For me penting la sangat..
Ramai orang kita, orang melayu la yang saya nampak, tak begitu rasa insurans ini penting. Ada orang kata tak berapa mampu nak amek insurans, ni belanja dapur pun selalu miss inikan nak bayar insurans. Tetapi sebenarnya kalau dihitung dan dihisabkan.. bayar duit insurans ni tak rugi malah satu pelaburan.
Saya insaf sangat bila arwah abah saya kena stroke dan lumpuh. Mujur juga abah kerja gomen, jadi bil perubatan hospital dan rawatan susulan percuma. Cuma masalahnya ialah bila nak berubat alternatif. Bukan sikit duit abeh. Ada yang bagus, tapi kami tak mampu, saya terkilan, dan bayangkan kalau abah ada insuran, setidak-tidaknya 10 ribu takkan tak boleh dapat, mungkin boleh bantu dia buat rawatan susulan yang lebih baik dari di hospital gomen. Sedih la kan..
Untuk family saya, Alhamdulillah syukur, semua kami sudah ada insurans masing, Thanks to RAUF yang uruskan A-Z, bayarang bulanan kami 3 beranak cuma RM80 seorang, so 3 orang RM240. Kalau nak harap saya saving banyak tu sebulan?? kirim salam la... of course asyik bocor tabungan saya. Sekarang tengah nak ambil untuk bibik punya pulak, dengar kata ada yang RM60/year utk bibik ni, kira bayar, dan kalau berlaku apa-apa insurans akan cover bibik, termasuk kalau ada yang meninggal dan urusan penghantaran jenazah ke Indon dapat lah cover kan. kita tak mintak, tapi kita tak tau musibah yang akan berlaku.
Saya pernah terbaca di forum ada satu kawan ni maid dia jatuh kerusi ketika sedang lap kipas, retak pergelangan kaki, so bibik ke masuk wad, dah tu mc (hehe bibik pun ada mc) ye la ko dah retak tulang kaki takkan nak kerja kan, so this majikan dapat claim dari insurans yang bayar setahun RM60 tu, so semasa bibik mc, anak-anak di hantar ke taska, jadi dengan duit-duit claim yang dia dapat tu lepas la cover medical bibik, and kos hntr anak-anak ke taska. See malang tidak berbau kan..kalo tak berapa dah kos dia kena keluar tu?? riban-riban juga le kan..
Saya dah rasa membayar insurans si abang sejak tahun 2002, and bila saya ambik Takaful Ikhlas ni saya stop insurans Takaful yang lama tu, gedebuk gebedak yang saya stop tu saya dpt balik dalam 4K++ dulu sebulan bayar RM50 je. Ermm kalau harap saya simpan sendiri RM50 sebulan?? jangan mimpi saya dah kumpul 4 ribu sebulan..ahahah sedangkan duti tabung haji saya buat potongan gaji sebulan RM150 pun asyik luak je...ahaks.. tu dah bertahun potong gaji.. ahaks.. kantoi disitu acik tader saving berkepuk-kepuk... Tapi syukurlah kami ada insurans yang melindungi.
Walaupun setakat ini tempat keja hubby cover semua medical kami anak beranak, ko pilih le kalau sakit nak masuk spital mana, company bayar beb.. tapiiii kami tetap mahu polisi insurans sendiri, bukan yang company punya. tak rugi kan. Memang la sekarang kita sihat, tak perlukan insurans, dan kita berkira nak bayar walau Rm50 sebulan, tetapi bila saat dan ketika kita sakit dan memerlukan bantuan, jangan haraplah saudara mara sahabat handai boleh hulurkan bantuan sepenuhnya, mereka pun ada komitmen sendiri, nak harapkan bantuan orang takat mana pun la kan.. Jadinya kita buat persediaan sekarang.
Ye la cik kak...kita bukan mintak malapetaka kan... benda datang kita tak jangka. Tapi tak salah kita bersedia. Tak banyak, ameklah pakej paling murah, RM50 sebulan, ikut kemampuan kita.
Oklah jadi kalau korang-korang masih belum ada insurans, boleh usha-usha ye dik, penting ni..jangan anggap kita sihat selamanya, kalau apa-apa berlaku pada kita bagaimana waris yang kita tinggalkan?? jangan nanti anak-anak kita nak masuk universiti pun ke hulu ke hilir cari pinjaman.
Kalau tader sangat korang contactlah di Rauf tu... sms dia ke.. 016 225 8084, servis kompem tip top... Ameklah insuran untuk family, insaf lah tengok mereka sekeliling kita yang tiba-tiba ditimpa musibah. Kita tak tau bila masa kita akan tiba. Ambil iktibar. Terbaru saya baca di blog Kak Ina kisah abah dia yang masuk IJN, and kos rawatan dan pembedahan mulanya samapi RM30K, kalau keja gomen taperlah gomen tanggung, tapi kalau tak der pencen..kena bayar sendiri, anak-anak dah pening, mujur dapat pengurangan, kurang pun kalau tak mampu nak bayar RM8k tu...tetap banyak juga kan... so kalau ada insurans, sekurang-kurang lepaskan kos RM8K tu dah kan... Kak Ina kalau salah fakta akak tlg betulkan ek...
Skema la entry blog hari ni.. sungguh berhemah ayu, cayalah mak pnut...
Tapi betul dik, cube bayangkan kamu seorang suami dan isteir tidak bekerja, andai takdir Allah berlaku kemalangan ke apa ke, bagaimana isteri kamu nak teruskan kehidupan, besarkan anak-anak, sedangkan sebelum dia langsung tidak berkerja, oklah kalau kamu keja gomen, masih ada pencen, tapi banyak mana sangat pencen boleh bantu nak besarkan 3-4 orang anak. Saya cakap betul, ada satu kakak kat tempat kerja saya ni, dia kerja Pembantu Am Rendah, (kira macam peon la) suami keja gomen gak, pun keja pangkat kecil juga, suatu suaminya kemalangan, masuk ICU, cedera parah, sampai sekarang tidak boleh berjalan. Katanya memang ada insurans motor cover, tapi lambat dapat, kos-kos perubatan yang di tanggung nak berubat suaminya terpaksa bergolok bergadai. Dan masa suaminya sihat, mereka rajin berniaga, suaminya banyak bantu, jadi udah sakit begini, tak boleh nak teruskan berniaga, kerana beri tumpuan jaga suami yang sudah tidak upaya. Anak pun terpaksa berhenti belajar kerana tak mampu nak bayar yuran pengajian, dan anak pun terpaksa kerja.
Itulah yang saya kata, musibah datang kita tak jangka, pagi ini keluar rumah sihat bergurau senda..tup-tup tak lama kemudian, kita dapat tau ada berlaku kemalangan, dan pertemuan kita selepas itu bukan seperti pertemuan kita dengan dia pagi tadi, kenalah kita terima hakikat..tapi mudah-mudahan seisi keluarga kita dijauhkan dari ujian begitu, moga semua dari kita terpelihara di bawah perlindunganNya.
aminnnn.. bagus ek..entry skema...muehehheh