Ni sempena hari Khamis ni...
Maklumlah malam ni kan ke malam Jumaat...
kat list YM saya, bapak-bapak budak sangat notti ada beberapa status saya selalu nampak depa letak bila hari Khamis, antaranya
1. Malam ini malam bejihad
2. Khamis nan indah (hiks..ni ape makna tatau le)
3. I wish that everyday is a friday night
4. Kena balik awal ada urusan rasmi malam nanti
tu yang saya ingat la..
bila hari Jumaat depa boh
1. Penat berjihad ke jalan ALlah membunuh kafir
2. sungguh ramai kafir terbunuh malam tadi
3. segarnya meratakan air ke seluruh tubuh.
poyo le kan...
Ok entry ini dibuat atas pesanan khidmat masyarakat. Saya baca blog mummy Fahry tu, ada keluhan sang isteri yang 'diabaikan' suami, dia tertekan sampai tahap pukul anak dia, sian kan...
Then Lyna letak artikel ni kat blog dia, saya pun cilok dengan kebenaran
Catatan bertajuk Jimak atau Jima’ ni dipetik dari buku ‘Bagaimana Membahagiakan Istri’ karya M. Abdul Halim Hamid.
Suami wajib memenuhi tuntutan nafkah batin isteri, melindungi dan berkongsi kebahagiaan bersamanya.
Berikut adalah teladan Rasulullah SAW dalam hal jimak:
Jimak Hukumnya WAJIB
Jumhur ulama berpendapat, apabila tiada halangan untuk melakukan jimak (tidak dalam keadaan haid, nifas, etc.), hukumnya wajib.
“Wajib bagi seorang suami menjimak istrinya sekurang2nya sekali setiap masa suci bila hal itu mampu dilakukannya. Apabila tidak demikian, maka dia telah bermaksiat kepada Allah SWT” - dari Ibnu Hazm.
“..apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.. “ – (2:222).
Rasulullah mencela orang2 yang menjauhi isterinya, meskipun untuk tujuan ibadah seperti zikir dan jihad. Kerana perbuatan demikian menyeksa isteri.
Rasulillah SAW telah menegur Abdullah bin Amr “Puasa dan berbukala, tidur dan bangunlah, kerana sesungguhnya jasadmu memiliki hak, matamu memiliki hak, isterimu memiliki hak dan tamumu juga memiliki hak”.
Salmad al-Farisi menegur Abu Darda “Sesungguhnya dirimu memiliki hak, Tuhanmu memiliki hak, tamumu memiliki hak, dan isterimu memiliki hak. Berikanlah orang yang memiliki hak itu akan haknya” Dan Rasulullah mengiyakannya.
BAHAYA Meninggalkan Jimak
Sesiapa yang mengabaikan jimak, amatlah bahaya bagi isteri, kerana dia akan terasa tertekan batinnya dan tidak dapat merasa kebahagiaan.
Masa Abu Darda mengabaikan tanggungjawab ni terhadap isterinya, Ummu Darda kelihatan sangat serabut tanpa dandanan. Hingga Salman Al-Farisi perasan dan bertanya apa masalahnya. Rupanya kerana Abu Darda dah lama tak bersama dengannya.
Begitu juga dengan keluhan isteri Abdullah bin Amr bila bercerita tentang suaminya kepada ayahnya “Dia itu lelaki yang paling baik, tapi sayang, dia tak pernah bersama denganku di tempat tidur, dan tidak pernah memperdulikan aku saat aku datang kepadanya”.
Malah, Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan tempoh mujahidin pergi berperang limit selama 6 bulan sahaja, agar isteri2 mereka tidak ditinggalkan kegersangan.
Etika Jimak
Mulai dengan basmalah (bismillahirrahmanirrahim) dan taawuz (a’udzubillahi minassyaitonirrojim).
Mulakan dengan sentuahn dan kata2 lembut untuk membangkitkan ghairah isteri dan menjadikan kenikmatan lebih sempurna.
Lakukan hingga kedua2 pihak berasa puas.
Akhiri dengan sentuhan dan bisikan2 lembut juga dan jangan terus berpaling dari isteri.
Waktu Yang Disarankan…
Setelah pulang dari outstation, sebagai ganti dari perasaan sepi dan penantian yang menjemukan.
Pada malam2 perkahwinan rakan2/saudara mara. Saat2 macam ni biasanya mengimbau kenangan manis semasa mula2 berkahwin dulu jadi manfaatkan sebaiknya.
Selepas bergaduh. Selepas damai dari perbalahan, hiasi malamnya dengan canda gurau dan lakukan jimak untuk menyempurnakan keindahannya.
Waktu2 meraih kejayaan. Contohnya bila suami naik pangkat, naik gaji, dapat bonus, raikan dengan meneguk madu kenikmatan dan kebahagiaan.
Awas kamu-kamu..blog ni bukan blog lucah occay. Jangan ingat rumah tangga kita bahagia, dan dapat suami sempurna kita rasa semua orang berumah tangga itu indah. Ada yang indah di luar, hal kesah dalam rumah tangga dia, dia je tau. Kadang-kadang kita nampak couple tu cam loving je, tapi hakikatnya kita tak tau macam mana pergolakan kan.
Dan pada sang isteri pulak, kamu-kamu takkan berkain batik dan t-shirt sepanjang-panjang masa kan.. sesekali try le usha-usha lingerie seksi meksi yang bersepah orang dok jual online tu. Ko nak pegi beli kat kedai malu siot, ko order online saper pun tatau, ko ngan pembeli je tau.. ko beli, pastu dendiam le, sekalik cube pakai depan suami. ermm kalau suami tu tengok sekali imbas pastu tengok tv semula, gue tak tau le kategori suami ko camner noks. makan hati je la. opsss terlebey sudah...
Macam kes ini couple ni muda lagi ooiii baru beberapa tahun je kawen.. Jadi kot-kot ada gak kes suami yang terlupa bab tanggungjawab nan satu tu, ni cube renung-renungkan, dan selamat beramal.
p/s:-entry ni dapat approval suami tercinta, nak tulis bab-bab sensitif kena izin suami dulu...ahaks... thanks darlingg muaahhsssss
Eh tempahan gaun dan jaket tu sila buat segera, tempoh tempahan sampai hujung minggu ni je tau... saper nak cepatlah... kang acik dah pegi beli, korang baru nak order...