Monday, October 05, 2009

Kami beraya dengan artis-artis AF gituk..


Kelas kan..beraya ngan artis gitu.. bukan kita pegi rumah artis, artis lak beraya ke rumah kita.. Best...

Propa je lebey.. bukan umah kami..tapi umah jiran kami lerrr

Tahukan kalian ada itu peraduan GAYA RAYA MAMEE?? Rupenya depa dah ada pemenang, dan pemenangnya pulak ialah jiran depan lorong rumah kami..hiks.. rumah budak bujang lak monang nye..

Mula tu ada jemputan rumah terbuka di letak dalam peti surat rumah kami, ada 3 nama penjemput, kami pun moskil, ishkk naper lak sampai 3 org?? Takkan budak bujang buat open house jemput setaman lak ni. tapi kami biarkan kemoskilan itu. Sehinggalah Sabtu pagi tu, darling ai keluar sementara ai sebok menyiapkan beratus-ratus cupcakes yang ditempah orang, bila darling ai balik je dia kabo. Ehh meriahnya open house jiran depan ni, ada 4-5 biji khemah, siap ada banner-banner radio ERA, pastu kami pun cam pelik.. eh ada DJ Era ke duk kat area rumah ni? Pastu tengahari tu dah dengo-dengo ada lagu-lagu berkumandang bagai, kami rileks lagi, pukul 3 baru gerak pegi open house, udah sampai barulah tau, budak bujang ni pemenang utama peraduan gaya raya mamee tu, dan dapat buat open house percuma.

Wahhh rezeki la dapat makan aneka makanan, dan jumpa lak artis-artis AF, macam Hafiz, Mila dan Aril. Meriah ouls.. Mrasalah beraya dengan artis. Budak-budak DJ ERA pun ada, kecoh la kan bebudak tu semua, ada Burn, Adi, Nana, Reza dan Ray. Seronokle juga, sambil makan sambil depa buat lawak-lawak kat pentas tu. Udah nama pun teman blogger tegar, ape lagi, kamera sokmo ada la kan..apa lagas.. snappy..snappy le..

Photobucket
Alahai cik Mila ni kecik je orangnya. size kanak-kanak occay.. gue rasakan budak pompuan pakai baju biru yang berdiri sebelah dia tu lebih kurang sama beso je size nya.

Mrasalah kan bergambo ngan artis katanya kannn
Photobucket
Si Hafiz suka beno agah Baby Q, berkali dia try nak ambil Baby Q, tapi si kecik tu tanak, terakhir, percubaan dia nak suapkan makanan ke Baby Q, tapi baby Q ai malu-malu gituk..hiks..

Gituklah kesah kami beraya ke rumah jiran kami hok menang gaya raya mamee, tuan rumah, acik amek pic letak sini ye.. kira aci le nooo...

Balik je dari open house tu acik terus menyambung kerja-kerja mendeco cupcakes. Kena siapkan hari ni dan malam ini juga, sebab esoknya (Ahad) bibik mintak cuti, dia nak pergi beraya dengan anak-anak sedara dia kat Puchong, and kami pun nak beraya ke Shah ALam.

Ni lah hasil tungkus lumus acik.. siapkan juga malam tu sekitar jam 2 pagi. Ermmm menjadi penjual cupcakes ni, memang letih, hujung minggu memang pack, tak pernah cukup time tido. ape nak buek, harapan orang udah menempah, jadi saya berusaha memberikan yang terbaeeekkkk.. itu sebab saya selalu limitkan order, tak mau ambil order banyak sangat, penat ooo..
Photobucket

Ahad tu pagi pukul 10 kami dah keluar, mula-mula anto kek ke Jalan Klang Lama, lepas tu pegi Subang anto kek dan cucpakes yang my senior kak Anis tempah untuk birthday anak dia, Kak Anis skrng tengah buat PHD, dia jadi lecture kat UiTM, seronok pulak bila ada blog ni, dan jumpa balik senior junior dolu-dolu, seronok lagi borak ngan kak ANis, sebab kami sama Kedahan. ehehehe.

Lepas anto kek kak Anis, kami pun hantar bibik ke Puchong, aduhaiii bibikku. Memang lucu dan geram pun ada, kitarang jadi cam blur sesangat nak nganto tu, menalipon anak sedara dia tanya rumah kat area mana, katanya Puchong, tanya Puchong area mana? nak tunggu kat mana?? katanya tunggu kat kedai Karina, macam le kedai tu top benoo sabau je haku.. selepas usaha bercakap umpama ayam ngan itik.. akhir tau juga, Puchong hok dia maksudkan ialah kawasan area Putra Height. Belakang situ, kampung Bukit Lanchung ke apa tah.. clue dia bagi dekat Giant, boleh jalan kaki.

Udah sampai Giant, manolah ada kawasan rumah panjang pekerja2 Indon ni tinggal, call lagi, katanya terus lagi sampai jumpa rumah tingkat 10, hah???? rumah flat ke apa??? pening acik dan laki acik nak faham, kemudian kami nampak ada tulsi seksyen 10, agaknya dia maksudkan seksyen 10, jalan lagi baru nampak rumah flat 10 tingkat, ahahaha kami pun agak-agak, dia nak maksudnya terus lagi sampai jumpa rumah flat 10 tgkt. ADuhhh!!!Puaslah kami cari, pusing sana sini, akhirnya jumpa juga, udah jumpa kawasan kampung tu, misi mencari Kedai Karina pulak.. puas tanya sana sini, sorang pun tatau. Call lagi anak sedara dia, katanya cari jalan ikan keli, udah jumpa jalan ikan keli, banyak pulak jalannya, jalan ikan keli 1, 2, 3 bla..bla..call balik tanya ikan keli berapa, katanya ikan keli 9. Paling takjub kitaorang berhenti tanya satu mak cik ni, katanya jalan ni sampai Ikan keli 6 je..

Adoii mana mai pulak ikan keli 9 nih??? last-last saya tanya mak cik tu, ada tak kawasan tempat tinggal pekerja Indonesia, dan ada kedai runcit dan kedai makan dekat-dekat situ. Kata makcik tu kata cubelah sampai jalan hujung ni kang ada terowong, sebelum terowong, ada kedai runcit dan kedai makan kat situ, kat situ memang ramai pekerja Indonesia, cube tanya. Last-last nampaklah dua orang mamat tunggu tepi jalan, depan kedai, jadi kami pun agak-agak itulah gamaknya anak sedara bibik, dan rupanya betul... hadoiiii fening acik tau... Kedai Karina yang dia kata tunggu kat situ cuma kedai kampung takder signboard pun..korang bayangkan camner kami mencari dari Putra Height, Giant, segala kedai kami usha, rupanya itu cuma kedai kampung, yang betul di pinggir kampung jauh ke dalam... huwaaa makan hati beb...

so sementelah bibik jumpa anak-anak sedara dia, kami menghala ke Shah Alam, mula-mula pegi Seksyen 2, biaslah tempat nostalgia, udah upgrade itu tempat occay, terus cari gerai minum pegaga, haruslah menikmati Bancau dia yang maha sedap tak jumpa lagi bancau kat tempat lain sesedap bancau itu. Then pegi beraya rumah kengkawan, lepak sana sini, sampai jam 6 lebey gerak nak jemput bibik balik. Adoiii la selalu anak dara den duk ngan bibik kat belakang, ini kali duk ngan omaknya... adoii letih ooo lasak kemain anak dara den.. tak mau dah duk atas car seat dia. nak berdiri occay. mujurlah Mr. Grey tu boleh turun kerusi tengah, acik duk row belakang sekali, dan dirikan anak dara tu.. gitulah gaya dia dalam kereta, tak mau duduk, nak berdiri gitu, terpaksa acik lak bersila bawah tu sekali.. Yeay..i like MPV, walau size kecik cam Mr. Grey, tapi masih luas kalau takat duduk 3-4 beranak. Insya-Allah kalau acik kayo acik nak beli ESTIMA, hahahaha bilalah acik nak kayo ye dak..berangan je dulu occay, sementara nak kayo, acik berangan le Mr.Grey tu cam Estima boleh la ekkk.

Hazab occay nak cover dia sepanjang perjalanan, takut dia jatuh ke, darling emergency break ke hapa. adoilah adik. Dah tu kalau pegi makan ke, berhenti solat ke.. bukan dia nak dukung dah..dia nak berjalan occay.. jalan pun lesen L lagi, kenalah kita pimpin tangan dia. sampai lenguh kita bawa. Dia tetap nak berjalan sana sini, tak mau duduk-duduk diam. harus sikit hari lagi boleh berjalan sendiri, jenuh mengejar pulak hamba, boleh la omaknya selim sikit kot..ahaks.. Memang bezalah dengan abangnya dulu agak kurang lasak, si adik ni baby enfagrow kot, kata orang baby enfa-enfa ni memang extra sikit lasaknya, ada je benda depa nak explore, acik kureng percaya ropanya tepat ye..memang lasak beb..
Photobucket
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino