Wednesday, August 19, 2009

Bloging world


Awas entry hikayat merong mahawangsa.. sial beli kuaci sambil membaca entry ini.

Saya jump form blog to blog..dan singgah di BLOG PEEJ i don't really know the blogger, itu first time saya masuk, sebab ada isu menarik di situ, iaitu mengenai dunia blog. Saya setuju dengan apa Peej tu katakan. Ada banyak point menarik disitu.

Dunia blog sekarang memang jauh berbeza dengan suatu ketika dulu, Saya baca blog or masa tu kami panggul jurnal online, sejak tahun 2000, orang pertama saya kenal melalui blog ialah Mat Jan, terus kami jadi kawan baik, or dia saya anggap macam adik sendiri. Mat Jan ialah orang bertanggungjawab melahirkan PNUT ONLINE ambek ko, nama penuh lagik.. saya sangat happy time tu. Saya terlalu sunyi masa tu, saya kerja di kolej swasta, keliling dengan kaum bukan melayu, saya macam tertekan. Takder teman hendak bercerita. Maka itulah wujudnya Pnut Online pertama.

2001-Seorang sahabat jurnal masa tu Mie mewujudkan komuniti kami panggil Geng Jurnal. Geng Jurnal agak gah masa tu, kami dah masuk paper tau, masuk majalah JELITA.. dari geder-geder bawah pokok di KLCC sampailah anjurkan gathering di Kelab berbintang-bintang. Rasanya tahun tu jugak Tok Rimau bentangkan satu kertas kerja bertajuk, Kuasa Menerbit di Hujung Jari. Tok R ialah seorang ahli akademik yang sangat poyo occay, selamba badak gitu. Dalam kertas kerja dia, beliau menjangkakan suatu hari nanti rakyat Malaysia akan mempunyai blog sebagaimana orang ada akaun email pada masa itu. Nahh amek ko betul kata Tok R, che Det pun tak pernah kata gitu..ahaks.. CHe Det pun tak kenal blog lagi masa tu rasanya.

Dengan blog juga, saya dan Mat Jan dijemput ke RTM, Radio KL kot kalau tak silap, untuk berbicara mengenai duna blog. Tetiba hari tu rating program tu naik mencanak, DJ pun terkejut kerana panggilan masuk sangat banyak.Ye la, dah announce kat blog masa tu..ehehe. Jemputan itu adalah dari pihak Jaring, kerana Jaring menaja program di radio itu. Masa itu mane ada rating, hits bagai. tak wujud dik benda-benda gitu. Kalau ada, musti masa tu hits blog saya dengan Mat Jan tinggi. ahaks..maklumlah satu Malaysia dengar radio..ahaks..HotFM pun tak wujud lagik, Era je ada masa tu.

Kami pernah juga wujudkan bual bicara di Rumah Pena, salah sorang panel dijemput saya, dan dua tiga hari lepas tu, bebudak opis riuh saya keluar surat khabar..ahahaha kantoi depa tau saya ada blog.

Masa saya mula menulis blog tahun 2001, boleh kira dengan jari siapa ada masa tu, dan hubungan kami sangat-sangat rapat. Sungguh dan sangat rapat. Selalu berkumpul, dan biasanya di rumah saya jadi port berkumpul, maklumlah orang lain masih bujang masa itu, tahun itu juga saya kenal Zira (kopisuam) yang dulu blog dia Inspirasi Teja, kenal Aquil, kenal Fajar, Rudi, Ajid, Rosh, Cik Daun, Napang, Pika, Lan dan ramai lagilah..ramai tak ramai kalau tengok list link kat blog lama saya tak sampai 30 orang. Masa tu kumpulan nasyid Firdaus baru nak naik, depa student lagi, depalah antara artis terawal ada blog occay. kitaorang pun rapat dengan bebudak Firdaus, sampai hari ini.

Masa tu tader Nuffnang, jadi semua orang update blog ikhlas hati, bukan update blog sebab nak maintain hits, nak naikkan rating. Saya setuju bila Nuffnang ada, ramai blogger dah jadi lain, update tah hapa-hapa (termasuk saya juga..ye sile ambil maklum) Ok kak Zetty Hani, sekarang terjawab sudah kenapa saya rajin update blog ye.

Sebenarnya saya hagham tak tau ape benda Nuffnang tu. Tak pernah ambil tau..saya saya kategori penulis blog yang jujur... sile terima hakikat. Saya tulis blog untuk diri sendiri bukan untuk income Nuffnang. Saya cuma register Nuffnang 27 Mei 2009. Iaitu selepas 8 tahun menulis blog. Dan selama ini saya tak pernah tau berapa jumlah pengunjung blog ini, siapa yang baca, malah saya tak peduli ada berapa komen pun, means, takder rasa kecewa bila update blog berjela, komen ada satu dua je. Sebab saya tulis apa saya nak tulis, dan kenapa nak harapkan orang komen sedangkan saya pun jarang mengomen di blog orang, kecuali yang rapat dengan saya.

Saya register Nuffnang pun ada sorang awek ni bagitau pasal Nuffnang ni, and dia kata, alaa register je la kak, bukan kena bayar. ada rezeki dapat income, tapi akak rajin lah update blog dan maintin hits kata awek tu, saya tanya dia hits tinggi tu berapa? saya tak tau..ahaks.. dia kata kalau sebulan akak leh cecah 8k-10K pengunjung kira tinggi jugaklah kak. Ok saya cuba. Saya register dan saya tak faham apa pun konsep dia..ahaks.. sehingga suatu selepas beberapa minggu saya register Nuffnang tu saya terima call dari orang Nuffnang, bincang pasal Mead Johnson tu. Saya agak blur masa tu. kemudian baru sedar..ooo ini agaknya konsep entry iklan-iklan yang awek tu kata dulu.. kejinya kan..tak tau pun. Saya pun ok.ok je ngan awek Nuffnang tu. Kemudian tu baru saya explore apa benda ada kat Nuffnang, baru saya tau, kita boleh tengok berapa hits kita sehari (means yang unique record, katakan kalau saya masuk sejuta kali sehari, dia tetap kira saya masuk sekali je. and ada views record yang mana dia kira semua yang masuk sini, walau orang yang sama)

Masa tu baru saya tau, berapa sehari pengunjung blog saya, and meraka datang dari mana. Saya rasa masa tu macam tak percaya eh ramai juga masuk blog ni, ermm kenapa tak tau pun sebelum ni..ye la kalau tengok komen kat blog ni seciput je kan, so saya anggap selama ni saya tulis blog syok sendiri je. Bila saya tau sehari ada lebih kurang banyak itu ini orang masuk, saya rasa saya pun semangat nak update, kerana macam saya la, kalau saya suka baca blog seseoarang itu, saya suka masuk setiap hari untuk tengok apa dia update hari ni, dan apa cerita dia hari ni, jadi bila saya masuk alaa tak update lagi dia.. saya kecewakan.. so bila tengok jumlah orang datang sini ramai le juga..saya berazam untuk update at least sehari satu entry. Sekurang-kurangnya saya hargai setiap orang masuk sini dengan ada cerita baru, walau cerita merapu. Memang merapu je pun selalu.

Dan saya sangat gembira dengan blog ini tau, walaupun saya sudah ada pnut.com.my tapi sayang untuk saya tinggalkan blogspot. Mungkin saya akan gunakan pnut.com.my untuk tujuan lain.. mgkn saya nak jadikan pnut.com.my one stop center, korang boleh berniaga dari situ, saya tak kenakan apa-apa bayarang, korang letaklah segala neka barang dagangan korang disitu, di samping saya akan letakkan segala artikel berkaitan kesihatan, parenting saya akan kumpulkan di situ, jadikan pnut.com.my tu sebagai wakaf untuk kita bantu satu sama lain, bukan saya yang syok sendiri je.

Dengan 8 tahun menulis blog, tidak sikit kawan saya ada, sangat ramai.. itu sebab list YM saya sekarang dah dekat 400 orang kawan. Sampai ada sesetengah saya tak ingat atau kenal. Kebanyakan list contact dalam YM saya ialah yang mengenali saya melalui blog. And ada yang berkata, Kak Pnut baru register Nuffnang tak sampai 3 bulan dan ada income kalah kami.. ermmm itu rezekilah dik. Akak sendiri pun tak pernah jangka benda-benda gini. Mungkin 8 tahun itulah masa yang akak ambil untuk dapatkan ramai orang datang sini, dan berkawan. 8 tahun sebaya usia si Abang Najmi occay. Dan saya tetap gembira berkawan dengan siapa saja, tak kiralah ko blogger lama ke blogger baru ke, semua saya kawan. tak caya tengok berapa ramai blogger baru saya tetap tinggalkan komen, dan saya join. Cuma blogger baru je tah hapa suke segan-segan ngan saya...aiii tak suke tauuuu...


Dunia blog makin berkembang apabila geng-geng emak-emak yang suatu masa dahulu denagn fotopages je kini dah bertukar buat blog. Dan group young mom ni ada kelompok group mereka sendiri, yang saya nampak, group ni rajin sangat anjur pertandingan itu ini, and kena link kepada blog anjurkan pertandingan. Saya rasa mereka kreatif untuk cara naikkan hits blog memasing. DIsamping ibu-ibu yang excited dengan baby masing-masing pula sporting dan ambil bahagian, kalah menang belakang kira, yang penting mereka meriahkan majlis.

Saye setuju kata-kata PEEJ tu, biarlah glambour carik kita, bukan kita cari glamour.. sebab kalau nak kata lagi lama ko tulis blog, lagi ramai orang kenal dan popular, idak le.. teman nulih dari tahun 2001, takdernya glemer pon.. ehh tp glemer gak le kot..dah masuk radio, surat khabar, dan terbaru itu hari bulan April, majalah AN-Nur.. haha ape ko nak cakap ni pnut, ko perasan bagus ke??? ishkk idak le... temankan nak kabooo tak semestinya dah lama tulis blog ko glemer noks..nan ado katanya.. itu Redmummy tu, lagi baru nulih blog dari aiii tapi glemer seantero benua katanya. Angkat topi ni.. Jadi sile tak yah bile YM saya malu-malu kambeng...dok habaq..eiii saya segan ni tego akak, akak ni ramai org kenal, saya segan pulak... nan adoooooo occay...meks tetap pakai baju jenama cap ayam sajork.
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino