Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu.. Dari wad Hospital Sultan Abd. Halim, SP


Hari ini hari Ibu... Kami sangat kelam kabut, my darling and my handsome son pun terlupa wih me Selamat hari Ibu,

Hari ibu yang amat bermnakna buat saya kerana apa??
Saya bersama-sama ibu tersayang.. di mana???
Di Hospital Sultan Abd Halim...
Emak saya dimasukkan ke wad semalam, selepas mengadu sakit pinggang yang sangat sakit.

Knowing my emak dia kalau takat sakit sikit-sikit tu, dia wat derk je, tapi kalau dah sakit sangatlah baru dia nak habaq, nak pegi hospital. Sebenarnya dari hari Jumaat lagi emak dah sakit, dah pegi ke kecemasan, and kebetulan mak di check oleh Dr. Max, kakak Mat Jan, so saya sms kak max tanya keadaan mak, kata Kak Max kencing mak kotor tu punca dia sakit, and ada kencing manis sikit. Tapi mak tak ditahan di wad, diberi suntikan, and balik dah balik dia ok sikit, pagi sabtu dia sakit semula, sangat sakit sampai menangis, yes i know her, kalau dia tahap menangis, mmg dia sakit sangat, so adik bawa lagi emak pegi hospital, and kami di KL mengemas apa patut untuk pulang ke kampung, darling sakit perut, terpaksa juga drive dalam keadaan dia sangat tak selesa.. (sorry Jiey, tak dapat attend birthday party Ian, plan asal memang nak pegi, hubby pun ckp, tghari tu dia dah ok sikit, and dah pesan bibik nak pegi, but akak terpaksa bergegas balik kampung demi emak)

Tengah kalut mengemas, adik call mak kena tahan kat wad, and suspect batu karang, tahap 'tumbesaran' batu karang belum pasti, mungkin kena operation, mungkin just laser sahaja. U know what, my mum bukan jenis emak-emak yang sangat emosi dan tunjuk sakit depan anak-anak, boleh dia suruh adik bgtau kami tak payah balik, dia tak sakit kuat, dia ok, tak payah kalut balik. Oh nooo mak, masa orang masuk wad sebab high bp masa pregnantkan Najmi kelam kabut emak sampai dari Kedah, padahal orang tadak apa pun masa tu. No mak, orang tetap akan balik. My darling pun cakap jom balik. Hope i can jadi macam emak, i don't want jadi emak over emosi, demam sikit kalut telefon suruh anak-anak berkampung halaman kat rumah, harap saya tua esok tak over emosi, saya nak jadi kuat macam emak.

Ya saya kan Mak Pnut yang sudah boleh beronline di mana saja, so saya boleh update blog dari hospital di sisi emak. Macam mana celc*m broadband setia menemani saya, begitulah saya akan temani emak. Saat ini saya masih menantikan doktor, untuk bertanya keadaan lebih lanjut, tetapi doktor belum round lagi untuk tengahari ni, pagi tadi saya sudah miss, saya nak tau keputusan scan emak, keputusan check jantung emak, and paling penting status batu karang emak macam mana. Saya datang pagi tadi pun emak cakap "buat apa mai, tak payah la bukan mak teruk pun sampai kena jaga," seee.. dia sangat hebat. ermm memanglah emak tak teruk boleh bangun pegi bilik air semua sendiri, tapi bila saya ada at least emak ada kawan.

Saya temani emak, dan encik Celc*m Berukband menemani saya, terima kasih kepada pencipta teknologi.


Kawan-kawan yang baik hati, anda telah berdoa kepada saya semasa saya hamilkan Alesya, anda semua telah doakan agar Alesya pulih dan sihat semasa bertarung 90 hari di NICU, dan anda juga pemurah berdoa agar 'perjalanan' abah saya menemui penciptaNya dilalui dengan mudah, saya mohon doa kalian semua doakan yang terbaik untuk emak saya, andai takdir dia kena operation, doakan dipermudahkan segalanya. moga emak akan sihat sepenuhnya, (saya sedang pujuk emak, kalau kena operate saya nak bawa emak balik ke putrajaya dan buat di sana saja, senang saya hendak menjaga emak, harap-harap emak mau, dan doktor akan setuju.

Emak, selamat hari ibu, moga emak sihat, moga emak panjang umur sampai emak merasa tengok cucu-cucu emak membesar, dan mereka berkahwin dan emak merasa bercicit... aminnnn

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino