Wednesday, August 26, 2009

Hari ke5 puasa Roti John cerita si abang


Hari ni udah 5 hari ye kita puasa. Alhamdulillah...
5 hari tanpa menjejak kaki ke PARAM lagi, tahniah buat diri sendiri.
Abehlah sepajang posa ni teman rase jenuh cerita menu makanan je la.
Iyolah kan, makcik pnut ni bukan pandai menulis sangat, kalau tiap hari update blog mane ada idea. Hiks..tader idea la sangat kan, orang update blog 2-3 perenggan, acik nulih berkajang-kajang...umpama kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu.. mueheheh

Jadi tuan-tuan dan puan sekalian....
menu kami anak beranak semalam ialah Roti John. Roti John ni amat mudah disediakan,

ni baru lepas bako, belum sapu mayonis, taruk timun dan kobis.


Ini udah letak mayonis, letak timun yang diparut dan kobis dihiris halus, taruk itu sos cili...yummy...


Hok ni dah siap sedia to eat la.. Dapat bagi Kak Nora 2 ketul, bagi Kak Zah 2 ketul, tinggal kat umah 3 ketul. Daging inti kebab masih ada lagi, makanyaaaa esok akan jadi kuih cara berlauk.. hiks.. mantaplah sekali buat inti leh buat dua menu beb..


OK meh kabo cemana versi sapinat punya roti john.

Bahan
Daging kisar ramly sebungkus
1 1/2 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sikti air)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
1 kiub ayam
2 ulas bawang putih (diketuk dan cincang)
1 labu bawang beso potong kiub-kiub kecik (bahagi dua, separuh buat tumis ngan bawang putih tadi, separuh bubuh masa inti dah masak)
garam gula la of course sesedap rase
telur ayam secukupnya

Cara dia
Tumis bawang putih dan bawang beso tadi
Then masukkan rempah yang dah bancuh tadi
masukkan serbuk lada hitam, lada sulah
masakkan sampai garing, (naik minyak)
pastu masuk air sikit, pastu masuk ler daging,
masak sampai kering air, pastu masukkan baki bawang tadi.

Tambahan tips :-
Cara nak buat roti joh tu..
*Roti tu saya pakai roti bun biasa, (kat tesco/carefour ada beli yg non branded, jgn gardenia ke high 5 ke tka best, lembut sgt)

*belah dua roti tu... panaskan kuali leper terlentangkan roti john tu means yng kita belah tu mengadap ke atas,

* daging tadi tu digaul dengan telur yang dah dipukul then tuang atas roti john tu. then balik-balikkan roti john itu,

erkk faham dak, tak faham petang kang teman ambik gambo...

Cerita si Abang...
Dalam umur 8 tahun dia makin matang. Alhamdulillah. Agak islamik juga pakcik kecik ni, Insya-ALlah kalau dia minat ke sekolah agama, mungkin kami akan hantar. Walaupun merungut penat terawih, tapi dia buat juga. pastu bila dia borak-borak ngan babah dia, dia suka bertanya bab agama, bab kisah nabi, dan baru-baru dia sebut teringin nak pegi Mekah, nak tengok Kaabah. Insya-Allah moga murah rezeki segeralah dapat ke sana. (tapi bile nak penuh tabung haji tu, asyik la bocor sana sini..hiks..)

Dia sekarang pandai menegur kalau tidak menjaga aurat. Kata dia, "mama, aurat perempuan tu muka dengan tapak tangan je," erkkk sentap juga emaknya, malu ouls.. tapi babah kata, kena tego elok-elok.. sebab itu mama, kena guna bahasa lembut-lembut. Cakap kat mama, mama ni cantik kalau tutup aurat semua... tegur elok-elok. Pastu kata dia, nanti kalau adik dah besar, kalau adik tak tutup aurat boleh kita marah dia tak? Babah kata boleh.. Abang akan jadi ketua keluarga no.2. Nanti kalau babah tak ada ke, abang yang kena jadi imam, kena jadi ketua dalam rumah ni bila babah takder. Dia angguk-angguk dan sengih.. wahh bangga le tu. Baru ni Mak su tanya dia "abang puasa penuh mama kasi hadiah apa?" selamba dia jawab kat mak su dia "ellehh puasa kerana Allah la bukan kerana hadiah, takder makna nya puasa sebab nak hadiah," eheheh kena sebiji mak su dia. Tapi memang sejak dia mula belajar puasa umur 5 tahun, kami tak pernah janji apa-apa hadiah kat dia.

Nakal tu nakal juga la, tapi banyak kurang berbanding dulu. Selalu juga kena marah, tapi so far dia boleh tau kenapa dia selalu kena marah. And konsep open kami dia boleh ikut, kalau dia rasa tak puas hati atau ada benda nak luahkan dia kena bagitau, mana mama dan babah silap, kami kena akui and say sorry kat dia, ye la kekadang kita 'termarah' dia pada benda dia tak buat, atau kita marah tanpa usul periksa. (Selalunya babah dia la..suka hot tak tentu pasal) Cuma saya perasan, dia banyak berubah, lebih mudah ditegur, lembut hati, dan ringan tulang bila minta tolong. Mungkin babah selalu pesan bab pahala-pahala bila menolong mama, jadi dia tak banyak merungut berbanding dulu, agak liat bila minta tolong.

Mungkin juga konsep memuji itu menyebabkan dia rasa dihargai. Saya pernah terbaca, anak-anak yang dibesarkan melalui pujian akan sentiasa rasa diri mereka dihargai. Yes saya admit itu. Memang kami suka puji dia, agar dia kembang lobang idung, contoh bila dia sudah solat, kena puji, pandai abang ni solat, pastu cakap kat adik, adik tengok abang good boy, abang pandai solat, pandai mengaji, nanti adik kena belajar dengan abang. Dia pun cam malu-malu kena puji. Tapi kesan pujian tu dia rasa apa dia buat dihargai. Harap-harap sikap dia berkekalan. Dulu saya agak risau bila dia ada adik, sebab ada kawan saya bagitau dia pun gap anak pertama dan kedua agak jauh, jadi bila si adik lahir, si abang cemburu, suka buat perangai dan tak mau mengalah.

Saya takut juga itu tejadi pada si abang, tapi tak rupanya, dia sangat good boy, sayang sangat kat adik dia, malah last year, adik dia dapat duit raya lagi banyak dari dia, tapi untuk buat dia tak sedih, kami cakap adik dapat sikit je abang lagi banyak.. rupanya dia kesian, dia cakap, taper lah mama ambiklah duit raya kita kasi adik, kesian adik, dia kecik lagi, kita dah besar taper, tak payah duit raya. Uhuhuhu terharu ai tauuu...

Now i know the feeling how to be a proud mom. Kalau emak-emak kita dulu susah nak dengor dia puji atau cakap, dia bangga jadi emak kita, atau bangga kita jadi anak dia kan? apa rasa kita?? sedih je kan?? tapi bila dah jadi emak baru tau..walaupun kadang-kadang tak luahkan rasa hati tapi sekarang baru tau, tak banyak sikit emak mesti gembira dan happy dengan kita bila kita bagi dia sedikit kejayaan.

Saya tau perjalanan si abang ni jauh lagi. Dan saya sebagai ibu tetap berdoa agar dia tidak tergelincir, biar dia kekal begitu, jiwa dan nurani dia terus begitu walau berdepan dengan seribu jenis kawan di masa akan datang. Moga dia jadi orang boleh mempengaruhi orang lain jadi lebih baik, bukan lebih teruk atau dia tidak terpengaruh dengan benda yang tidak baik. Takut sangatlah kan, dugaan membesar anak-anak sekarang.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino