Tuesday, May 05, 2009


Cerita si Abang pulak
Alhamdulillah, dan Insya-Allah, hari ini akan tercatit satu memori untuk si Abang Macho ni, Alhamdulillah, semalam dia dah khatam dan tamat bacaan Muqaddam dia, dan hari ini Insya-Allah, di sekolah agama petang nanti dia akan baca Al-Quran pulak, Syukurlah, jauh lebih hebat pencapaian dia berbanding saya, saya dulu darjah 4 ke darjah 5 kot baru khatam Muqaddam pastu baru naik Al-Quran, darjah 6 baru khatam Al-Quran. tu pun dah nak masuk tingkatan satu masa tu. malu seh..

Abang, tahniah ye, moga jadi contoh buat adik. Oh ya, dia tak suka dipanggil Najmi sekarang, dia rasa dia 'hebat' kalau dipanggil abang, so semua orang panggil dia abang, keluarga saya, Mak Su, Mak Tok, semua-semua kena panggil dia abang, eheheh tapi dengan kami ahli keluarga dia, dia akan sebut kata ganti diri dia 'kiter' tapi dengan orang lain, macam bibik saya or bibik kak Zah sebelah rumah dia sebut diri dia abang. So sebagai motivasi supaya dia rasa dia boleh jadi ketua pada adik dia, kami pun akur pada kehendak dia, panggil dia abang.

Masih anak manja mama dan babah..



Sensitif, walaupun anak lelaki sulung, tapi dia sangat sensitif, mudah menangis dan tersentuh hati. kira tak berapa kental la mamat ni..hahaha, paling dia sensitif dengan babah dia, mungkin sebab mereka berdua ni agak klon.. tak caya tengok pic berdua tu kat bawah, very the klon kan.. orang kata anak lelaki ikut muka bapak, panas, betul la tu. Tapi at the same time dia juga boleh jadi best friend babah dia, kalau saya malas ikut babahnya keluar dia akan temankan, pegi hantar cupcakes, pegi mengeteh kat mamak, kawan babah tengok bola waktu malam, bila solat babah jadi imam, dia tukang baca doa. Insya-Allah, dia dah boleh jadi imam solat nanti. Kat sekolah agama dia sudah beberapa kali menjadi imam solat asar. Banyak doa-doa panjang-panjang dia sudah hafal, erkk yang emak pak dia pun tak terhafal.



kacak beb!!



Ni si abang kepenatan, mama baru jemput dari sekolah tghari, masuk keter tak sampai 3 minit terlelap, rupanya mama dok pot-pet-pot-pet sorang-sorang je..aduhhh


Tengok satu patern kan?

Teringat tahun lepas Najmi ikut adik-beradik hubby beraya, and all the sepupu sepapat dia ada sekali la, kitaorg tak pegi sebab baby Q masa tu kena dibawa ke hospital, kena cucuk. So masa pegi beraya, mula-mula masuk rumah, tuan rumah tanya le sorang-sorang bebudak kecik yang datang beraya,"kamu anak sape, yang ni anak saper, yang itu anak saper," sekalik, bila kena tang si Najmi, orang tu cakap "huh, yang ni tak payah tanya aku tau anak Ikram, tengok pun tau," hahaa tu dia.kuat sungguh gen babah kat anak dia, eheheh tergelak kami time diceritakan hal itu.



Like father like son maaaa..


Kitaorang mengamalkan konsep, father, mother, friends punya konsep. Dia boleh cerita apa saja and kami akan mendengar, Eh, Sally tau tak, Najmi cakap dia suka Aina, nanti nak ambik Aina jadi awek dia katanya,kitaorang tanya kenapa suka Aina, dia kata sebab Aina tembam cute, eheheh lawak la.. So kitaorg selalu usik-usik dia pasal Aina..hahah malu-malu kucing dia..


Ada sekali tu baca kat blog mama Aina kata tangan Aina kena air panas, wahh member ala-ala risau gitu, terus minta call mama Aina, ehehe sekali Aina kat rumah nenek dia kat Cheras, so saya pun call Cheras, tetiba jadi cam romeo, sebok dia tanya teruk ke kena, sakit tak? tapi masa tu Aliya yang banyak cakap dengan 'mimi' diaorg. ehehe, Actually Aina dan Aliya ni cucu Cik Yam, yang jaga Najmi masa kitaorg kat Cheras, kekdahnya bebudak ni macam adik beradik la bila berjumpa, feeling main tak ingat dunia terus.


Bebudak ni pulak takder adik beradik lelaki, jadi si "mimi' feeling dia la hero kepada bebudak tu, paling kelakar, masa kenduri tunang si Rodi lawak siot, masa Najmi sampai, ALiya dan Aina sebok main dengan orang lain, dan cakap, tanak main dengan Najmi sebab dia lelaki, terus sentap mamat, nangis beb!! jenuh papa (atuk) pujuk si Mimi..hahahah harus mak pnut kena blogkan kisah ni, kenangan tu, nanti dah beso sure dia malu sendiri baca ni. heheheh


Inilah Aina, comel kan??



Ini pulak Aliya, comel jugak kan, Aliya dah darjah satu dah.

Ok, sekian kisah kanak-kanak hari ini.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino