Alhamdulillah, selepas beberapa pujukan, emak dan ayah mertua saya setuju tinggal di rumah kami, tak pasti untuk seketika atau hajat kami, biarlah selamanya pun tak per. Sebab melihatkan keadaan mereka yang sudah uzur sangat, kami tak sampai hati 'bersetuju' dengan mereka untuk terus tinggal berdua di kampung, darling kata, ini masanya anak pulak jaga emak bapak. Walaupun mereka berat hati hendak meninggalkan rumah. My ayah mertua, agak rasional, dia tau dia sendiri tidak upaya tidak berdaya menguruskan diri sendiri, menguruskan emak yang uzur, jadi dia agak menurut apa saranan kami. Cuma emak masih selalu menyebut bila nak balik.
ALhamdulillah ayah dan emak agak sihat di sini, ye la.. kan ke menantunya gemo memasak, jadi selalu saya masakkan menu kegemaran diaorang, hari cuti saya masak pajeri nenas, fav, ayah, dan ikan cencaru sumbat sambal kelapa, wahhh bertambah-tambah makan mereka. minum petang saya buat bubur cha-cha, ada popia, ada je la menunya.. and semalam ayah mengusik emak,"hah, kalau kamu duduk Sauk, dapat ke makan macam ni? ada duit pun tapi tak der pegi kedai, tak der orang memasak, makan lauk yang dihantar orang kedai je," pastu emak gelak-gelak..
Emak mertua saya ingatan dia kadang-kadang ok, kadang-kadang dia macam nyanyuk sikit, tapi Alhamdulilah, kami pernah bela arwah mak tok saya semasa arwah uzur, dan pengalaman menjaga arwah abah yang juga kena stroke dan jadi nyanyuk-nyanyuk sikit. Kadang-kadang seronok juga menyakat emak, kerana suka dengan dia gelak gembira. dan kami ramai-ramai akan gelak-gelak. Macam dua malam yang lepas, dia beriya-iya menyuruh darling tolak kereta sorong ke bilik bakeri saya, katanya itu bilik tido dia, ada katil kat situ, kami cakap bukan, itu tempat saya buat kek, tp dia beriya kata itu bilik tido dia.. eheeh last-last kami sorong dia ke bilik bakeri, bukak lampu, dia terkejut, kata dia, hah mana kome alih almari baju aku? mana katil aku... eheheh kitaorang cakaplah, tu la emak, ni bukan bilik emak, ni tempat buat kek, pastu dia tanya, abih tu mana bilik aku? kami sorong dia ke bilik, baru dia ceria dan gelak... laaa aku ingat kome dah alih katil, rupanya itu tadi bukan bilik ye..
Saya pernah tulis dahulu kan, setiap apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Allah sudah rancang dan susun yang terbaik untuk kita. Masa kami buat keputusan beli rumah sekarang, rumah teres semi d setingkat, walaupun pada masa itu, kawasan kediaman sini masih suram, kedai pun kurang, jalan masuk pun penduduk buat sendiri je, walau darling agak berat hati kerana kurang berkenan dengan persekitaran, tapi saya beriya-iya juga nak beli rumah ini, then korek segala saving, abeh jual segala saham beriya-iya kami renovate, puas hati dapat rumah luas dan lapang, rupanya hikmah ini, kami dapat jaga emak ayah, boleh di sorong kerusi roda emak ke hulu ke hilir dalam rumah kami, dan rumah setingkat, tak perlu emak naik tangga. (tak mampu pun dia jijak tangga rasanya).
And kemudiannya ke hulu ke hilir saya setiap petang mancarikan pengasuh Alesya, tak ke temu, sampai saya putus asa, kalau ada pun, saya kurang minat kerana faktor kebersihan bakal penjaga, (ye la anak saya baby prem, mesti jaga dengan baik) akhir kak Sya rekeman bibik ini yang dia sudah kenal, bersusah payah kami usahakan permit kerja bibik, dan hikmah juga kak Sya tergerak hati nak bertanyakan kami hendak bibik atau tidak. Dan dengan ada bibik, kami boleh jaga emak ayah, kerana bibik ada di rumah membantu jaga emak ayah. Dan bila saya uruskan emak, bibik tolong jagakan Alesya, bila saya uruskan Alesya, bibik bantu uruskan emak. BIla saya memasak, bibik akan kemas, jadi urusan kerja saya cepat. Walaupun ada bibik, tetapi memasak tetap saya yang lakukan.
Darling kata, biar anak-anak tengok macam mana kita jaga orang tua, sekurang-kurang bila mereka besar esok meraka tau anak-anak ada tanggungjawab kepada orang tua, ya itu benar, saya pernah tengok emak uruskan arwah mak tok, cuci kencing berak, jaga makan minum, saya dah biasa, jadi saya rasa tak kisah menjaga orang tua. Kami hanya perlu jaga dengan penuh kasih sayang, dan tentu-tentu ganjaran Allah ada untuk kami. Dan betul pun, rezeki order cupcakes mencurah-curah, seolah-olah bantuan tiba untuk bantu belanja dapur kami. Ermm zaman sekarang, gaji yang kita dapat tu, tolak hutang itu ini, berapa je pun tinggal kan, jadi cupcakes tu sangat membantu menjana belanja dapur seharian. Alhamdulillah.
tengoklah mereka masih romantik, saling memerlukan
OK..tamat cerita itu.
