Tuesday, October 06, 2009

Bancau dan ABC Pegaga


Minggu lepas terjumpa salah seorang yang berguru ngan saya membuatkan cupcakes, dengan nada agak kecewa, dia bagitau dia dah 2-3 kali try buat cupcakes guna resepi yang sama cam saya bagi, tapi tak jadi kata dia, siap beli barang kat kedai yang sama ngan saya. Bagi saya itu biasa, kerana cara kita buat mungkin berbeza. Saya ada bagi no telefon saya dalam kelas tu, dan pesan, kalau ada apa-apa call la tanya, saya akan bagitau kalau benda yang ditanya itu saya ada jawapannya.

Bila dia mengeluh dia tak berjaya buat guna resepi saya bagi, saya pun sedikit ralat. Tapi saya aga terkilan, bila ada ayat dia, mungkin saya berahsia dan tidak beri resepi yang betul. Kalau kawan-kawan rapat saya macam macam tu, mau saya laser empat lima harkat. Ko tak reti buat, ko kabo aku tak bagi resepi betul. Mujur saya waras dan masih mesra melayan dia. Saya tanya macam mana cara dia buat? pukul butter, gula berapa lama, masuk telur macam mana?? lepas masuk tepung macam mana?? Suhu oven macam mana? bakar berapa lama? Setelah dia cerita baru saya rasa tau kenapa cucpakesnya tak menjadi. Ini teori saya :-

* pukul butter dan gula ok dah, (dari apa dia cerita la) cuma selepas masukkan tepun sedikit demi sedikit, dia beat semula adunan tu agak lama. Tepung pula masuk sedikit.
Kesilapan dia kat sini ialah - selepas masukkan tepung ke dalam adunan, jangan beat lama sangat, kalau boleh jangan lebih 3-4 minit. And kalau boleh kalau takat tepung 270gram tu, 2-3 kali humban tepung cukup le, jangan le pakai sudu, pegi humbang tepung dalam adunan 3-4 sudu, pastu beat, pastu masuk lagi 3-4 sudu, beat lagi, berapa kali cedok nak abeh 270gram tepung dik?? Bila over beat tepung, itulah jadi kek bantat, naik gebu pastu turun, and tekstur cake jadi aga keras, tak gebu. Total over dari start beat butter, gula and masuk tepung semua tu janganlah over 11 minit, paling lama pun 10 minit je la..kalau bantai sampai 15 minit dok bancuh adunan je. Kalau nak dapatkan kek choc yang moist, tu pun petua dia, jangan terlebih pukul tepung hok dah campur adunan butter noooo..

* suhu oven, kata dia dia guna suhu oven dia 180 celcius. bakar dekat setengah jam satu tray tu. Erkkk ni pun salah satu sebab, suhu dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing, tak semestinya suhu tu tepat, sebelum saya guna oven beso yang ada infa red dan suhu yang cun ni, saya pakai oven pensonic putih je, kalau resepi kata kena bakar 180 celcius, saya kena bakar sampai 210 celcius baru dapat suhu yang cun, dan elok dibakar dengan masa yang cun. Ok kalau oven cap ayam cam oven lama saya tu, suhu kita boh 180 celcius, kita berharap dia boleh membakar macam oven canggih dalam masa 15-20 minit, simpan harapan itu ye, kalau letak suhu 180 celcius, musti kena tunggu lebih setengah jam baru elok menguning kek dibakar.. tetapi for cupcakes, biasanya jangan le bakar lebih 20 minit, kek tu dah tak lawa... lekang, tak gebu.

Ini saya cakap berdasarkan pengalaman, dulu-dulu saya buat kek memang kurang menjadi, padahal dah ikut resepi bagai.. tetapi hasil dari perbincangan dengan kawan-kawan geng berniaga cupcakes/cake ni, kita discover, untuk dapatkan kek yang sedap dan gebu, suhu oven, cara kita beat butter, gula telur bagai tu kena ada caranya, bukan main taram je. Kalau anda seorang yang amat berbakat dan diberi kelebihan buatlah kek guna peralatan apa pun jadi, itu lain la, pakai mixer dan oven cap ayam pun kek jadi sedap. Tapi set-set umat tak berapa terrer cam saya ni, peralatan baking yang sempurna itu membantu kualiti kek dihasilkan. itu sebab bila balik kampung kami buat kek pakai hand mixer and oven cap ayam, tekstur kek yang dihasilkan tak sama, sebab nak adjust suhu oven je kena at least sekali bakar baru leh tengok rentak oven tu.kalau pakai mixer besar, beat takat 7-8 minit pun dah ok, tapi mixer tangan ni mungkin kena lebih lama, dan semua ni mengambil masa dan kesabaran kita, try and error, try and error.

itu antara tips yang saya boleh share la kan.itu sebab bila kita pegi kelas baking, ada orang tanya soalan berapa lama nak beat telur? butter, masuk tepung chef yang ngajo tak kabo dengan tepat,dia akan cakap ikut mixer kita, jadi benda ni tak leh berpandukan timing masa semata. Cemana acik nak explain ek..kang salah explain orang kata kita berlagak, nak tunjuk terrer, padahal diri sendiri pun tak terrer mana kan... taper la apa yang saya tau, saya share je la..kalau salah kot ada chef-chef lain baca tolong le betulkan, kot la chef hani liza, chef farid ke baca blog ni tlg la betulkan mana hok salah.

ok tamat cerita kek

Ingat dak semalam saya bagitau pegi seksyen 2 shah alam pekena bancau dan ABC maha sedap kat gerai pegaga?? acik udah cari balik pic lama air bancau tu..
nilah ropenya... maha sedap sungguh la hai..

Iniler ropanya bancau tu.. tokei pegaga ni kalau cari bancau pegaga kat google, sure jumpa punya blog ni.. harus terima kasih kat gue tau.


Dah tu ABC dia pun sorga gak..sedap, siap ada ais krim, ada coklat leleh-leleh.. berapa kalori ada tang ABC sudah masuk tekak.. hiks..tp satu mangkuk tu kami makan share 3 beranak, rasa-rasa sorang sikit, tapi tukang makan banyak si Abang le.

Eiii sape lagi orang shah alam nak order cupcakes weiii sile order, dan janji jumpa kat seksyen 2 ek..acik nak minum bancau kat gerai pegaga lagik... moh order moh.. Fibie ko tanak order ke?? order la..order... kambing-kambing gembalaan ko tanak makan cupcakes ke??

Geng info, kita tader geder-geder ke raya ni wei?? jom la.. An orang kaya gombak, dengan kata beli rumah sebiji lagi, kayo sungguh aih pakcik ni beli rumah macam beli ikan kat paso borong je. bila lagi nak open house rumah baru??
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino