So that dalam kepenatan dan kesibukan saya bgtau hubby, jom kita tengok wayang, mama penatlah, and kitaorg ingat nak tengok Fast and Furiuos 4 (FF4), this Najmi punya fav movie, dia boleh hafal setiap nama watak, jenis kereta dalam movie yang 1,2,3 punya. Kalau my blog reader dari dulu lagi, sure tau Najmi memang suka drift-drift ni, malah kalau dia bukak pc selain dari dia main games-games drift online tu, dia suka surf bab nissan skyline la, mitsubishi la.. ya dia minat kereta. Itu sebab masa team Kl Evolusi Drift II anak Usop Selam tu buat pengambaran kat sini bulan lepas, dia teruja sangat. dan tak sabar nak tengok kat wayang, tp kena tengok dulu sesuai ke tak, sebab yang first dulu macam tak berapa sesuai.
Ok balik pada citer nak tengok wayang tadi, sy curi masa selesai je siapkan order untuk Shida yang kat bawah ni, saya break sekejap, jam 12.45 tgh, saya keluar pegi Alamanda beli tiket kat GCC.
Tapi malangnya filem FF4 tu hanay utk tontonan 18PL, maka Najmi tak boleh masuk, so kami beli tiket filem Telentime utk 3.25 ptg, disebabkan rumah kami dokek je ngan Alamanda tu, maka sempat lagi, pegi Mydin dulu beli barang basah sikit, pasut balik rumah mandi, solat zuhur dulu, jam 3.10 minit ptg baru kami keluar rumah..sampai GSC masih sempat berbaris beli pop corn lagi.ehhehe
Telentime for me is best.. ya saya suka naskah-naskah Yasmin Ahmad, mungkin dia agak liberal bab sensitiviti bila sentuh bab Islam, tapi saya masih boleh layan filem kerana dia pandai 'bentuk' pelakon yang berlakon di bawah dia, camner utk filem Sepet, dia bentuk Jason yang tak pernah berlakon jadi pelakon yang best, camner dia bentuk Mohd Syafie Naswip a.k.a "Mukhsin" and this time kita beolh tengok bukan nama-nama besar dalam bidang seni berlakon, tapi mereka boleh berlakon di tangan Yasmin Ahmad. Not bad lakonan adik si Vince tu, abang dia pernah berlakon citer Usop Selam, tapi tak jadik langsung.
Berlaku sedikit arguement dengan my darling the end of wayang tu, dia komen, Yasmin terlalu liberal, dia angkat bab agama mudah sangat, seakan menghina Islam (ya..kami berbicara agak ilmiah di dalam Mr. Grey selesai menonton, dengan Najmi makan sisa pop corn di seat belakang) yes aku setuju, but aku cakap kat darling, kenapa kalau pengarah lain tonjolkan seorang islam minum arak, mabuk, buat fitnah, dengki, bomoh kurafat, kita boleh terima? sedangkan benda tu semua salah, dan yang berlakon itu Islam, tidakkah kita menghina Islam? It is fact darling, dalam hidup kita memang ada orang Islam buat semua tu, sama macam dialog dalam filem Telentime, di mana seorang India yang sedang meraikan majlis perkahwinan, mati dibunuh dalam pergaduhan kerana satu keluarga Islam marah kerana katanya keluarga India itu tak hormati majlis tahlil yang dibuat keluarga Islam itu, dan bagaimana Ganesh yang masih cool bila kuil hindu dia dimusnahkan oleh golongan kononnya beramal, tapi tidak hormat orang lain. Darlind i diam. hiks.. Yasmin tak hipokrit, dia berani, tapi kata darling berani tak bertempat. Ermm i have no komen about that.
Cuma memang ada a few part yang mungkin tidak perlu berlebihan, tapi bagi saya itu sesuatu yang menyeronokkan. Terutamanya keluarga Harith tu, kalau pun kita rasa pelik, tapi saya impikan suasana hormani dan ceria begitu dalam keluarga. Dialog paling indah yang saya sempat taip kat nota dia hp ialah bila Manesh dimarahi emaknya kerana bermalam di rumah Melur, and emaknya yang masih kaut tradisi Indianya, marah dan pukul Manesh, Manesh yang bisu melutut dan 'bercakap' dengan bahasa isyarat "Mak demi tanah yang emak pijak, saya minta ampun pada emak, kalau emak mahu saya berhenti menemuinya, saya akan buat, tapi emak kena mengajar hati saya macam mana melupakannya, kerana hati saya tidak tahu bagaimana untuk melupakannya" oh noo part ni air mata meks merembes gilooo dan kantoi dengan Najmi..uhuks... sedih nokss...
Saya rasa mahu menonton sekali lagi dengan hati dan jiwa tenang ehheh kerana semalam saya menonton dengan pelbagai soalan dari anak berumur 8 tahun, dan dengan fikiran teringatkan tempahan cupcakes masih ada dua belum siap. heheeh siapa mahu menonton bersama saya, moh kite... Saya baca ulasan dari member forum mengenai filem ini, banyak arguement menarik, pro and kontra, membuatkan membuak-buak nak tengok sekali lagi.. ermm kalau ada show jam 12.30thg, sempat tu lunch break jumaat pegi tengok nih..hahahaha
Pssstt... Saya suka Hafiz AF7, he is cute adorable and very the sadap suaranya.. i liiikeeeee..
and saya juga suka lagu tamil dalam itu filem...bestttttt tak pernah saya suka lagu tamil.. and saya juga suka lagu masa Hafiz (Mohd Syafie) nyanyi atas pentas sambil main giter..ermm i wonder suara dia sendiri or suara orang lain ye..kalau suara dia mmg sedap..
0 Komen:
Post a Comment