Saya nak kasi resepi pie tie, khas buat Cik Wan, kawan office darling yang minta darling tanyakan saya resepi pie tie. Alaaa yang sedap rangup di makan di Chicken Rice Shop (CRS) tu, tapi harganya mahal tu..ermm kalau Najmi 6 ketul order tu, dia sorang je makan, babahnya pun sama, berkenan bebeno, bankrup tau..jadi ahkak usahakan segigihnya cari resepi, dan adjust resepi supaya mendapat hasil yang best, dan tak payah le beli kat CRS lagi.
Ok Wan, sila copy paste and print ye..
Bahan untuk bancuhan tepung
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
2-3 sudu tepung beras
sebiji telur
air secukupnya.
Cara dia Versi orang yang nak mudah macam ahkak le kan..
Masuk je semua bahan dalam blender, masuk air sikit, blend je..
confirm halus mulus bancuhan tepung korang
then goreng la, celup acuan dalam bancuhan, dan rendam dalam minyak panas dalam kuali.(alaa macam buah kuih ros/kuih loyang/kuih goyang tu)
(adunan ni jangan likat sangat, jangan cair sangat)
kalau pekat sangat nanti tebal dan liat sikit, kalau cair sangat, kang tak lekat dicelup ke acuannya.
Okeh bahan inti sumbatnya
Karot sebiji yang besar tau.kalau kecik dua biji la
sengkuang sebiji (sederhana besar)dua bahan ni di parut
taugeh agak-agak la kan..
semua ni dicelur dengan sedikit garam
ayam kisar ramly tu sebungkus (kalau tak der, guna dada ayam, cincang)
telur hancur (scramble egg)(2@3 biji telur)
isi udang, gunting-gunting isi udang tu
separuh kiub ayam
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
bawang putih sebiji
garam
Cara
tumis bawang putih
then masukkan ayam kisar, udang masukkan air sikit je..jgn byk
then masukkan kiub ayam, lada hitam dan lada sulah, masak sampai kekeringan
sos cili (sama cam sos cili nasi ayam)
sedikit cili besar merah tu (jangan yg jenis berkilat, tak sedap)
sebiji bawang putih
sesudu perahan limau nipis
garam dan gula
dua sudu sos thai,
sesudu sos cili
sedikit air,
Cara dia masak semua bahan tu sekejap
dah siap tu gaulkan semua bahan dicelur, dengan scramble egg tadi dan sumbat dalam sarang pie tie tadi..dan time nak makan tuang sos cili, kru-kruppp sedap rangup..
Najmi sorang je makan lebih 20 ketul, sampai tak makan nasi, kenyang dengan pie tie tu.. ehehe, bestnya sarung pie tie tu boleh simpan dalam bekas kedap udara, boleh makan lagi esok-esoknya...
okeh tengok pic (cam besa, korang kena klik la pic tu utk tengok beso sikit)
sarung pie tie tu
iyaaa kengkawan, inilah rupanya acuan yang akan membuatkan korang rasa hebat ittew, tanpa acuan ni tak guna korang copy paste resepi kat atas sinun..hiks..tak bermakna occay... and tak perlu pegi cari kat supermarket, tak ado nya nak jumpe... ahkak jumpa benda alah ni dijual kat kedai supplier barang borong untuk orang berniaga, kat pasar borong sri kembangan nun.. Zar tetiap hari pun lalu pasar borongkan..leh kirim ngan dia.. eheheheh, siapa yang jauh dari sri kembangan tu, nak mintak saya belikan acuan ni, sila email/sms/atau ym ye.. saya tau memang susah nak cari benda alah ni kat kedai biasa, kalau korang jumpa korang memang hebat.
harganya ialah RM22, tp hari tu saya bodek dapatlah murah sikit, kalau u all nak kirim, leh sy katakan harga mungkin..saya bilang mungkin ye..mungkin saya boleh dapat RM18 macam saya beli itu hari... tak termasuk kos penghantaran ye.. siapa nak cepat bgtau, saya beli saya pos sekaligus kat korang, siapa lambat tak koser ahkak nak layan. macam itu hari u ouls nak kirim MMt untuk susu badan tu, dah siap saya tolong order untuk si A, dan B, tetiba si C merayu domba minta kirimkan jugak.. kan saya kena order dua kali..hiks..
Tarikh tutup permohonan di atas ialah pada minggu depan.. Tak rugi oo beli acuan ni, korang boleh rasa hebat membuat pie tie sendiri, dan boleh eksen dengan tokei CRS tu, korang tak heran dengan pie tie dia yang mahal tu...hahahhah tak bermoral la ahkak ni kannnn..
0 Komen:
Post a Comment