Saya terima email dari sorang pembaca blog ni
Dari seorang lelaki.. jarang dapat email luahan hati dari seorang lelaki...
ewahhh luahan hati katanya, macam cik seri siantan lak..ehehehe
ye la..memang mak pnut selalu juga menerima email ala-ala luahan hati.. ada benda saya rasa leh share kat blog untuk panduan orang lain, dengan izin pengirim, saya paparkan, wahh ayat..paparkan.. skema giler. Dan ini email semalam saya terima dari salah seorang pembaca.. so let the copy and paste do the takling beb..
petikan email
"Salam kak Pnut, saya F****, saya ni dah lama baca blog akak, lama tak lama, seingat saya, dari saya student (3 tahun, habiskan degree, setahun dah kerja, dan sekarang dah setahun berkahwin, dah anak sorang baby) kiranya family akak tu dah macam sebahagian dari apa yang saya perlu tahu, ye la dah lama membaca blog akak, so memang dah jadi satu kemestian, saya mesti baca blog akak, kalau out station ke apa, balik je khatam blog akak la.
Kak, saya nak share sedikit perasaan saya bila akak ada mention pasal masakan emak dalam entry waffle akak hari tu. Kak, saya pun lalui seperti mana kawan akak yang emaknya tak suka masak tu. Samalah macam saya lalui. Emak saya bekerja, emak saya bekerja sebagai nurse, jadi dah tentu kerja shif kan, jadi siang malam tak tentu kerjanya. Bila emak kerja kami akan tinggal di umah Mak Long saya, iaitu kak sulung ayah saya. Jadi kami adik beradik rapat dengan keluarga Mak Long, Mak LOng saya macam emak akak la, suka masak dan kami-kami ni sukalah makan. Berbeza dengan emak saya, walaupun hari dia cuti, dia tidak memasak, samaada dia belikan lauk, just masak nasi, goreng-goreng ayam, ikan cam tu lah, atau mak atau ayah akan bawa kami adik beradik makan kat luar. Itulah rutinnya.
So bila akak sebut tentangan keluhan kawan akak di hostel, tepat dan benarlah seperti apa saya rasa suatu ketika dahulu. Itulah perasaan saya. Bila melihat keterujaan kawan-kawan nak balik kampung nak makan masakan emak masing-masing, saya diam, tak der perasaan apa-apa. Saya lebih teringatkan Mak Long berbanding emak, kerana saya percaya kuatnya perasaan itu kerana tangan mak long itu yang menyediakan makan minum kami adik beradik bertahun-tahun. Air tangan Mak Long dah banyak masuk tekak kami. Akak tau dak, ada sekali saya balik dari hostel, kebetulan mama saya cuti 3 hari masa tu, saya teruja juga sebab terasa kotlah ada kelainan, tapi tak der kak, saya sampai rumah petang tu, mama just sediakan meggi kari je, ye la walau dia masak mee tu kreatif la juga, letak daging, sayur, udang, tetapi bagi saya, takat nak makan meggi kat hostel dah berbungkus saya telan, tak tau la nak kata perasaan tu macam mana, tapi saya makan juga demi menjaga hati dia. Tak tau nak kata perasaan masa tu macam mana, hambar je bila balik rumah mama.
Tetapi perasaan jadi kisah bila saya dah masuk universiti, saya dikeliling dari kawan-kawan dari pelbagai latar belakang, saya terbuka minda sikit, lebih bermakna kawan-kawan saya yang dari kalangan orang-orang tak berapa senang, emaknya duduk rumah tak bekerja, tetapi kekuatan emak-emak macam ni sangat melekat di hati.
Kak, dari unviversiti saya berazam hendak cari calon isteri yang benar-benar dapat menyemperunakan dirinya sebagai seorang isteri. So dari universiti saya ada juga usha-usha awek-awek yang ayu-ayu ni.. kira jenis pompuan melayu terakhir la. Ada juga yang saya berkenan tapi derang pulak tak berkenan kat saya, kui..kui..kui.. ada juga yang saya bekenan giler-giler.. tapi dah orang lain book dulu. Maka solo la saya sampai grad. Kat universiti saya ada kawan baik, dia orang Perlis, selalu juga saya ikut dia balik Perlis, (saya orang Selangor) dalam dok ikut dia balik Perlis, saya jadi rapat dan baik dengan emak dia, bila dah kerja saya saya masih single, dan saya nak cepat-cepat kawin, saya nak dapatkan kembali hak-hak saya sebagai lelaki yang patut dimanjakan oleh seorang perempuan hahahah terukkan.
Satu hari, saya ikut kawan baik saya balik kampung, dan ada sekali saya ikut kawan saya ni pergi rumah tok wan dia kat Jitra, di situlah cinta pandang pertama saya berputik. Saya berkenan sungguhlah dengan sepupu dia yang tinggal sebelah rumah Tok wan kawan saya ni, tok wan kawan saya ni dah uzur, jadi sebagai cucu paling dekat kat situ, sepupu kawan saya ni selalu mandikan tok wan, suapkan makan, masak makanan kat tok wan, bak kata dia memenuhi naluri lelaki saya la. Saya angau kak... Akhirnya saya suarakan hati kat kawan saya, dan minta emak dia risik-risik, dah tersurat, akhirnya jodoh kami la kan, tak lama saya kenal-kenal dia, dalam 5-6 bulan je, terus bertunang, mama saya agak menentang awalnya sebab awek saya tu minah kilang je kak, tapi saya tak peduli, hati saya dah suka. Last-last mama ok je la.
So sekarang kami dah kawen, dah ada sorang baby boy, Alhamdulillah kak, walau dia bukanlah isteri yang bijak kalau nak diukur dari segi pendidikan, tetapi cukup bijak dalam rumah tangga. Cekap uruskan makan minum saya, masa pregnant pun dalam mabuk kepayang, tak pernah dia abaikan saya. Walaupun dia tak larat sangat, tetapi setidak-tidak, ikan bilis goreng potong bawang dan sardin jadi juadah kami. Itulah yang saya cari kak. Saya tak mau nanti anak-anak saya lalui apa dah saya rasa, itu sebab saya carikan ibu yang terbaik buat mereka. Alhamdulillah isteri saya juga mudah mendengar kata, tak pernah kasar dengan saya. And now, jadi menantu kesayangan mama saya. Saya tak salahkan mama saya mungkin dia sudah biasa dari kecil dimanjakan nenek, diaorang ada orang gaji, jadi semua disediakan orang gaji kot, dan mama saya pulak anak pompuan paling bongus, jadi mungkin dia dah biasa disediakan semua.
BIla akak tulis entry lepas tu, saya sangatlah setuju, isteri sehebat mana pun dia, kalau tak pandai ke dapur, bagi saya, tidaklah hebat sangat. Keep on blogging kak.. saya suka cara akak, sinis, selamba tetapi tepat. Apa akak tulis selalu biasa je, takder ayat bunga-bunga, tetapi akak deliver message tu tepat. Akak educate orang-orang macam saya secara selamba. Wish that kita dapat jumpa nanti, saya nak kenalkan akak pada isteri saya. Walaupun isteri saya tak kerja duduk rumah je, tapi saya ajar dia guna internet, biar dia terbuka minda sikit, dan dia peminat hasil cupcakes akak tu.. Insya-Allah bila hero kami setahun nanti saya nak order gak cupcakes ngan akak.
Nota saya
*ada ayat pujian dalam email tu untuk saya, tapi saya tak boh la, kang saya ni ni riak lak..maklumlah dah sebati ngan diri bab riak tu, ahhaha tapi kelakar lak jugak, bila dia kata saya antara idola dia cari calon isteri..ahahah mujur ko tak cari bini gendut cam aku... hiks.. lawak betoi la..
*Moga kita-kita yang jadi ibu ini, ambil luahan hati ni sebagai panduan, kalau kita anggap benda ni biasa, cube kita fikirkan, biasa pada kita, lama kelamaan anak-anak makin membesar, mereka bergaul, tak banyak sikit mereka akan bandingkan kita dengan emak-emak kawan mereka. mereka memendam rasa.
*setiap ibu tu selalu nak pastikan yang terbaik untuk anak-anak dan berusaha menjadi ibu yang terbaik, moga kita semua sentiasa berusaha dan berusaha.

*budak anto email ni nulih gaya orang muda, bahasa short form banyak, saya gigih edit semula, leh tak korang kalau email kat acik, jangan guna bahasa-bahasa sms tu, acik alegik tau.
ok...Sharing is caring... itulah tagline saya..eheheh