antara part yang aku suka
"Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi"
"Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
Pura pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja"
Full lirik ada kat tepi blog ni sila baca dengan mata hati..ewahhh, Tahniah buat Malique kerana berjaya hasilkan lirik berkualiti gini... tak pulak dapat masuk final AJL ek??
Oklah, meh kita layan makaroni bakar versi sapinat occay... semalam dan silam, saya membuat makaroni bakar, dah lama nak buat, tapi asyik bertangguh je. So semalam Baby Q demam cikit, pastu mama balik half day, bawa baby Q pegi klinik, balik dari klinik, baby Q tido nyenyak, pastu mama pun mulakan aktiviti masak makaroni bakar ni. Ni versi saya sendiri la.. banyak cara buat makaroni bakar ni, ada orang pakai rempah kari je, ada orang guna white sauce je.. tapi menjadi saya yang suka-suak menderhaka kepada resepi, saya combine dua-dua..boleh??? suka ati saya je kan.. hiks...
Okeh, meh ahkak tulis resepinya ye... angin rajin ni..
Makaroni Bakar
Bahan-bahan
Untuk daging
1. Makaroni (dalam 2 cawan) (rebuslah dulu kannnn)
2. Bawang putih/beso (cincang/potong dadu)
3. Daging kisar cap ramly sebungkus
4. rempah kari daging 2 sudu (bancuh ngan sikit air)
5. Garam and gula
Cara:-
1. Tumis bawang-bawang
2. Masukkan rempah, masak sampai garing tau.. sampai naik minyak, kalo tka naik minyak tak sedap ooo,
3. Dah elok garing, masukkan daging, masukkan air sikit, masak sampai kekeringan, boh garam gula la of course kan..
Sos Putih
Bahan
1. Satu sudu besar butter
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. Satu kotak kecik (bebudak minum) susu low fat (fresh milk)
4. Serbuk Lada Hitam, lada sulah
5. Kiub ayam, (sikit je, suku dari kiub tu je)
6. Cendawan butang Hiris/cincang (ikut suka la) <-- ni optional, tak boh pun taper
7. Bawang beso, bawang putih (cincang)
Cara
1. Cairkan butter, then tumiskan bawang-bawang
2. masukkan tepung gandum (masuk kejap je, pastu padamkan api jap, or kalau periuk tangkai, alihkan dari api kejap) (jangan bancuh ngan air masuk je original gitu) (tips, sila kacau dengan whisker ye, supaya tidak berbintil-bintil)
3. Masukkan susu, tambah air sedikit (anggaran sekotak susu tadi la)
4. Masukkan serbuk lada sulah, lada hitam, garam, kiub ayam.
lain-lain bahan
1. telur ayam 4 biji (dipukul)
2. kacang peas/mix vegi/karrot parut/apa-apa la..)
3. Mozarela cheese (diparut)
OK siap tu, sila gaulkan semuanya makaroni yang dah siap rebus, dengan daging tadi, dan white sauce, dengan telur yang dah dipukul, sayur-sayur tadi (mix vegi ke, kacang peas ke) biar basah-basah, berair sikit.
Then bakar selama setengah jam or lebih, suhu bergantung pada oven memasing le, tp pada suhu yang tinggi supaya boleh membakar dan terus melembutkan makaroni tu, mula-mula bakar makaroni tu je dulu, dah agak masak elok, keluarkan kejap, taburkan cheese, and bakar lagi dalam 10-15 minit
okeh meh tgk pic yang sempat saya ambik semalam
0 Komen:
Post a Comment