Thursday, May 07, 2009

Insurans Takaful and rumah for sale


Insurans




Penting ni untuk masa depan...
Terus terang le cakap kan, kitaorang laki bini ni memang la jenis 'pemurah' bukan kaki saving duit riban-riban berkepuk-kepuk macam orang lain. Most of duit yang simpan-simpan, bila kami rasa nak beli something kami beli je, tak macam sesetengah orang yang tinggi disiplin dia, asal dah masuk saving, dia takkan keluar lagi hatta sanggup isi minyak akai kredit kad, atau pinjam kat kawan dari dia keluarkan saving dia sendiri, alasan dia, kalau hutang pada diri sendiri tak bayar pun, tp kalau hutang ngan orang atau bank, nak tak nak kena bayar.

Prinsip masing-masing la kan. Kitaorang ada tak ada, saving seciput dalam Tabung Haji yang potong gaji sikit setiap hujung bulan, tu pun manjang je bocor.. ye la, yuran sekolah agama Najmi bayarnya by semester, satu sem rasanya RM 400 lebih kot, ye ke babah? hahah omaknya tak tau sbb bapak dia tukang bayar. Pastu saving tu perlu simpan untuk road tax kereta, insurans kereta, pastu kos-kos service keter bagai. Jadi benda-benda tu selalu bocor la kan dan itu pun tujuan kita menyimpan.

Dan saving simpan untuk case kecemasan, kot emak sakit ke nak pakai duit, at least ada saving, untuk kami Insya-Allah, both of majikan kami laki bini cover perubatan ahli keluarga, pilih je la nak pegi hospital gomen ke swasta, percuma beb. Part tu tak der la risau sangat kan. Tapi kenalah fikir panjang kan, jangka masa panjang.. Sebab kami berdua bukan sangat 'kedekut' sangat dengan simpanan kami sendiri. Jadi untuk jangka masa panjang, kami perlu ada insurans bagi simpanan, dan jaminan masa depan, musibah datang kita tak tau, jadi kita buat persediaan.

Najmi memang dari baby dulu dah ada insurans pendidikan, itu cerita lama, maybe kitaorang pun nak stop plan yang dah tak wujud pun skrang, and apply plan baru kat dia. Babah memang dah ada, and now for me and Baby Q. Jadi semalam kami berjumpa dengan RAUF seorang anak muda yang punya semangat tinggi untuk berjaya. Saya kagum, dari berkerja makan gaji, dia buat sesuatu untuk kepuasan diri dia, syabas, saya harus beri sokongan kepada anak-anak muda yang ada wawasan begini. Kami berbincang dengan polisi insuran yang dia sudah sediakan untuk kami. Insya-Allah harap semuanya berjalan lancar.

Kitaorg bincang bab insurans kejap je, pastu topik lain je yang lebey, my darling babah tu, kalo bab bersembang korang jangan tak tau, boleh jadi wakil rakyat. Dia boleh buat rapat umum berjam-jam rasanya. Hahaha. Kalau tak dihentikan mau meleret sampai lebih pukul 12 malam. Tak caya, try test ajak dia borak, he can talk dan talk and talk. NSTP katanya (Non Stop Talking Person) ehh bini dia pun sama gak sebenarnya..ahhaah. Kitaorg berurusan kat mamak je. Senang, plan asal nak kat rumah je, tapi tukar lepak kat mamak sebab saya dari Bangi membeli barang2 kek.

At least dengan ada insurans ni esok-esok anak-anak saya tak payah le pinjam PTPTN kalau nak belajar, at least kami ada pilihan lain. Kemudian dengan adanya insurans ni juga, selain daripada saving untuk pendidikan, setidak-tidaknya kalau apa-apa berlaku kami ada sumber kewangan. Jadi untuk kalian semua yang membaca, kalau boleh belikan satu plan untuk anak-anak dan diri sendiri, tak payah bayar mahal-mahal monthly, ikut kemampuan kita je, macam plan saya ambil untuk anak beranak ni, asalnya Rauf cadangkan RM100 seorang, tapi saya rasa tak mampu la kalau RM300 sebulan untuk bayar, jadi dia tukar plan jadi RM80 sebulan, so untuk 3 beranak kami sebulan cuma bayar RM240, (so saya ada lebihan RM60 ringgit untuk saya beli 'jajan' kat romantika,) hiks.. kalau tak buat begitu, tak mungkin saya nak simpan duit RM240 sebulan sehingga bertahun-tahun boleh dapat 10-20 ribu. I know my self la kan.. mesti saya teringin nak beli lemari la, nak buat itu, nak buat ini..

So kalau sesiapa nak plan insuran boleh hubungi Rauf 016 2258 084, Insya-Allah kita mulakan dari sekarang, at least simpan RM80 sebulan untuk diri sendiri atau anak-anak, cuba kalian fikir, kalau tak bayar untuk insurans tu 80 ringgit, apa kalian buat dengan duit RM80 tu? kalau saya la kan?? ermm dah tentu beli barang hiasan rumah saya, tak pun beli baju, beli tu beli ini, ini at least dah bayar untuk insuran, saya agak-agak le jugak nak spend kat benda lain kan, bak kata Nabil Lu Pikir la sendiri. Percayalah cakap saya tak rugi. Kita tak tau nasib kita nanti macam mana kan, sihat selamanya ke, berapa lama hidup ke, kalau kita takder macam mana nasib anak-anak kita??

Plan saya ambil ni bagus, katakan pembayar meninggal sebelum anak umur 22 tahun, plan ni akan continue, waris tak perlu bayar, sehingga anak berusia 22 tahun, selepas 22 tahun baru dia kena bayar sendiri (plan ni kiranya tempoh matang sampai 49 tahun) so let saya pada usia anak ni 22 tahun, dia rasa nak stop, dia boleh stop keluarkan semua apa dia layak dapat, dan boleh continue ambil plan lain yang lebih releven pada masa itu untuk diri dia. and kalau dia nak teruskan dia just bayar la RM80 tu sampai usia dia 49 tahun, (eh betul ke rauf, pepandai je akak ni bercerita..eheheheh) ingat lagi 10-15 tahun org tader nak buat insuran mula RM80 dah monthly, Jadi renung-renungkan dan selamat beramal..hehehehe..

Ok itu pasal insurans la kan, ni saya nak post khas untuk pak Long sebenarnya, Pak long ayah mat jan ada call saya dua tiga hari lepas tanya pasal rumah kot area umah saya ada orang nak jual rumah, sedara dia nak beli, so Pak Long, ni satu rumah yang lokasi yang sesuai tepi jalan, dekat dengan pondok polis komuniti, tanah dia perghh very the luas, boleh buat padang bola lagik... reganya?? erkkk RM500K beb, tapi mungkin boleh nego lagik.

Mmg hartanah kawasan rumah kami tinggi value dia, rumah semi d macam saya, kosong tak renovate apa-apa pun dah cecah 300K, orang dulu beli RM140-150K je, uhuhu, rumah saya dah renovate depan belakang, tambah bilik, tambah bilik air lagik..wahh agak-agak dah cecah 350K la kot kan..hehehe beli dulu tak sampai 180K pun saya beli lewat, tahun 2005, orang lain dah beli frist batch tahun 2000 lagik. Ermmm agak-agak nanti kalau dah cecah value 500K, boleh jual ni bang, kita beli tanah lot buat banglo dan buat dusun..wahhh idaman tu.. hahah angan-angan beb.. tapi tak mustahil kan? saya memang mengidam nak buat rumah kat kawasan kampung, tanah lot, ada pokok buah-buahan keliling rumah, pemandangan biasa saya dapat lihat sekitar perjalanan Sg. Merab, Teras Jernang, Jenderam.. best betul.

Area perumahan saya ni kampung tau, Kampung Limau Manis, Kampung Tengah (Sg. Merab) Teras Jernang, Jenderam... byk signboard tanah untuk di jual, lokasi pun tepi-tepi jalan, pastu luas, malah ada yang dah siap ada dusun lagik. Serius, sepanjang jalan Jenderam tu kalau lalu musim buah, terasa macam kat Kampung je, sepanjang jalan ada org jual rambutan, manggis, cempedak, durian, petai, diaorng jual depan-depan rumah je. Memanglah jiwa kami tinggal di perumahan ni, kampung, paling penting sesuai untuk anak-anak membesar.

Inilah rumah yang hendak dijual tu. boleh call nombor ni ye 013-3445703 tengok le tanah dia luas beb, boleh bikin bapak banglo atas tapak tu
Photobucket

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino