Wednesday, August 05, 2009

Gaun untuk girls yang comel..meh pilih meh.. and Laskar Pelangi


Korang dah tengok filem Laskar Pelangi tak?
kalau belum silalah download dan tengok best sangat ouls. Gile punya best... beza ek giler punya best, dengan best jadi gila...

Ceritanya simple, sarat dengan unsur kemasyarakatan. Jurang kemudahan pendidikan sekolah pondok di pedalaman dan sekolah bandar, yang mana anak-anak kampung bersekolah pondok, anak-anak orang miskin, pegi sekolah uniform pun tak der, sekolah buruk dan uzur sangat. Murid ada 10 orang. Bila hujan, kambing pun masuk sekolah, air melimpah masuk kelas, dinding berlubang, dinding sekolah nak roboh terpaksa sendal dengan batang pokok yang dah mati. Kapur tulis basah, jemur di panas terik agar kering dan boleh guna semula. Sedih!! Tetapi semangat anak-anak kecil (laskar pelangi) ni begitu kuat, walaupun belajar dalam serba kekurangan. Nak pegi sekolah kena tunggu ayah balik dari laut dulu sebab tak der yang menjaga adik-adik, nak sampai sekolah kena lalu tempat ada buaya dulu, kalau buaya melintas, berhenti dulu tunggu buaya masuk kubang dia baru boleh lalu, basikal buruk.

Takder pelakon popular pun. Tapi menyentuh hati. Bahasa Indon dari Kepulauan Riau, bahasanya mudah faham, lebih kurang bahasa kita sahaja. Kalau anda seorang cikgu, boleh la download, dan cadangkan pada gurubesar, tunjuk pada anak murid. Biar berkesan sikit kat jiwa anak-anak kita ni. Najmi menonton bergenang air mata. Hubby saya yang agak kental itu juga sebak. Saya??? ermm toksah cerita la, saya kat Queen Drama. Tengok filem Mighty Joe Young bila king kong tu mati pun saya menangis teresak-esak, apatah lagi tengok movie kesah anak-anak orang miskin ni.

Erkkk tapikan..jangan le tanya saya mana nak download ni.sebab urusan download mendownload ni saya sub contract. Saya open tender pada anak buah darling. Siapa lagi kalau bukan si Lukman. Apelah guna ada anak buah yang encem, kacak, tampan, kalau tak boleh menolong emak sedaranya kan.. Ye lah, bebudak sekarang laptop canggih-canggih, gadget depa canggih, ada software itu ini nak download, ada external hard disc boleh simpan segala bapak movie, Laptop makcik-makcik macam laptop saya ni harap boleh download lagu je la..tu pun eksen dah tu... Ye la berbanding umat lain yang jauh lebih buta I.T dari saya saya masih boleh eksen ler kan, saya tak le buta it sangat, kira rabun-rabun ayam je. Ermm ni susah jadi orang suka berlagak dan riak, kot mana pun dia nak gak eksen. ERmm beranak tahun apa la agaknya mak sedara hang pa ni kan, asal ada peluang musti nak eksen dan riak.

Wellllll apa nak buat, korang dapat mak sedara otak biol macam ni. Redha dan pasrah je la. Hehehe tapi best kalau eksen depan bebudak ni, sebab depa loya nak muntah semua ada. Ehehe kekadang sengaja je tau, i manja-manja ngan darling ai...panggil B la..ayang la... sajer je..eksen le kan..orang tu ada awek pun awek dah blah... hahahaha best-best.... acik suke... Hiks.. acik suke la, sebab acik tak suke ex awek dia tu, kekwat ouls.. tak yah le ade awek cenggitu Lukman oiii, bersepah awek lain.

Ehhh...ehhhh tadi cerita pasal Laskar Pelangi kan?? mana tah cerita laskar pelangi, tetiba Lukman masuk dalam ini pilem... nasib..nasib...la sapa baca blog ni pening tak tentu arah. Suka suki je saya nak cerita apa tak tentu punca.

Iklan
Pagi tadi dengan iklan kat radio. Iklan A & W, katanya lebih dari biasa. Ermm very wrong.. Patutnya lebih daripada biasa. Dari=saya baru balik dari Melaka. Daripada=Blog saya lebih best daripada blog *tut**** contoh la kan... tapi contoh pun mesti ada unsur riak sikit baru best. Dulu Hot FM masa mula-mula on air, diaorang guan tagline Lebih Hangat dari biasa, pastu Che Gu Khalid, a.k.a Che Gu Bean komen kat website dioarg, lepas tu HOT FM tukar, Lebih Hangat daripada biasa. Seee jasa Che Gu Khalid berani kerana benar. Tadi saya pun email kat A & W kata iklan mereka salah. Harap mereka tukar juga. Hohoho... kalau depa tukar saya pun leh eksen dan riak lagi.. Again??? muntah la korang dengan keriakkan haku....muehehehe

Alaa ouls ni..jangan la salah anggap saya riak tipu-tipu je.. memain je, itu cobaaan je, bukan betul-betul. Sape yang kenal saya in person tau le saya camner kan.. tak gitu Kiza, Cik Kiah?? Chik?? Rass?? Lindot?? Paiz... Daun, Cik Madu... perkatan riak ni dimulakan leh Mat Jan, saya hanya pengikut setia sahaja. Kata Mat Jan, riak itu nikmat. Kalau tengok Mat Jan riak, lagi sakit hati, segala sudut dia akan riak. Walaupun kalah main bowling tempat ke lima dia tetap riak.

Geng GEPO, sila ambil maklum.. agenda sessi hina menghina keji mengeji kita 15hb ni tetap ON ok.. Yang kerja petang sila ponteng kerja, yang dah ada tunang time tu tak reti-reti nak bawa tunang.. dan reti-reti pow tunang bawa pizza hut ke, bawa karipap ke..ehh ape barang dapat bakal laki kayo beli karipap je..koman-koman bawak le Chicken Chop ke.. kan daun kan..kan..kan...

Eh saya nak jual baju ni..tolong beli atau order ek.. paksa ni... beli tau, supaya saya cepat kaya, jual cupcakes je lambat beno nak kaya...eheheh
Baju-baju ni ori tau..kualiti memang mabeles la.. tip top..
Baju ni reganya RM45- ada sehelai je, siapa cepat dia dapat, cepat nak raya ni..
Photobucket
Jacket denim Mother Care Ori tau.. ko pegi tengok kat butik Mother Care tu ratus-ratus tau reganya.. acik jual...
RM50 sajork. yang ni kena order, sebab acik hanya beli satu je untuk anak dara acik.. size setahun 12-18 months. so saper nak sile place order kat komen, bagitau code dan size nak ada size 1-4 tahun (comei oo kasi girl pakai dengan seluar panjang and t-shirt kat dalam, duk dalam keter sejuk-sejuk travel leh pakai, pegi shopping mall yang sejuk ke pakaikan sure comei..)
Code : J-01 (RM50)
Photobucket

Ok ni Gymboree gaun ni..comei giler ouls.. ada untuk size 1-7 tahun, stok ada kat saya sekarang untuk umur 5 tahun, siapa cepat dia dapat, kain cotton (tebal) mmg cantik sangat. Nak order tulis code dan size ek
Code : G01
Photobucket

Code : G02 (kena order tader stok-yang ni Baby Q punya 1 tahun)
Photobucket

Code G03 (yang ini ada ready stok, size 3 tahun) lelain kena order kalau nak
Photobucket
Nak order leh sms, leh email, ym or letak komen..
Kalau-kalau ada anak sedara duk di kampung ke..nak hadiahkan ke..boleh adjust... order, bayar dan kami pos ke alamat mana yang ouls nak ianya dihantarkan. Kot-kot la...mak sedaranya duk di US ke, UK ke Sweeden ke... nak beli buat anak sedara dah lama tak jumpa, sila order, bayar tru maybank dan kami pos, bak kata iklan MSC-Mudahnya dengan ICT...
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino