Wednesday, October 07, 2009

Adat budaya kita


Pengumuman khas buat geng INFO96, sile tengok email korang ek, kat yahoogroups kita tu.. kat facebook... cadangan geder to geder.

Tarikh cadangan ialah
18 Oktober (Ahad)
time pukul 2-6 ptg malam
venue-rumah aku, (tp korang pot luck atau tong-tong kita katering je la

reti-reti nak sms aku ke.. atau nak check facebook ke hapa ek..jangan esok ngada kata tak tau.. mau aku laser 80 harkat. Ady tepak sireh ko dah lupe kami ke?? tanak jumpe kitaorang ke..tau la kasta kita tak sama..tapi ingatlah kenangan kita menapak ke kelas bersama-sama..uhuks..ayat sedey ni.. Sile rasa bersalah pada kawan-kawan ek.. Manjang turun KL, tapi takder pun nak jumpe kami yang kasta bawahan ni..

Ok..ok..itu pengumuman untuk kengkawan saya sajork..depa ni jarang check email, tapi dok lepak kat blog ni, jadi sesekali jerit kejap kat sini no...

Eh minggu lepas tu kan saya boh entry waffle tu kan.. ramai ek korang pergi membeli waffle maker tu kat yummie tu ek.. yang call saya direct tanya kat mana area kedai tu ada la 4 orang, yg ym pun ada dua tiga orang.. bagus-bagus.. sharing is caring. Insya-Allah untuk makluman, saya bab-bab sharing-sharing info ni tak kedekut aiihhh tadar rahsia-rahsia, jadi tak payah buruk sangka ngan saya, saya terus terang tak suka. Tak dinafikan lah, memang ada orang yang berahsia, tak boleh share-share resepi, orang camtu boleh blah la..tak mashyuk la ngan saya. Saya ni, orang mintak resepi kek saya buat jual tu pun saya bagi, mintak resepi buttercream semua-semua saya beli..cuma kekadang ada yang anto email, lambat sikit saya balas.

Dan semua-semua orang email tanya apa-apa pun biasa saya jawab. Cuma kekadang ada gak le rasa terkilan.. ada yang email tanya itu ini, dah tu bila kita reply senyap, kota le nak cakap terima kasih kak pnut kerana bantu saya, taper la.. tak der beso mana pun kita nolong dia, tak pakai kudrat pun. Cuma kalau yang bertanya tu anak-anak buah teman..ape lagi kena laser 100 harkat le. Sama cam kalau menegur orang kat YM, tak berkenan le saya kalau orang nak tego saya dok buzz..buzz.. kalau anak buah saya atau adik-adik yang agak rapat yang saya, memang saya sound je, barulah terkulat-kulat sori mori, tak reti ke nak tego orang menaip salam kak pnut, salam wenco..ni dak nampak kita onlien dok buzz-buzz..sekali haku buzz bebetoi kang baru tau. tandori payat punya silat acik kasi kang.

Biasa kalau depa dok main buzz-buzz, saya akan terus taip balik Asslamulaikum dik.. penuh lagi.. tak paham gak tatau le.. ye la acik kolot.. tapi sungguh la kalau kita sendiri tak jaga adab tatasusila budaya kita, harus lenyap dek kita ambil mudah semua perkara. Sama gak adab menjemput. kami laki bini memang pandai serius bab jemputan ni, tak kira ke, jemputan tahlil ke, kenduri doa selamat ke apa.. mungkin dibesarkan oleh orang tua yang serius bab jemputan ni, jadi kami dah biasa. Kalau kami menjemput orang ke jamuan rumah kami, biasanya kami akan kata jemput seisi keluarga, malah kalau masa tu ada sedara mara atau kawan-kawan datang ke rumah jiran tu, kami jemput sekali.

Pernah suatu masa dulu ada jiran yang menjemput kenduri akikah anak dia, saya, darling dan masa tu emak saya pun ada, jiran ni bagi salam dekat hubby, dan cakap "aku jemput kau datang umah aku esok malam, bla..bla..bla.." tapi dia tak cakap aku jemput kau anak beranak, sesiapa ada dalam rumah ni. Jadi saya dan suami anggap jemputan tu untuk dia sorang, mungkin dia buat kenduri dan tahlil tu untuk jemputan lelaki sahaja. Jadi saya tak pegi, bukan saya sorang beranggapan begitu, ada jiran lain, kakak ni pun kata si polan tu just jemput suami dia, tak mention dia dan anak-anak, jadi dia pun tak pegi. Tapi bila sampai rumah kenduri, wife tuan rumah tanya, mana isteri tak datang, huhuhu serba salah pulak hubby nak bagitau.

Jadi moral of the story anak-anak sekalian.. kita semakin hari semakin dewasa, kalau dulu kita bujang, semua kita hentam kromo.. masa tu muda belia, umur belasan tahun atau awal dua puluhan, kemudian berkahwin, bila berkahwin kita kena belajar banyak benda, termasuk bab-bab jemputan tetamu tu.. so kamu-kamu sekalian, kalau kamu baru kawin, baru ada keluarga dan berhajat hendak buat makan-makan sila jemput dengan beradab. Kalau pun nak buat makan-makan untuk kawan-kawan, tetapi setidak-tidaknya jiran sebelah rumah kita bermanis mulut jemput. dia nak datang tak datang terpulang la, saya ni memang selalu buat makan-makan kat umah, walau buat makan-makan untuk kawan-kawan saya akan sms jiran-jiran yang paling dekat, bagitau saya jemput kawan-kawan datang makan-makan kat rumah, jadi saya jemput awak sekeluarga sekali ke rumah. Alaa kekadang jiran kita bukan nak datang pun, dia pun segan dan faham, tapi adat berjiran, kira menjemput, kalau jiran tak datang juga, sampai ke petang, saya akan simpan makanan dan kirim ke rumah dia. gitulah adat budaya ajaran emak dan arwah abah saya.

I dunno mungkin gaya hidup moden kita, membuatkan semua nilai kejiranan tu hilang. Cuma kita sebagai orang dewasa, tanggungjawab itu ada pada kita. Kalau kita sendiri tak pelihara, memang hilang lah. tapi saya untung dapat jiran yang best. Tak gitu kak Zah.opsss Dr. Norzah.. jiran sebelah kami memang happening, kot kami malu pegi raya rumah depa ramai-ramai..tapi makanan tetappp sampai ke rumah... terharu kitaorang.. dan jiran kami hok suka melancong ni, kalau ke luar negara, ada je ole-ole untuk bebudak ni. sampai nak sogan kami.
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino