Sunday, May 03, 2009

Picnic @ Sg. Tekala


Minggu lepas yang busy, busy dengan kerja, busy dengan order cupcakes, busy juga pegi kelas mendeco cake, ermm nak mahirkan lagi skill. ALhamdulillah banyak benda dapat belajar. Sungguh saya tak tipu, saya gila punya sibuk sekarang, setiap hari saya kena plan nak atur kehidupan saya, hari apa kena buat kek, hari apa pegi beli barang kek, hari apa saya kena pegi kelas, bila ada hari yang agak free, itulah masanya saya nak santai anak beranak, bila ada jemputan kenduri tiba saya pening fikir mana nak pegi dulu, mana kemudian, sebab jadual saya selalu penuh dengan buat kek je setiap hujung minggu.

Saya freekan date 1 Mei block date, tak terima order cupcakes untuk 2hb, so that saya free and rileks pada 1 Mei, Khamis petang tu, tiba-tiba darling tanya cuti nak pegi mana? Saya cakap jom pegi picnic lagi, kita pegi Sg. Tekala nak? Darling ok set je, terus dia suruh saya call anak-anak sedara dia berdua tu, Luqman dan Wan (ingat tak Wan yang encem pangku Alesya tu??? ehehe) Masa kitaorg pegi PD itu hari Wan tak dapat ikut sebab dia ada program kat universiti dia, so kitaorg bawa Luqman je.

Tapi kali ni saya saya sudah naik tanduk, ajak Wan join kitorang pegi picnic, walau dia ada paper final exam hati Isnin, eheheh tapi kitaorg janji hantar dia balik Sabtu. Dah plan pun lewat petang sangat dah, pastu saya sebok dengan cupcakes, pastu mana sempat nak prepare apa-apa nak piknik esoknya, jadinya pagi-pagi Jumaat saya nak beli barang basah sekalikkk kedai totop daaa, uhhh malasnya nak pegi Pasar ke Presint 8 tu, so saya pegi Carefour je la pepagi tu, first time pegi Carefour ke pasar pagi dia jam 8 pagi tu, eheheh, so balik terus 'bersilat' kat dapur, settle masak semua dalam masa sejam, wahh pantas sungguh. Just buat masak lemak ikan masin ngan nenas, air asam, buat sambal utk percik kat ikan dan ayam, tu je menu kami.

Kami gerak dari rumah dah pukul 11 lebih, dalam pukul 12.15 camtu, kami dah sampai kat Sungai Tekala, dekat je rupanya eheheh, jauh lagi pegi Ulu Yam, tp Ulu Yam best. Disebabkan hari Jumaat, maka kaum lelaki tlg kami angkat barang, rileks kejap, hidupkan api, terus bibik bakar ikan dan ayam sementara saya layankan Alesya main-main mainan dia, seronok dia dapat outing.

Okeh kasi itu gambar stori pulak
Menu picnic kami sempoi jek..


Lama ooo mak pnut tak mandi sungai, sangatlah lama, last sekali mandi sungai belakang rumah darling kat Sauk tu, ishk lama dah najmi kecik lagi mana tu. sungai belakang rumah tu ala-ala begini la juga, best sebab privacy, mmg tader orang kat sungai belakang rumah tu, and airnya fresh dari gunugn. tapi skrang dah tumbuh hutan jalan nak ke sungai tu, takut lak nak redah, kang terjumpa B*bi Hutan lak,


Ada banyak wakaf disediakan, tapi kena pegi awal la, 'booking' wakaf kitaorg lain, jauh sikit dari sungai, tapi oklah jugak, selesa


Luqman menunjukkan kasih saya kebapaan kepada seorang bayi, hiks.. ada tokoh jadi bapa penyayang tu yop..eheheh, eh masa ni angin 'tengah sedap' buka silidn door, selak sheer curtain, maka angin berpusu-pusu masuk, wahh best.. dan indah ialah, Mak Pnut kini bukan seperti Mak Pnut dulu, Mak Pnut kini sudah boleh online hatta dalam jamb*n sekali pun...hahah sessi berlagak. Maka sambil lepak tgk tv, boleh online sambil bersila lagik..
Kalau orang tengok kehidupan saya, sangat sibuk, terkejar-kejar, ermm tak per, orang kampung saya kata What you give you get back. Memang saya kerja keras sekarang, saya sudah setkan satu target untuk saya capai dalam masa 3-4 tahun akan datang, mungkin lebih atau mungkin lagi kurang. Selain sibuk dengan buat cupcakes, saya juga sibuk masuk kelas kek sana sini, menambah ilmu dalam bidang ini, semasa dikelas cake baru-baru ini, kelas yang saya masuk itu ialah kelas fondant cake, ada sorang akak ni tak pernah buat kek fondant sebelum ni, dia buat hantaran perkahwinan, termasuk kek la, so dia kata minggu depan dia ada tempahan fondant kek hantaran, kebiasaannya dia tempah dari orang, tapi kali ini dia nak cuba buat sendiri, saya kata beraninya dia baru satu kelas sudah berani buat tempahan, hantaran pulak tu.

Dia cakap pada saya, kalau nak berjaya kena berani, jangan takut gagal, saya terpukul, dan saya rasa saya pun kena pegang prinsip itu juga, jadinya saya mencabar diri saya sendiri, yang terdekat, hujung bulan ini anak buah hubby abangnya si Luqman tu nak kawen, kalau ada masa sure saya akan siapkan kek kahwin 2 tingkat yang sudah saya belajar, bila lagi nak mencuba kan?? Insya-ALlah, yakin pnut..yakin..

Untuk menambah keyakinan saya, sebelum ni banyak kali saya digesa adakan kelas cupcakes, tapi saya menolak, sebab saya rasa saya belum cukup ilmu, dan tak bersedia untuk terima 'upah' mengajar orang dengan ilmu tak seberapa saya. Tapi saya sudah menyahut cabaran seorang teman yang pernah order cupcakes dengan saya dan beliau bekerja dia sebuah kolej komuniti, dan dia berbincang mengajak saya buat kelas di tempat beliau bekerja, maka saya sahut cabaran itu, dan uji diri sendiri

Beberapa hari selepas itu wakil Wanita Persatuan Penduduk perumahan saya hubungi saya meminta saya beri tunjuk ajar mendeco cupcakes. Insya-Allah saya juga terima jemputan mereka, bukan wang ukuran saya, kerana kelas di kolej komuniti itu yurannya sangat rendah, dan untuk bayaran saya sebagai pengajar di bayar oleh kerajaan, yuran peserta untuk cover kos-kos saya membeli barang sahaja. Untuk kelas anjuran Persatuan Penduduk, saya hanya minta mereka bayar kos saya membeli barang sahaja, tetapi kata penganjur, mereka memang sediakan bayaran untuk pengajar, ermm mungkin saya akan sumbangkan saja bayaran untuk saya kepada pihak surau saja, biar berkat perjalanan pertama saya. Mudah-mudahan...

So kak Mazni jiran setaman saya, jemput datang ke kelas saya ye, tak perlu bawa apa, bawa diri je.. ehehehe

Ingat..jangan takut untuk berjaya, kena berani gagal. Membaca catatan member forumer di thread usahawan saya naik semangat, ada yang berkali-kali kena tipu dengan pembekal, kena tipu dengan pelanggan, bermula dengan modal 30-40 ringgit, kini ada sorang brader ni income bulanan dah cecah 5 angka, sekali pergi china borong barang dagangan dia satu kontena. Saya kagum!! Ermm bila office darling ku nak keluar VSS ni.. kalau dua-dua kerja payah nak bisnes, kena salah seorang berhenti kerja, baru boleh, kalau saya keja kat kompeni misai dulu tu, dah lama saya berhenti buat bisnes, tapi sekarang saya keja gomen, sayang pulak..eheheheh ada pencen tu...

Psssstt : lagu yang ada kat blog skrg ialah lagu Aizat-Pergi, best sangat lagu ni, saya layan setiap hari, dan menjadi kesukaan seisi pejabat ni..eheheh

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino