Alesya genap 8 bulan 9/2 yang lalu, tapi mamanya busy, tak sempat update blog. Ye la sayakan pembuat kek, penjual kek, tukang masak kat umah, tukang pegi paso (dengan hubby la, dia tukang bayo dan tukang bawa barang, eheheh), saya juga ada tanggungjawab menjaga kebajikan dua mertua saya yang uzur, so masa untuk saya duduk depan pc very limited tau, masa yang ada kalau tak buat cupcakes, saya sediakan makan minum untuk mertua saya berdua, sediakan minum petang, minum pagi.. seronok masak-masak bila ramai tukang makan. ehehehe, ohohoho saya perlu diet gila-gila semula setelah tak berapa berdiet kerana hari tu emak ada, plus saya asyik masak-masak..masak dan masak je..pastu makan.. sekarang walau masih masak, saya tetap marah diri saya kalau makan..hahahah rugi ooo dah beli byk baju size 48, kang tak muat.. (hiks...motivasi diri occay)
Ok, Alesya yang genap 8 bulan menyambut hari jadinya dengan demam, saya sangat cuak/suspen bila anak-anak demam panas. Bagi yang dah lama follow blog mak pnut ni, tau le kesahnya Najmi yang pernah 3 kali kena sawan/tarik masa demam panas. Very horror ok..so tiap kali Najmi or Alesya demam panas, saya tak leh lena tido malam, saya tak leh nak tinggalkan mereka lama-lama dari pandangan mata. So semalam saya cuti, puas hati nak monitor anak depan mata, tak sanggup untuk ambik risiko lagi, cukup 3 kali rasa sangat suspen masa Najmi kena dulu. No...saya akan cuba sedaya upaya ianya tidak akan berlaku pada Alesya, Insya-ALlah dengan izin Allah Taala.
And kelakarnya, Alesya harus 'berperang' nak tido dengan tongkat opahnya, ehehehe, baru je dia nak lelap, berunyilah tongkat opahnya, ketuk ketak..ketuk ketak..terjagalah dia...ehehe, and semalam akhirnya saya bawa dia masuk bilik, tutup pintu, dan Alesya tido dari 2.30ptg sampai pukul 5 ptg..eheheh tu dia..balas dendam dia tido.. ingatkan saya nak update blog, tapi rupanya saya pun tido jugak..hahahahah
Okeh, ni pic Alesya yang ditidokan di atas katil mama, cian dia...demam..
And ni pic abang dan adik, actually ni kat klinik, Alesya nak kena cucuk, so demam tu sebenarnya berpunca dari kesan kena suntik la. Cian adik abang ek... And doktor pompuan kat klinik tu memang dari dulu check Alesya, sbb kebetulan kami selalu pegi cucuk hari Sabtu, and Sabtu adalah hari dia duty, kalau hari lain dengan doktor Daneil yang anak kacukan yang kacak ittew..Oh hensem weiii
Tapi.. walaupun diberi ubat demam, tapi ubat demam dari Klinik Kita (Cheras Perdana) juga yang saya kira masih bagus. Ubat demam Najmi mmg stok dari sana, sebulan or dua bulan sekali memang kami ke sana amek stok ubat demam Najmi, sebab saya rasa ubatnya elok, dua tiga kali minum ok demamnya, berpeluh-peluh budak. Alesya is actually mulanya diberi ubat dari Klinik Mediv*ron tu, tapi kureng la.. and sy kasi ubat si abang pada dia dalam dos kecil yang disarankan doktor, Alhamdulillah, berpeluh dia lepas makan ubat tu, and malam semalam dia dah gelak-gelak bermain-main, dan hari i dah ok. Dulu saya ingat sama je ubat demam dari klinik mana pun, tapi bila pindah Putrajaya, kami dah pegi beberapa klinik, and rasanya kat Klinik Kita tu juga lagi ok.. hahah mujur company darling cover tau, so sekali pegi amek ubat, mmg mintak 2 botol terus.
to do or not to do..
As promise my darling give some amount of money, agak beso jumlahnya bagi saya yang gaji tak berapa beso and bonus manja-manja jer dari gomen. With that money darling kata itu hak saya, dah dia beri, terpulang saya nak buat apa... Disebabkan saya bukan dapat ratus-ratus ribu macam Datuk K bagi kat CT, maka saya kena timbang tolak, campur darab bahagi apa saya perlu buat dengan duit itu. Of course pertama kali memang terlintas nak tempah langsir baru, langsir lama dah setahun lebih tergantung, and saya pulak seorang yang gilakan langsir, so sy terfikir perkara itu, ermm kemudian saya fikir, nak pasang air cond kat bilik, tapi darling kata itu tunggu rezeki dia yang lain, dia akan pasang, then saya fikir nak beli lemari..hahaha tapi lemari yang saya suka sangat mahal, saya kena top up duit sendiri nanti, uhuhuhu tanak...
Ermmm darling memang bercadang nak buat wakaf depan rumah so that kami boleh bersantai lepak depan rumah petang-petang, minum petang sambil tengok anak-anak kecil di kejiranan bermain-main. Setelah berbincang, kami nak buat wakaf, ala-ala anjung, means boleh akses dari dalam rumah, kami hanya perlu pecahkan tingkap tepi pintu masuk utama tu, and buat akses terus keluar ke wakaf kami nanti, means, mertua saya boleh bersantai-santai petang-petang di situ. And that benda cost us about ****K ermmm darling don't have enuff budget for that, of course la, dia ketua rumah, banyak kena dia kena utamakan kan..kan.. so maka perlukah saya tidak membuat langsir baru?? dan melabur ke arah ittew??? wahhh berangan occay... berangan macam ada duit jota-jota gaya..
nampak tak tingkap comel tu? kami hanya perlu pecahkan belah bawah tingkap tu dan labuhkan frame tingkap tu, and dari dalam rumah boleh terus ke anjung/wakaf itu,
0 Komen:
Post a Comment