sudu gula kasar
2@3 sudu tepung kastad (ikut le korang nak pekat cemana
1 sudu esen vanila
1 @ 2 paket kristal jelly any perisa (tp sedap strawberry/mango)
*(kalau beli kat supermarket brand ladies choice ke apa..
*(sy tak pasti sbb sy biasa beli sebungkus besar kat bakeri shop, lebih murah, so biasa saya guna dalam 4 sudu besar
1 mug air.

Caranya

1. potong dadu kek, dan susu dalam bekas
2. Masakkn susu cair, tepung kastad dan gula dalam periuk (jgn pekat sgt, boleh tambah 4-2 sudu air juga.
(api perlahan, kacau kejap je, agak nak didih je tutup api, dan kacau, jgn sampai mendidih kang pekat sangat)
3 dah ok cun, tuang sos kastad ni ke atas kek tadi,
4. susun buah-buah cocktail tadi atas sos kastad tu (of course buah je, airnya tapis kasi buang la
5. tunggu dia 'keras sikit' then masak 1 mug air tadi, then masukkan jelly kristal, kacau kejap, tutup api
6. bila agak sos kastad tadi dah cam agak keras, tuang jelly perlahan-lahan atas sos kastad tadi, pastu biar dia 'mengeras' dalam peti sejuk

Nota-
*tuang perlahan tau Jelly tu, kalo tak naik berkeladak sos kastad, tak comei puding miker
*guna whisker untuk kacau sos kastad atas dapur (agar tidak berketul hasilnya, kalau berketul, kena tapis-leceh)
* makan sejuk-sejuk pun sedap. Saya dapat resepi ni dari Cik Salina, tapi dah adjust sedikit, besalah gue. Memang mabeles, kalau nak eksen terrer di hari raya haji nanti boleh buat jamu tetamu. pasti mereka kagum, kerana terasa hebat macam chef di hotel je buatnya.
*tambahan, ada pertanyaan dari pembaca blog whisker tu lagu mana
ni le ropanya,

ni gambo dari pakcik google, kalau kat umah saya ada satu hok beso gedabak, pueh hati kalu buat muffin, kaco-kaco pakai ni, muffin tu kan lagi hebat rasanya kalau jenis kacau-kacau je.. jadi saya beli satu hok beso, senang mengacau.. buat choc moist cake versi steam pun nyaman... kacau-kacau pakai benda alah..superb.

(harap dpt membantu pada yang berhasrat berjinak-jinak dengan memasak dan berazam hendak memasak untuk keluarga..go ladiess...)
(Puan Zura hang tak mau terai ka?? kasi anak-anak hang kagum..pastu leh riak kat FB..bile lagi..)

Ok, dua hari lepas saya siapkan tempahan kek BEN10 ini untuk seorang kanak-kanak lelaki, ditempah oleh ibunya. Standard le seingat saya sepanjang saya buat cupcakes tak lebih 10 org lelaki yang order kek dari saya..termasuk ada tu hari ibu pun ibu tu sendiri order untuk diri sendiri..cehh..ok jap recall memori siapa lelaki pernah order cupcakes,
1. Mohd Noor-hari ibu,
2. Napang-kawen adik dia,
3. Hanif (tunang)
4. Azizan (birthday anak dan wife),
5. Saiful Izwan -akikah anak)
6. Najib (birhtday anak)
ada kot 2 org lagi pernah order untuk Mother's day.

kannn tengok tak sampai sepuluh org, dah nak masuk 3 tahun saya jual kek ni, tak samapi 10 org beb order kek untuk yang tersayang depa. hiks.

Ok balik story kek BEN10 ni, kata ibu yang order ni, anak dia punyalah suka... siap terlompat-lompat tengok kek ni, siap ajak kawan-kawan datang tengok walau dalam hujan, berpayung kawan-kawan dia datang punya sayang nak potong. Hiks.. bila dengar feedback macam ni, hati saya happy sebab, betapa besarnya kasih sayang ibu tu, tak kira anak ke berapa, anak macam mana, tetap order kek untuk meraikan harijadi anak dia, usaha memenuhi impian anak dia, dan soalnya kita sendiri, pernah dak kita susah payah untuk emak kita macam emak kita buat dulu?? bagi saya, diri saya baru berapa percent je saya usaha sungguh penuhi apa hajat emak (susah sebab emak saya bukan cam emak orang lain, nak apa minta, emak saya kalau kita cakap nak beli apa-apa kat dia pun katanya membazir, tak payah) dalam pada kita dah besar pun emak tetap cuba tunaikan permintaan kita kan??

Contohnya, minggu ni Hari Ahad, bibik akan pulang ke kampung seminggu. Mulanya saya plan nak hantar Alesya ke rumah jiran, tetapi jiran saya tu pulak baru ni jaga ada 2-3 orang budak dah, plus nanti kalau hntr ke sana, dengan Najmi lagi.. anak-anak dia lagi, kesian pulak dia nak handle ramai-ramai budak. Saya luahkan pada emak. Walaupun saya tak secara direct cakap kat emak, "emak boleh tolong mai jaga Alesya sat?" tapi sebagai emak dia faham, kata dia "tengok nanti kalau tak ada apa, biaq mak mai la tengok Alesya, kesian dia, dia bukan biasa duk rumah orang?" uhuks..terharu sangat. Padahal Alesya tu cucu dia yang ke 7 pun, dan pulak, sebenarnya 24hb dia ada appointment kat hospital, tapi kata dia, tak pa nanti dia call hospital tukar appointment. Time kasih mak... tak terbalas jasa emak ni. Maka..esok emak akan sampai ke sini.. Insya-ALlah mak, nanti bulan 5 kita bawa emak pegi jalan-jalan makan angin ke Sabah ek.. moga kita semua panjang umur, dapat bercuti lagi satu family.



Erkkk tak tau apa motif entry ni kan..kejap cerita resepi, kejap cerita lain..bengong je saya ni..ehehehe, tapi takder dah nama blog pun ceritapnut, and tagline cerita apa saja..maka gini le jadinya...



Esok saya nak cerita kisah sengal seorang kawan poyo saya..
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino