Wednesday, April 01, 2009

Kebab Mak Pnut


Tadaaaaa.. seperti yang mak pnut janjikan, Hari Isnin nan silam, berbekalkan lebihan dada ayam yang dipanggang hari Ahad sebelum tu. Lemon Rosemary Honey Chicken Mak Pnut tu.. part dada tu disimpan, plan asal nak buat sandwich, tapi bila pegi Car*four nak beli barang sikit, tengok roti pita, terus rasa nak buat kebab, eheehe, terus call bibik kat umah minta keluarkan daging ayam kisar dari peti sejuk

Maka balik dari beli barang, terus saya mulakan aktiviti buat simple miple kebab ni.. kebab versi Mak Pnut la..mana sama ngan kat pasar malam kan.. (eh mana orang kat pasar malam beli ayam/daging tu ek?) simple sangat resepi ni, even kanak-kanak pun boleh buat..hahahaha sebelum tu, ajak dua bibik tengok cara membuat kebab (my bibik and bibik kak zah sebelah rumah, sebab itu hari boss kecik bibik sebelah ada bagitau kalau nak masak apa-apa ajak bibik dia, sebab bibik nak belajar nanti boleh buat kat rumah diaorang) maka bibik berdua itu tidak berkebun la petang tu, mereka di dapur saya,

Okeh mari kita lihat bahan-bahan untuk buat kebab versi Mak Pnut

Kebab Mak Pnut
1. 1 bungkus ayam kisar Ramly
2. 2@3 keping daging ayam burger
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 labu bawang besar (potong dadu)
5. 1 ketul kiub ayam meggi
6. Sedikit lada hitam (serbuk)
7. sedikit lada sulah
8. 2@3 sudu soso cili
9. 1 susu besar sos tiram
10. 1 sudu seasoning oil meggi (ala..selalu org goreng burger boh tu)
*no.10 ni optional, tak boh pun takper, umah gue ada stok, gue boh le..)
* Tambahan, daging ayam lebihan Lemon Rosemarry Chicken tu.

Sayuran
* Mix vege
* Salad
* Timun
* Kobis
* Mayonis (erkk kategori sayuran ke?? hentam je la..eheh)

Cara
1. Tumis bawang putih dan bawang beso sampai kekuningan
(bawang beso dari sebiji tu ambik suku je)
2. Kemudian masukkan sedikit air (anggaran setengah cawan) dan masukkan daging ayam tadi tu masak sampai kurang sedikit air tadi.
3. Masukkan kiub ayam, lada sulah, lada hitam, sos tiram, dan seosing oil tu.
4. Masak lagi sampai agak basah sedikit je, kemudian masukkan sos cili, mix vege, baki bawang dadu tadi, masak lagi jangan sampai terlalu kering, then masukkan lebihan ayam Lemon Rosemarry Chicken tu, gaul-gaul biar sebati.

Ok dah siap, sejukkan sekejap then gaulkan dengan mayonis, dan sayuran kobis tadi

dah siap, letakkan salad dan timun dipotong nipis dalam belahan roti pita @ sosej, then isikan dengan inti daging kebab kita yang sempoi itu tadi.. then pipe kan dengan sos cili, sos lada hitam dan mayonis, (ni nak kasi lebih ummmpphh je, tak der pon tak per, dah sedap dah...makan gitu je..)

simple je resepinya tp mabeles ouls... cobalah...

*note-saya guna sos lada hitam seperti pic di bawah ni from singapore, jenama SingLong (ada logo halal la of course) sos nya sedap banget, kena beno ngan tekak kami anak beranak, harganya mahal jugak sebotol tu RM6.00 lebih, tapi berbaloi la sedap.. beli kat Car*four, tempat lain tatau le ada tak, sebelum ni dah try byk jenis, Life la. Meggi la..Kimball la..tp ini yang paling sedap..

Okeh tengok gambo lak..

Pic last tu, gaulkan kobis-kobis dengan mayonis
yummy!!!! ready untuk bibik sebelah bawa balik minum petang dengan Kak Zah dan Raja, my very-very best neighbour in the world.. hahaha (membodek sebab kak Zah ada swimming pool, jadi nanti saya nak pegi mandi-manda tak payah pakai baju renang..hahhaha)

Menu ni sesuai bebeno buat bekal anak ke sekolah, malam-malam siap-siap buatkan inti kebab tu, letak dalam peti sejuk, esok pagi, panaskan kat microwave, pastu gaulkan dengan mayonis, macam si Najmi tak suka mayonis, just letak sos lada hitam dan sos cili je kat atas kebab tu, bawa bekal ke sekolah, tapi kesian dia, kawan-kawan ngendeng minta rasa bekal dia..ermm lenkali kali kena buat lebih la.. Lagi satu, budak-budak tak makan sayur pun kalau boh sayur-sayur sumbat begitu, dia tak perasan pun ada sayur, dia ngap je semuanya.. eheheh trick beb..
Apa lagi..try la weiii tak der alasan, takder oven, takder pengukus, tak mixer.. tak der breadmaker... cakap je terus terang malas nak buat kalau tanak try... hahahah sangat kejam sungguh mak pnut punya kenyataan... Kak Noni..meh la pindah jadi jiran saya...kui..kui..kui...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino