Tuesday, November 03, 2009

Sebab Aku Kacak Sangat!!


Korang tak pi MASKARA kan.. taper, ni salah satu video diaorang tunjuk, dari Alif Kacak.. kota ada yang berkenan nak baut laki ke..nak buat menantu ke... tp sorry kalau dia dah berpunya.. Alif akak boh sini, kira halal la ek..

Gila kreatif.. acik suke..acik suke. Ginilah otak saya suatu ketika dahulu, gila-gila dan sempoi, sekarang dah anak dua, acik maintain ayu... ermm harap Najmi boleh warisi menyambung cita-cita emaknya yang terbengkalai.. acik dulu cita-cita nak masuk line broadcast beb.. mintak mass comm tak dapat, keji Prof Razak (Pipiyapong kata Prof Razak yang buat filem guna kaki) yang interview akak masa nak masuk Mass Comm dulu, Prof ni reject acik sebab acik gemuk, kata dia nanti tak leh bagi performance cemerlang.. ermm boleh dak letak ayat makian kat sini?? ermm tak boleh kan? ni blog emak budak, bukan blog budak umur 17 tahun. Jadi saya maki dalam hati je la..

Eh ok, acik sebenarnya nak kasi tengok ini video je, apesal merapu entah kemana.. Maafkan makcik anak-anak..Jadi sile tonton, saya sukak gila lagu aku kacak tu.. terngiang-ngiang kat telinga. Alif ko tolong MP3 kan, leh jadi ring tone beb..


Saya ada Cik Crab sekarang, Encik Crab ialah watak dalam kartun spongebob kan? tapi kat umah kami ada cik Crab sekarang, wah wa ingat itu baby q tak merangkak, sekali jangkaan wa silap beb..dia merangkak beb.. wa tak runsing, dia baby prem, baby prem memang agak lambat untuk merangkak dan berjalan. eheh sikit hari lagi jenuh kami kepung dia berjalan pulak, sekarang menjadi cik crab, ke sana sini dia merangkak, wa tatak senang mau bertenet ooo..

ni cik crab ni saya sanggulkan dan sepit-sepit.. (makan hati le ko cik enon nengok aku sepit rambut anak aku pulak?? kali cam anak ape lak ko nak kata??)

hiks.. rimas nengok rambut dia kerinting, saya sepit-sepitkan..

CIk crab sedang merangkak..

apelah dia nak cari celah langsir tu..

Ape ko cari minah kecik???

susah beno nak amek pic sanggul mak minah ni..eheheh

Inikan, kitaorg suruh dia berjalan dengan bantuan kerusi ni.. dah letih tau nak pegang tangan dia berjalan ke hulu ke hilir, penakut, dia boleh jalan tapi takut nak lepaskan tangan orang...nak pegang, jadi kami dah penat, tetiba timbul ilham ni, suruh dia tolak dengan bantuan kerusi ni..

meueheheh cute, dan dia suke la sangat..

Tamat cerita baby Q

Ermm saya ada satu cerita nak kongsi.. saya ada beremailan dengan seseorang baru-baru ni, kawan ni pembaca blog saya la, and dia email kat saya kesan dari tulisan saya yang entry kenapa takut gemuk? dia kata dia seorang berbadan chubby, and sekarang usia dia 30 tahun, masih belum kahwin, apatah kahwin, boifren pun belum ada. Kata dia sedih, kerana kalau ikut kekuatan dia, dia tak koman, belajar sampai universiti, ada kerja bagus, penampilan, idak le buruk beno kata dia pastu dia pun rajin ke dapur, masak memang hobi dia, tetapi kenapa lelaki tak pandang dia?? ada kawan dia kupas bawang pun tak berapa pass, manja meleweh kejap-kejap nak pegi sana sini nak bf hantar.. tapi ada boifren, dia kata nak kata kawan dia cun malatops biasa je, cuma body kurus je la..

Erkk saya tiada jawapan untuk itu. Mungkin bagi lelaki biarlah tak lawa pun takper, janji aku dapat awek kurus.. hahah entah, saya pun memang chubby dari dulu, dan dapat boifren pun chubby juga, mujur la nak gak dia amek saya buat bini, kalo dak mungkin sekarang pun saya masih solo dak. Ada lelaki dia tak pandang fizikal, tetapi dia cari seorang perempuan yang dia betul nak jadikan isteri, dan ibu kepada anak-anak dia. Bagi dia kecantikan tu satu bonus je la.. Tetapi kalau dia jumpa perempuan tak cantik, tembam, tetapi mempunyai ciri-ciri dia suka, mungkin dia akan tertarik. Saya tak tau, itu teori saya. Mungkin juga lelaki ni ego, dia tak suka perempuan berisi sebab dia malu nanti kawan-kawan dia ejek, sedara mara ejek, dsbnya.

Cuma saya nak pesan kepada awek-awek chubby, jangan selalu rasa rendah diri. Jangan biarkan emosi rendah diri menguasai semua kelebihan awak. Kalau belum ada jodoh, redha je, bukan awak sorang je, ramai lagi awek malatops luar sana pun belum ada jodoh. Cube tengok Ella si artis tu.. dari muda dia cun, manja leleh-leleh, tapi belum ada jodoh gak lagi.. Kita tak tau perancangan Allah untuk kita. So keep it cool, banyak benda menarik boleh buat, kumpul duit, cukup duit bawak emak dan adik-adik pegi berjalan ke... beli kereta.. Selalu ingat, walau kita tak der suami/bf, tetapi kita ada family yang membahagiakan kita, jangan lupekan mereka.

Jangan stress, nanti nampak tua. Mungkin kaum lelaki ada persepsi mereka sendiri. I dunno...
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino