Monday, February 16, 2009

tengok Gang and Bila rasa dah tua


Salam semua.
Holaa Sabtu nan silam kitaorng plan nak pegi tengok filem Geng tu, tapi kat GSC Alamanda tu penuh yang oiii fulllllll se full-fullnya sampai nak masuk panggung pun kena beratur, dia punya show setiap 2 jam bermula jam 11am kot sampai last pukul 1.15am, gilos tu.. Najmi dah muka masam sebab tak dapat tiket untuk tengok malam tu, pastu nak beli untuk esok malam (Ahad) pun sumer sudah full, yang ada cuma midnight je, huishhh hilang akal emak Najmi nak bawa anak tengok wayang midnight, esok tu nak school kan.

Then, gamble je la pegi The Mines, pun abeh sumer untuk malam tu, cuma tinggal untuk esok punya show, beli gak le, dapatlah tengok time 3.20pm, tu pun dah tahap kena melangut dah, sbb seat belakang semua dah full. Tu dia penangan budak botak comei berdua tu, hahaha padahal diaorang tu tahap undangan je dalam citer tu.

So saper nak tengok wayang tu, sila-sila book dulu, kalau book pun jangan lambat pegi ambik tiket, kang diaorang terus jual kalau lambat ambik. atau kalau nak tengok Sabtu or Ahad, beli la seawal Khamis or Jumaat. penuh berduyun manusia, bukan takat Melayu je, saya nengok Cina dan India pun ramai tengok, malah anak-anak Cina siap pakai T-shirt Upin dan Ipin lagi. Dengar kata kat Indon pun dah malatop dengan Upin dan Ipin.

Kalau macam tu punya sambutan, tak mustahil target depa nak capai 10 juta boleh dicapai. Segala emak/bapak/kakak/abang/makcik-makcik dengan rombongan anak beranak pun berkampung nengok citer ni. Kagum seh, anak Malaysia boleh gak buat animasi gitu. Komen ahkak, animasi best, lawak pun boleh tahan, cuma jalan cerita macam kelam kabut sikit, and dah bukan nama pun citer Upin dan Ipin, maka diaorang tahap pelakon pembantu je la.. Harap-harap les kopek boleh buat full movie Upin dan Ipin lepas ni. Kot-kot les kopek (tak reti nak eja nama kompeni depa ni berbelit) ni boleh jadi legend, ala-ala Walt Disney ke? bila sebut les kopek orang akan ingat animasi terbaik dari depa.

Kalau korang rasa maleh nak bawa anak-anak kecik tengok wayang, takut bising ke hapa, jangan bimbang, bawak je, sbb dalam panggung tu dah macam nurseri, eheheh segala genap usia bebudak ada, malah ada usung stroller masuk panggung, enjoy sangat tengok seisi keluarga, Best!!

Ok tamat citer upin dan ipin tu..

Nak tulis pasai ni pulak, actually dah lama tulis pasal ni, tapi tak publish, asyik dok simpan dalam draft je, hari ni kita kasi uppp sama dia occay..

Tiba-tiba saya rasa saya dah tua, hiks kenapa?? meh lihat..

* Kalau masuk keter je, bukak Sinar FM, layan lagu-lagu lama, siap boleh nyanyi dengan baik ikut lirik lagu berkumandang. Dan bila tukar channel radio dengar lagu-lagu jerit-jerit rasa macam ehh tak bestnya..eheheh contoh lagu yang ko boleh nyanyi dengan baik semasa berkumandang ialah Tommy J Pisa "kelmarin..kau masih bersamaku..bercumbu dan merayu.." bila si Najmi, tanya ni lagu sapa, terkebil-kebil budak tu..eheheh

* Kalau dulu pegi kedai nak beli barang orang selalu sebut "adik nak apa?" pastu orang sebut "ye, akak nak beli apa?" dan terkini masuk kedai, ada awek jambu usia lebih kurang belasan tahun akan sebut "ye mak cik nak apa?" hollaaa tak sukerrrr nyeee...

* Bila sebut Ella and the boys depan adik-adik yang saya yang ICnya kepala 9 atau kepala 8 yang dah hujung 1988, 1989 tu, dia heran, kenapa Ella and the boys... lorrr depa tak tau Ella dulu ada band nama band tu Ella and The Boys.. mak aiiii kertu sungguh ku rasa...

* Bila bukak channel tv pulak, tiba-tiba ada filem Esok untuk sipa, Tiada esok bagimu, Ali Setan, Mekanik, Adik Manja, tiba-tiba saya boleh melekat layan filem-filem tu, dan membayangkan time tu lah Mak Ndak, Mak Ngah, malah emak bapak saya masa tu pakai seluar ala-ala yenki, rambut belah tengah, baju ketat, very the retro, dan saya masih ingat dengan baik kaler baju mak-mak or pak-pak sedara time tu, balik-balik kaler kuning ayaq dengan brown.. dok pusing kot tu saja..

* Bila ikutkan si Najmi masuk kedai CD cari CD Otromen ke Power Rangers ke, ko boleh membelek CD Richard Max, Gun N Roses, Ekamatra, Mega, Black Rose, Meditasi, Illusi, Francesca Peter,pastu siap leh senyum-senyum, and bila saya tanya lagu-lagu kumpulan Qiara, awek kedai tu buat muka heran..hahaha
*Bila anak-anak sedara dok belek henpon saya, tanya "wenco ada lagu best tak dalam HP?" saya cakap ada, tgk le.. hahaha bila depa tengok bunyi mereka camni:- "best hapa ni..lagu tak pernah dengar pun, tajuk pun jiwang semacam je.." wakakakaka ada lagu teratai layu di tasik madu, ada lagu hanya satu persinggahan, ada lagu pusara di lebuh raya, ada lagu Seribu Bahasa Sendu, ada lagu Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati..hahahaha
apa lagi ekkkkk??? korang lak camner??


Pada yang bertanya pasal tips kalau budak demam panas dan kena sawan tu, boleh tengok akt entry lama mak pinat ek.. SILA KLIK SINI EK korang scrool la nengok entry lama-lama kat bawah tu ek..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino