Friday, July 17, 2009

Alesya 13 bulan


Pejam celik-pejam celik anak dara i dah 13 bulan, atau bahasa kampung setahun sebulan la kan. Saja lah nak nampak macam intelek sikit sebut 13 bulan, macam omputih..omputih kan suke sebut bulan-bulan ni... erkk nyusahkan jer bagi ubat tak pandai mengira cam acik pnut kan. Bila dengar 19 bulan, mau ai dok kira..ishkkk setahun berapa bulan ni..keluar segala jari, sampai jari kaki pun kira. Tak pa.. peganglah prinsip, "Biar tak pandai mengira, asalkan pandai berkira" eheheh tak aaaiihhhh cheq bukan lagu tu noooo..

Oklah masa sebelum ada anak dara, selalu la saya berangan kan, teringin sangat nak anak pompuan. very the sangat-sangat kan.. dan lepas tu Allah beri anak perempuan, apa lagi, orang kedah kata CHEWI la.. Chewi ni taraf dan darjat dia lebih kurang istilah macam jakun la..(erkk kalau kaum jakun jumpa blog ni matilah meks) Maaf ye. Ya saya akui..seronok sangat ada anak perempuan, asal masuk kedai baby nak beli susu mesti saya terbeli baju (ter di sini membawa maksud tidak sengaja, perbuatan yang tidak disengajakan) tak sengaja la sangat kan. Kalau tader bajet sangat saya terbeli sepit, kalau tak sepit, terbeli stokin comel-comel. laa kan, sangat perbuatan tidak sengaja.

OK meh kita lihat sebahagian dari sepit dan cekak rambut Alesya, erkkk sebahagian je ek.. ada lagi dalam beg dalam bilik, saya malas masuk bilik pegi ambik. Apa ada depan ni je la saya amek dan tangkap gambo. Sebahagian lagi ada dah hilang, maklumlah kekanak kan.. ada je dia sabut tanpa emak dia sedar, dan ntah ke mana dia humban tah.
Photobucket
Murah-murah sajork, paling cekak rambut kat belakang sekali tu, hat tu cap lovely lace, RM18.90, tu after less. ALaa bagi meks mahai dah tu, bagi orang lain 18 ringgit celah gigi je. Yang sepit ala crown tu mak tok bagi, siap kirim dari kedah masa mak su balik kampung hari tu.

Dan ini anak dara cheq dah umur 13 bulan. Bulat la sikit, tapi menten selim gitu. Mak dia pulak makin tembun bencilah. Psstt kak pah, Alesya masih muat pakai baju-baju kak pah beli hari tu, mujur dia comel lote orangnya, baju new born pun masih muat, ehehehe mak dia je macam kuih pau terlebih yis sekarang.
Photobucket

Comei dak pakai sepit ala crown yg mak tok beli?
Photobucket

Sekarang ni dah peramah la sungguh, mulut pok-pok bercakap bahasa baby la, mengayuh daam walker punyala laju. Dan sangat prihatin sekarang, bila kita tanya, "Siapa nama ALesya angkat tangan!!!" dia akan angkat tangan dia, kalau pak dia tanya "siapa nak ikut babah jalan angkat tangan??" lagi over, dua belah tangan sekali dia angkat, pengampu pak dia sungguh.
Photobucket
tapi ikut mood dia la, mood dia nak angkat tangan dia angkat, mood dia wat derk dia bo layan. ni pun jenuh mintak tolong bibik tanya, berbelas kali tanya baru nak angkat tangan, agak dia pun bosan lagi aku tak angkat tangan lagi depa ni dok tanya. hahaha

Eh perasan tak kat tepi belah kanan blog ni ada menu search, sebenarnya acik pnut pun tatau apa bendanya tu, masa nak register user online tu, ada lak benda kena click, acik pun klik klak le, rupanya benda alah tu berguna juga ek..katakan korang nak cari resepi yang pernah gue tempek sini, korang taip je resepi cam contoh nak cari resepi pizza, taip je la kat situ, nanti keluarla entry berkaitan pizza, so carilah yang ada resepi. Jadi pepaham le, idak le sms or email or ym "kak pnut hari tu akak ada letak resepi bla..bla kan?? kan entry mana ek? leh tlg bagi lagi sekali tak?" kan..sapa taktau suka buat lagu tu.

Ok semua, selamat berhujung minggu.

Opss sikit lagi, nak minta tolong sat, semalam berborak kat YM dengan niza, one of my blog reader, katanya dia pegi renew passport bibik dia, pastu kat kerani kedutaan Indon tu kata gaji min pembantu ni kerajaan Indon dah tetapkan RM600, kena dibayar, kena tulis dalam borang nak renew passport tu, husband niza isi gaji RM530, tapi ditolak embassy katanya kena bagi gaji RM600, kalau tak tak leh renew passport. Dan the bibik also telah diberitahu oleh kerani kat Embassy tu, katanya kalau majikan tak bayar banyak tu, bibik boleh call embassy buat laporan. Dan bibik Niza meroyan dah mintak naik gaji, siap ugut, tak kesah kalau tak nak dia kerja, dia boleh balik indon dan masuk kerja semula. And she told me about that. Ermm salah orang le kan, gua kan kerja tempat-tempat yang melibatkan hubungan diplomatik ni adn ada each officer jaga a few country, gua refer la pada desk officer kat office ni, desk officer kata not official yet, and belum decide apa keputusan atas tuntutan itu, and he ask Niza to call him, and Niza call seek for the truth.

And perkara sudah dibawa ke tengah, and Niza akan buat laporan rasmi kepada Kementerian Sumber Manusia, and saya mohon bantuan, kalau ada majikan yang hadapi masalah ini, emailkan saya kerana Niza akan kumpulkan bukti untuk dilaporkan. Gue tak boleh komen lebih bab isu ini kerana kang tak pasal haku kena hantar ke Ulu banat mana pulak, pegi keja naik sampan ko... jangankan selekom berukband, entah-entah line telefon pun nan ado. Huiishh baik gue berdiam diri je. Just tolong apa patut la.

Kalo tanak email pun tinggalkan pesanan kat komen, dan tggl email, nanti sy mtk Niza hubungi korang.

Sekian terima kasih.

Berkhidmat Untuk Negara

Saya Yang Menurut Perintah
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino