Tuesday, August 25, 2009

Puasa Hari ke4, talam jagung dan terawih


Tolong sat aihhhh kepada follower blog saya yang ke 46 tu sile hubungi saya ok... ada tawaran hadiah untuk anda.. saya tak tau camner nak ke blog follower, eheheh, saya tak der umumkan hari tu, kepada follower ke 46 saya nak kasi hadiah, kenapa 46? sebab birthday saya ialah pada 4.6. Jadi saya mohon Azie Husin tolong contact saya ek..tinggalkan komen dan link blog kat sini ke, tinggalkan email ke.. saya ada hadiah ni nak kasi, kerana anda merupakan follower bertuah. Untuk follower seterusnya pun ada hadiah, tader saya nak bgtau follower ke berapa.

Ok dah masuk 4 hari berpuasa kan, saya gak belum lagi posa ni, ape nak buek, bendera merah pulak, memang dah agak pun, cuma dok haraplah kot-kot first day dapat puasa, ropanya first day juga bendera merah berkibar. Ishkkk...

Dua hari darling terawih di masjid, hari pertama kat masjid kat kampung tepi taman perumahan, hari kedua ke Masjid Sultan Mizan yang baru tu dengan si Lukman. Malam ke3 dan ke4 semalam kat rumah je, kerana training si abang tu solat terawih, dia nak sangat pegi ikut terawih, jadi babah kata biar babah ajar di rumah dulu sampai dia mahir baru pegi terawih di masjid. Si abang ni walau dia nakal, standard la kan budak lelaki, tetapi bab agama dia lembut hati. Bab mengaji pun lepas dah la, solat pun setiap hari Insya-ALlah cukup 5 waktu, walau kekadang emak dia terpaksa jadi Tarzan. And bile nengok babah dia pegi masjid terawih dia nak sangat ikut. Jadi Ahad malam tu babah ajar dia first lesson.

Photobucket
First time babah ajar dia terawih, depa bantai solat dalam bilik, udahlah bilik comel, solat ngam soi depan pintu bilik, acik nak masuk mandi pun tak leh, bila depa bagi salam, acik celah masuk sat, dah masuk mandi bagai, kena tunggu depa bagi salam lagi baru leh keluaq, jadi acik curi nangkap gambo ni, gelap tader flash le, gile ko org solat nak flash bagai, mau kena jerkah kang. ehehe.

Malam kedua training semalam la, acik dah warning suruh depa solat kat luar je, senang acik keluar masuk bilik, nengok darling ai pakai baju sama kan, eheheh biasanya darling ai akan pakai baju bile solat je, jadi baju tu dia akan pakai 2-3 hari pastu baru tukar. Biasa lepas solat dia sidai dan lepas tu berlenggeng tak berbaju aje. And baju solat ni dia pakai untuk solat je, nak keluar jalan baju lain. Pak cik ni teratur sikit orangnya. Kalah makcik oi.
Photobucket

Seperti kelazimannya, si abang akan bacakan doa, di sekolah agama dia dah hafal doa panjang lepas solat tu, (emak pak dia pun tak hafal wei..) jadinya setiap kali lepas solat jemaah memang dia akan baca doa tu supaya dia tak lupa.
Photobucket

Dah 3 hari puasa ni tahun ni sekali lagi kami berjaya puasa tanpa pasar ramadhan. Hari pertama puasa buat sup ayam, pastu celur bihun juga, jadi bihun sup, kuih, si Maksu buat ketayap inti daging dan kentang, dan Kak Nora jiran kami kasi buah Melaka. Hari kedua menu kami Keow Teow Kungfu dan Karipap Sardin (saja buat banyak sikit, frozen, nanti boleh makan lagi.

Last year kan saya cuti sebulan dalam bulan puasa, sebab Baby Q baru keluar NICU setelah 3 bulan duduk hospital kan, jadi saya cuti sebulan jaga dia sampai lepas raya. So last year saya jadi suri rumah tangga sepenuh masa, and baby Q sangatlah good baby girl, tido je, jadi saya boleh buat karipap, roti jala, donut, ketayap la, masak lauk pauk sendiri, so jimat la tak der pegi pasar ramadhan, kalau ada pun pegi beli air soya dan murtabak je.

So tahun ni saya keja,syukurlah acik keja gomen, masuk 7.30pg-4.30ptg, jarak opis umah 10 minit je, jadi koman-koman pukul 4.45 dah ada kat umah. So dapatlah masak untuk family, lagi mudah sebab ada bibik bantu, Baby Q macam biasa good girl, duk dalam walker je memain sendirian. Sebelum balik kerja, saya call bibik bagitau keluarkan ayam ke ikan ke daging ke, biar hilang beku. Bibik siap kupas bawang, halia bagai, saya balik masak je. So semalam teringin nak makan kuih talam. Maka acik carilah resepi kat blog KAK LIZA (Chef Hanieliza) dan bila ada keraguan sikit, terus call kak Liza tanya tips ni..ahaks.. Kak Liza ni humble dan sangat baik hati, tanya sikit abeh segala ilmu dia turunkan. Sayangggg akak.. Hahah saya nak beli kulit popia pun refer kat dia brand apa bagus. Ngada sungguh aiihhh.

So semalam kak Liza bagi tips Alhamdulillah menjadi, talam jagung saya, lemak manis semua cukup rasa. Cuma part bahagian bawah tu next time saya nak kena masak pekat sikit la sebelum kukus, agak lembut, tapi oklah memang sadap.. rasa cam puding jagung pun ada gak sikit bawah tu, Insya-Allah lepas ni nak try buat talam kacang merah.

Cakap banyak tak guna la kan..itu gambar kasi tunjuk la...biasaklah
Photobucket
hok gambar kiri tu lapisan bawah dia, tgh sejukkan kejap, nak masak lapisan atas lak.
hok kiri dah ready, dah siap potong baru teringat nak amek gambo. eheheh

Masuk pinggan bunga kaler pink tu, suruh si abang hantar ke rumah Kak Nora jiran kami yang baik hati tu. Dia dah hantarkan agar-agar santan sebelum tu. Jadi membalas bekas dia la.
Photobucket

Selain itu, saya juga sempat buat roti jala juga semalam, jadinya menu bukak puasa semalam ialah talam jagung, roti jala, cicah kari daging, pastu makan nasi lepas terawih, kari daging tu juga, dan bendi goreng belacan+ikan bilis, dan ada baki asam pedas ikan pari semalam tu punya.

Nak resepi ke??? Nah ambik (copy paste direct dari forum ni)
KUEH TALAM JAGUNG

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan jagung cream
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan
1/2 cawan gula

Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

Cuma tips kak liza, untuk dua lapisan ni, seeloknya lepas gaul semua bahan, masak kejap atas api, jangan sampai mendidih, agak pekat dan melekat sikit terus kukus. Bahagian atas bawah buat gitu...

Selamat mencoba...
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino