Wednesday, October 21, 2009

Kelas Cupcakes


UPDATE PUKUL 4.55ptg 21/10/2009
KELAS TELAH PENUH!
kekosongan 5 tempat telah diisi.
Pihak Pnut Cupcakes akan cuba untuk mengadakan kelas siri yang lain memandangkan permintaan yang mengalakkan.
Maklumat lanjut akan diberi pada masa akan datang
segala kesulitan amatlah dikesali.
sekian, terima kasih

ajid (PA Pnut -arini jer pun):D


Salam semua...
Hari ni sebenarya mood kurang mari nak tulis blog...
Kerja berlambak, nak mengarang pun tader ilham, entry dalam draft semua dah dipakai.ehehe tader entry-entry spare dah..

NI time lunch, berhenti rehatkan minda..

Ingat hari tu saya ada buat kelas Cupcakes untuk Pu*panita JP* kan?? so selepas entry tu ramai sms dan email tanya pasal kelas cupcakes, dan saya janji nak buat cuma tak tau bila saja, tup-tup dah masuk posa, then musim raya.. ada hok kejap-kejap YM tanya bile nak buat kelas..eheheh sapa la tuuu...

So dengan ini saya umumkan... saya akan adakan kelas cupcakes kat umah saya le.. di Desa Pinggiran Putra, (betul belakang Putrajaya, dekat je ngan PICC, tak sampai 5 minit pon kalau dari PICC tu)

maklumat lanjut kelas seperti berikut

Tarikh : 31 Oktober 2009

Masa : 10 pagi-sampai selesai (dijangka sekitar jam 3 ptg)

Bayaran : RM80

Tempat : Kat Rumah saya sape minat boleh tgk map dan alamat kat blog cupcakes
SINI

Peralatan perlu dibawa :
Gunting
Kain/tisu roll utk lap mengelap
Apron

erkkk tu je kot korang perlu bawa, selain bawa diri eheheh, lelain semua saya sediakan. Makan tengahari pun saya sediakan.

Tempat cuma terhad kepada 5 orang saje tau.. sekarang dah confirm 2 orang, so tinggal lagi 3 tempat je lagi.

Untuk makluman, kelas ini untuk beginner, untuk yang tak pernah deco cake, tak pernah kenal nozzle-nozzle, kira pengalaman tak der la.. Saya akan ajar buat choc butter cake ni tunjuk step by step.. then saya akan bagi resepi buttercake, saya akan tunjuk camner nak buat buttercream, dah tu deco le.. Insya-ALlah akan ada berbelas patern yang boleh dipelajari..

Kelas ini sesuai sangat untuk mereka yang malu-malu nak pegi kelas deco cake kat tempat belajar biasa, kerana hanya ada 5 orang je dalam kelas, and ajar one to one, tak der konsep malu-malu, leh tanya soalan ape pun.. baut tak lawo kita betulkan sampai lawo.. U all akan try and practice atas cake board dulu, dah terrer baru buat kat kek.

SO kalau anda seorang suami, dan isteri anda tidak bekerja, dan ingin menjana pendapatan tambahan, boleh datang.. very limited kepada 5 je ni... Selepas ini saya tak tau le bila nak buat lagi... Kalau anda seorang adik ada kakak tak kerja, bolehlah cadangkan dia datang, atau kalau anda sendiri teringin nak buat cupcakes sendiri boleh datang juga...

ape-ape leh sms saya untuk book tmpt, once dah full saya akan umumkan kat sini udah penuh...

thanks..thanks...thanks....
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino