Kisah suatu masa,
Ini entry copy paste, dulu saya tulis blog lagi rock.. ini entry tahun 2004 dan 2005, masa Najmi umur 3 dan 4 tahun, entry tahun 2001-2003 semua dalam blog lama, nanti ada masa saya godek kasi keluar.
Oh rindunya zaman dia kekanak suci murni dulu...
tarikh entry 13 Disember 2004 (si Abang berusia 3 tahun masa ini)
Tikus jangan ambil botol kita
Dua tiga hari lepas, semasa aku baring-baring dengan Najmi depan TV, kami bergurau-gurau dan tiba-tiba aku baut gurauan melampau dia pun sedikit angin, dicampaknya botol susunya. Kebetulan botol tu jatuh kat tepi peha aku dan aku kepitkan dia tak nampak botolnya, kemudian aku cakap "tak ader, botol Najmi tikus dan ambil, dia bawa lari ke rumah dia, anak dia tak der botol dia kasi anak dia, tu lah siapa suruh baling-baling botol,"
Najmi pun dah rasa sedih, dan aku pura-pura tidur. Kemudian aku dengar, dia berkomunikasi dengan tikus,
"Tikus, kasilah balik botol kita, kesian kita tak ada botol, tikus suruhlah mama tikus beli botol sendiri, kasilah balik botol kita," aku nak gelak tapi tahan.
Kemudian dia cakap lagi, " Nanti kita cakap babah kita tikus ambil botol kita, biar babah letak racun biar tikus mati," (this is refer to dia tengok aksi babah bubuh racun tikus bawah mesin basuh, dia tanya babah, kata babah kasi racun biar tikus mati) kemudian dia cakap lagi,
"Tikus, nanti kita kasi gula-gula kasilah botol kita balik," kemudian bila tidak ada respon dari tikus, dia pun sebak dan mula hendak menangis, dan aku cakap, "Najmi cakap kat tikus minta maaf," dan dia pun cakap, "kita minta maaf tikus, kita tak nak baling botol lagi, tikus kasilah botol kita balik,"
bila tikus 'tak bagi respon' dia pun sembamkan muka ke bantal dan menangis. Kemudian aku ambil balik botol dan kasi dia, "Nah, tikus kasi balik, tikus kata kalau baling lagi nanti dia gigit Najmi, tikus suruh Najmi tidur dan peluk mama," Dan kami tidur berpeluk-pelukan.
Bangun dari tidur Najmi dia mula main mainan dan bersepah, dan aku membebel, pok..pek..pok..pek... kemaslah..tak sukalah tengok bersepah, nanti babah bising, pok...pok..pok..pek... Najmi tak suka ke tengok rumah kita cantik, rumah kita bersih? Kemudian dia cakap, "rumah cantik dalam Casa Impian ke mama?" Aduh!!!! sabo je la...
ni pulak entry date lain.
30 November 2004
......Malam semasa kami atas katil nak tidur, aku masih sembang-sembang dengan darling, budak yang tidur katil kartun sebelah katil kami pun sebok bercakap juga, dengan gelak ketawa yang kuat,
Babah cakap, tidurlah esok nak pergi sekolah, dia pun pura-pura pejamkan mata, lebih kurang 2-3 minit tu dalring test, darling cakap, mama ni cantiklah, lawa, tak macam Najmi,
(Najmi diam, pura-pura tidur) kemudian darling cakap lagi, jomlah mama, kita kelaur minum-minum Najmi dah tidur tinggal je (dia diam lagi)
Kemudian darling cakap, “siapa hensem angkat tangan,” (Diam juga lagi,)
kemudian darling tanya lagi beberapa soalan, dia masih diam,
last sekali tanya, siapa dah tidur angkat tangan…..tupppp terus dia angkat tangan…..ha…ha………berderai kami gelak tengah-tengah malam….
Dia angkat tangan sebab nak bagitau dia dah tidur, tapi tak fikir bahawa bila dia angkat tangan bermakna dia belum tidur. Ermmm like father like son banyak trick nakal.
ermm ni pulak entry 21 November 2005
Tulang kambing.
Sabtu tenghari, kami ke Jalan Kg. Pandan, setelkan bab pembelian rumah kat office pemaju. Balik dari situ, kami nak ke Gombak, kami tak ikut MRR2, sebab jalan tu tak kira hujung minggu ke hapa, sesak je..so kami ikut jalan lama, masa masuk Jalan Pahang, trafik slow je, tiba-tiba budak becok kat belakang bersuara “Mama, mama, cuba mama tengok tulang kat tangan kita ni,” sambil hulurkan tangan kiri dia kat aku.
“Awat, kenapa dengan tangan ni,” tanya aku.
“Mama tengok, tulang kat kat tangan kita ni dah tukar jadi tulang kambing mama,”
“What!! Tulang kambing, apesal pulak jadi tulang kambing,” sambil babah wat derk je drive.
“Ye lah, hari tu masa balik kampung mak tok tu, babah bagi kita makan kambing, kita makan tulang kambing, daging, habih tulang kita pun dah tukar jadi tulang kambing, daging pun dah nak tukar,”
“Ishhh merepek kamu ni,” sambil malas layan, dan buat-buat tidur…
sambil membebel “itulah kasi sangat kita makan kambing, tengok tulang dah tukar jadi tulang kambing,” kemudian dia dok belek-belek lagi tulang kering kat pergelangan tangan dia. Aku buat tak layan.
Cerita lain.
Dua minggu lepas dia pergi rumah Mak Yam dia, x-baby sitter dia kat cheras, dia bermalam kat sana, esoknya, lepas makan nasi dia main-main dengan Aleya (iya panggilan Najmi), main-main sampai penat dan lapar, dia cakap kat Mak Yam dia,
“Mak kita nak makan nasi lagi, lapar ni,” dan Mak Yam jawab,
“Ya Allah Mi, kau kan dah makan tadi, nak makan lagi ke, betul ke” Tanya mak Yam sebab si Najmi bukan jenis pemakan orang nya.
Selamba je dia jawab
“Ye lah kita dah lapar, nasi yang makan tadi tu dah turun ke kaki, kita main lompat-lompat dengan Iya, tengok nasi dah turun ke kaki, tengok perut kita dah kosong, tak der nasi, kita laparle,” dia jawab sungguh-sungguh sambil suruh Mak Yam pegang perut dia.
Mak Yam pun tergelak, dan terus dia kasi nasi, lepas makan, kata Mak Yam, si Najmi cakap kat Iya,”nanti kita jangan main lompat-lompat lagi, nanti nasi turun ke kaki, nanti kita lapar lagi.” Dan lepas makan diaorang tak main lompat-lompat lagi, dia orang tengok tv jer.
Ermm pandai auta anak aku ni, Mak Yam dia dok gelak-gelak cerita pasal dia. Mak Yam kata, cakap banyak, tak henti-henti mulut dia. Aku cakap memang la, letih nak melayan kadang-kadang, bila kita jawab gitu-gitu dia tak puas hati.
Macam semalam, kami ke Kampong Baru, masa kat sg. Besi dia tengok banyak kerja construction, nak bina jejambat, dia tanya aku,”diaorang buat apa tu,” aku jawab “buat jalan”
“eh bukan jalan, yg kat atas tu,” aku pun pandang sikit dan jawab “oh, diaorg buat jambatan,”
Kemudian tanya lagi, “eh kenapa jambatan dia tak ada tangga, macam mana orang nak naik, macam mana orang nak turun, kenapa gelap, tak ada lampu,” aku pejam mata, buat-buat tidur,
Dia marah “ehhh mama ni jawablah, orang tanya ni, jawablah mama,”
Babah tolong jawabkan “belum siap, nanti dah siap, diaorang buatlah tangga, pasang lampu, baru orang boleh lalu,”
Kemudian itu, ini, itu ini, sampailah tiba di Kampung Baru, ermm agaknya jadi lawyer anak aku nanti, or jadi PRO kot.
------------------------------------------------------------------------------------------
Lama kan saya dah tulis blog, dah beratus kawan dari blog saya dapat, dan kamu-kamu yang mengenali dan membaca blog ini dari zaman saya kerja kat kolej muzik yang glemer dulu saya sayang sangat kamu-kamu..kamu-kamu menceriakan hidup saya semasa di opis yang hazab dulu...
Ini malam saya pegi ke Pavilion, ada jemputan dari Nuffnang untuk Ogawa punya event. Saya tak tau siapa lagi blogger yang akan pegi, tapi kalau kalian kenal saya, tolong tegur.