Alhamdulillah, emak beransur sihat, emak sangat takut kena operate, emak risau sungguh, sampai tekanan darah mak naik, tapi syukur, saya balik menemani emak, menenangkan emak, emak jadi cool, bp mak normal semula. Batu karang emak main hide and seek, doktor scan tak nampak, so doktor tak der buat operation, laser pun tak, just bagi ubat je untuk musnahkan batu-batu jahat itu. Alhamdulillah..
Malam Mother's Day, darling ajak saya keluar kejap untuk dia belanja, just 2 of us, Najmi dah tido, kitaorg sebenarnya nak test makan kat Radix Fried Chicken (RFC) kat SP, sangat famous dan saya gembira tengok HPA ni milik bumi sudah berdaya saing, mampu setaraf KFC, malah jauh lebih sedap makanannya, harap management akan menjaga kualiti restorannya, dari kebersihan, kesedapan makanan, malah pekerjanya mesti dilatih mesra pelanggan. Dah lama kami balik SP nak try RFC ni, tapi tak berkesempatan, ye lah balik kampung emak musti masak hebat-hebat untuk anak-anak dia, maka apa lagi makanan paling best selain masakan ibu kan.
So malam tu kitaorg pegi mamam kat sana, terkejar-kejar takut RFC tutup, tapi rupanya buka 24 jam ouls. Masuk je saya kagum seh, interior dia lawo, bersih, and paling kagum seat penuh, walau pun masa tu dah dekat pukul 10 malam, paling kagum penuh dengan kaum melayu, pak cik mak cik semua ada, apa taknya RFC dijamin halal dan sesuai dengan tekak pak cik makcik, berbanding ayam KFC yang masin, RFC tidak menyediakan ayam yang banyak MSG dan garam, yuck saya tak suka makan masin, itu sebab tak suka KFC, tapi RFC saya suka, teguk sikit air cokenya, wahhh tidak terlalu manis, sedang elok je bagi tekak orang biasa, (tp masih saya manis bg saya yang tak suka manis la) mashed potato dia?? pergggghh teringat beb..sangatlah sadap.. serius, jauh ketinggalan ka KFC punya, mmg sangat sedap. dengan potato wadges yang ada thousand island sauce dan mayonis, ermmm sangat masyuk la dengan tekak kami berdua.
Ermmm RFC kat KL ada ke? kena tunggu balik SP baru dapat makan RFC lagik la nampaknya. Lagi satu saya kagum dengan rangkaian perniagaan RFC ni, tak lama lagi, leh setaraf jutawan dari Kedah gak Syed Bukhari nih.. Kat area RFC tu je, ada HPA hotel, ada HPA Chinese Food, ada Radix Chicken Rice Shop, Institut HPA, dan banyak lagi, saya kagum la.. dengan tokei HPA ni, jauh dia berfikir dan berwawasan.
okeh meh layan pic pulak
Radix Fried Chicken Sungai Petani buka 24 jam ouls..
Makanan yang diorder
Jadi kepada tokei HPA, sila lantik saya jadi duta RFC..ahahahah mau lagi kembang 4-5 mangkuk.. tapi serius beb mmg sedap la.. kalau sesiapa ke Utara, sila pegi ke RFC ye...
Ni saya tanya encik google mengenai RFC, bolehlah tgk info ye.. HPA
Wednesday, May 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment