Salam semua terima kasih atas doa semua.
Baby Q dah keluar wad. Sehari semalam je kena duduk wad, syukurlah, kalau tak kelam kabut juga, dengan nak bersahur Jumaat tu, Sabtu kan dah nak posa.
Syukurlah tiada yang negatif berlaku. Tetapi once dah kena, it will be repeated. So lepas ni kena extra berhati-hati. Lepas ni kalau demam je memang saya akan cuti, tak kira apa pun saya tetap akan cuti, dan kalau dia demam, memang tak akan ke mana-mana, kami akan duduk di rumah je. Harap-haraplah ini yang pertama dan terakhir buat baby Q ni. tak sanggup la..tak sanggup sangat dah..
Buat u all yang ada anak kecil, tolong la ye, jangan amek mudah, jangan anggap remeh. Saya ni dalam berhati-hati...bagi ubat on time, check temperature, lap badan, leka sikit je benda berlaku. Kalau ikutkan saya mmg kat rumah masa tu, saya cuma keluar sekejap je, untuk berurusan mengirimkan wang bibik ke family dia, dia nak kirim duit sebelum puasa. Jadi sebelum keluar rumah saya dah pastikan suhu adik tak tinggi sangat, cuma ubat je belum bagi, kerana last adik makan ubat dia ialah jam 8 pagi,masa saya keluar rumah dalam jalm 11.30 pagi, and saya akan ambil si abang jam 12.55, and next ubat adik ialah jam 1.00pm sepatutnya, ermm tapi benda nak jadi apa nak buat, sebelum keluar rumah saya check suhunya tak sampai 38 darjah, so saya cuma pesan agar bibik lap je badan dia, bibik kata dia lap, cuma alesya dah ngantuk, jadi bibik kendong dia untuk dodoikan, dalam kendongan bibik benda tu jadi.
Mujurlah bibik bertanggungjawab, dia tak tinggalkan si adik sendirian, sebab berkali-kali saya pesan bibik jangan tinggalkan adik, bibik tak sapu sampah, tak kemas rumah, tak masak pun tak per saya takkan marah, yang penting lap dan jangan tinggalkan adik. Ermmm so please ibu dan bapa sekalian, bacalah tulisan saya ini dengan hati, bukan dengan mata sahaja, cukuplah kena pada anak-anak saya, kalau boleh jangan pada anak-anak korang. Panik bila semua itu berlaku. Tersilap langkah..ermmmm tak sanggup saya nak tulis, korang carilah info effect kalau fit ni terjadi kepada anak kecil. saya nak sebut pun tak mau. Ngeri.
Kalau korang dah pi button search kat tepi blog ni, dan dah taip najmi demam panas, tips demam panas, korang bacalah tips apa saya tulis yang lepas-lepas, jadikan panduan. Kalau korang nak print pun print la, cuma edit sikit biar teratur ayat saya yang tunggang langgang. Cuma satu saya nak ingatkan, ni dari pengalaman saya, teori doktor mungkin lain, sebab dia belajar teori itu, tapi saya lalui dari pengalaman. Kalau anak tengah tinggi suhunya..sebaik-baiknya, bagi dia makan ubat demam dulu, kemudian lapkan badan dia tanpa henti, biar sentiasa basah, kalau guna air asam jawa pun bagus.
Korang JANGAN..JANGAN..JANGAN..... JANGANNNN mandikan dia. please.. bila dia terlalu panas, korang mandikan, nanti dia akan menggigil, bila dia mengigigil, itu selalu terjadinya kejang atau sawan tarik kesan dari demam panas. Yang PENTING turunkan dulu suhu dia perlahan-lahan, sambil lap tanpa henti (katakan sejam.. dalam sejam kesan ubat demam yang diberi akan bertindak balas membantu meredakan panas badan) ok lepas suhu dia agak menurun, masa inilah baru korang mandikan, kalau BOLEH... mandikan dia dengan air suam, bukan air sejuk peti ais, yes ada doktor sarankan mandi dengan ais, tapi bak kata saya, doktor itu belajar dari teori, dan teori dia begitu, maka dia amalkan begitu. tapi saya bukan doktor, sekadar pengalaman.
Kalau suhu badan dia reda dan korang mandikan dengan air suam, mandilah biar lama pun, biar reda panasnya. Insya-ALlah nanti suhu badan dia akan reda. Alesya ni masih kecil bolehlah dibogelkan tinggal diapers je dan di lap badan supaya basah. Nanti dah beso sikit mesti marah bila kena lap, si abang dulu gitulah..nangis-nangis tanak di lap badan atau di letak tuala atas kepala. Tapi di paksa juga buat.
Terima kasih atas doa kalian di komen blog ni, di sms, di ym. Maaflah masa di wad tu saya agak kalut melayan kerenah alesya, tak sempat balas sms korang, even online YM tak sempat nak layan borak, kerana melayan kerenah dia.
Last... Selamat berpuasa buat semua.. Moga puasa kita beroleh keberkatan. Si Abang tahun ni dah 'big boy' puasa dengan aman, tak merengek, tak mengada-ngada langsung. Cool beb. Tahun lepas ada gak merengek, dahaga la..lapar la.. dekat-dekat nak berbuka buat perangai mengada-ngada, tapi tahun ni cool je, maintain. Even kitaorang pegi TESC* beli barang dapur pun dia ikut tanpa masalah, mulanya risau gak kang dia buat perangai ngada-ngada, tapi dua hari dia puasa dengan selamba je. Harap-harap dapat puasa penuh, tahun lepas tinggal juga 2-3 hari kot, sebab dia demam. So memang dia tak puasa sebab kena makan ubat.