Ini entry makluman, entry baru dibawah sinun..
Kawan-kawan..
kamu berminat membuat kebajikan?? tapi tak der geng nak join?? atau nak buat kebajikan tapi tak tau macam mana?? meh sini meh, kita bersama-sama membuat kebajikan bersama-sama..
Seorang pembaca blog saya, iaitu Puan Kak Hazwah kita sangat berhati mulia.. Dia ambil tapak kat Flea Market Serdang, Cik Kak ni beli buku terpakai, novel, majalah, dan kemudiannya dia jual semula kat tapak Flea Market ni, dan hasil jualan ni dia akan sumbangkan kepada rumah kebajikan.
Tadi Hazwah call saya dan kami borak-borak pasal perkara ini, maka.. saya dengan ini menggunakan kuasa veto yang ada pada saya, ingin mengajak dan menyeru anda semua menjadi sebahagian dari yang menjayakan projek ini, kalau boleh saya paksa, saya nak paksa, tapi kita nak buat pahala, mana boleh paksa orang. Jadi siapa suka rela nak menyumbang boleh berbuat demikian. Kalau sebelum ni Hazwah beli buku, kemudian dia jual semula, tapi saya ingin memohon dan merayu pada kalian semua, daripada novel-novel yang korang rasa tak berapa nak best dibuat koleksi, atau dah banyak beno novel, buku sampai tak muat nak simpan, ape kata korang dermakan kepada kami, dan kami akan jualkan kepada orang lain yang ingin membeli sambil berbakti. Ingat tak penat kat Hazwah berjam-jam jual buku kat tapak Flea Market tu, tapi nan ado dia kayo dengan jual buku terpakai, dia dapat untung masuk tabung cap ayam, simpan dia nak kasi kat rumah kebajikan. Takat kudrat dia sorang berapa sen sangat pun dia dapat kumpul.
Hasil perbincangan saya dengan Hazwah, saya cadangkan jangan fokus pada buku, majalah semata, kita kumpulkan baju-baju anak-anak kita hok elok-elok lagi, kita jualkan. Kalian sumbangkan ikhlas dari hati..Insya-Allah ganjaran di akhirat nanti berbaloi-baloi..
Jadi, kalau anda seorang ibu atau bapa, mari kita ajar anak-anak kita berbuat kebajikan. Sama-sama kita terangkan kepada anak-anak kita, ada kawan-kawan sebaya anak-anak kita tinggal di rumah kebajikan, tanpa emak dan bapa, tanpa pakaian yang sempurna, rumah kebajikan yang mereka tinggal itu perlukan duit, untuk beli barang makanan, beli ubat kalau diaorang demam, sakit, jadi mari kita tolong kawan-kawan mereka untuk tambah duit rumah mereka. Ajak anak-anak kita duduk depan almari, pilih mana baju dia yang masih elok (yang boleh dijuallah, kalau dah lusuh sangat, buat lap pinggan mangkuk je ek...) yang mana kita rasa, dah tak muat untuk dia pakai, tapi masih elok, kita suruh dia masukkan dalam plastik dan bagitau dia, ok kita bagi baju ni kat kawan Mama/Ibu/Ummi/Papa/Ayah/etc.. nanti diaorang akan jual baju ni, dan duit tu nanti diaorang aka serahkan pada kawan-kawan adik/kakak/abang di rumah kebajikan.
Selain kita ajar dia mengemas almari, kita ajar dia juga kenapa perlu derma, kenapa ada kawan-kawan dia kena tinggal dirumah kebajikan, dan kenapa mereka harapkan derma dari orang-orang macam kita. Saya selalu pesan kat si abang, setiap rezeki Allah beri pada kita, ada hadkan, kalau terlebih rezeki, kita kena kongsi dengan orang lain. Selalu saya akan bagi duit kat dia bila pegi pasar malam, dan akan suruh dia masukkan dalam tabung derma rumah anak yatim yang selalu ada tu, dan saya akan bagitau dia, itulah rezeki orang lain, itu hak mereka, kita kena beri. So kawan-kawan, marilah kita bersama-sama menjayakan usaha mengumpul duit untuk rumah kebajikan ini.
Insya-Allah anak-anak kita ni kalau dari kecil dah diajar begini, mereka akan membesar dan mempunyai hati yang bersih dan ikhlas. Saya juga mohon sesiapa yang berminat ni jadi volunteer juga untuk mengumpulkan hasil sumbangan kawan-kawan cyber ni. Kami perlukan 'agen' untuk jadi runner utk pick up barang nak donate kepada kita, contohnya kami perlukan volunteer area Shah Alam, untuk penyumbang derma area Shah Alam hantarkan buku2 atau baju2 yang diaorang nak dermakan kepada 'agen' ni, bagi area putrajaya/bangi Insya-ALlah saya boleh pegi ambil kat rumah tuan/puan, atau kita jumpa kat memana.. Please support ye. Siapa berminat nak join, tlg tinggalkan komen dan email... email penting tu.. kami perlukan 'agen' area PJ, Subang, Nilai, Gombak...aahhhh merata-rata la.. utara, selatan, pantai timur semua pun boleh, kumpul dan pos.. kos pos kita share-share le...
Kalau Hazwah keluar modal, keluar tenaga, abehkan duit minyak ke hulu ke hilir, penat terkejar sana sini, bukan untuk diri dia sendiri, kita sama-sama bantu ye. Jangan berkira dengan orang, baru orang tak berkira dengan kita.
Kalau anda seorang blogger, kalau takder modal nak update blog, boleh copy paste entry ni kat blog memasing, dan sama-sama kita panjangkan niat baik kita ni..
Untuk maklumat lanjut leh email saya (email ada kat tepi tu atau Hazwah hazwah@gmail.com (boh tajuk barang untuk derma) boleh juga sumbangan ni nak terus dihantar ke Tapak Flea Market (Car Boot Sale) kat Tapak MAHA, Serdang. Semua manusia dialu-alukan untuk merderma. Nak buat kebajikan tiada had..
ingat Sharing is Caring... Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima..